1 Sept 2013

su, hang ambik masa berapa lama untuk lupa?

hari: jumaat
tempat : dalam kereta
situasi : hantaq depa pi jeti

annis tanya aku,

su, hang ambik masa berapa lama untuk lupa?

aku pon digest soalan ni. aku taw maksud dia bukanlah lupa, tak ingat teruih. maksud dia lupa yang tak sedih dah. rasanya.

on the spot, aku tanya hati aku. aku lupa dah ke? T_________T

mustahil untuk lupa lelaki yang membesarkan kita.
see, baru tulis satu ayat, ayaq mata ayaq hidung dah kalut nak keluaq --

in fact, aku tak penah lupa. sebenarnya, sampai sekarang kalau kawan kawan cerita pasal abah mak depa, aku akan turut bercerita menggunakan frasa "abah aku pun...". aku tak guna pon frasa "arwah abah aku pun dulu...".

T__________T

annis, memang kita takan lupa. cuma, kita kena face jugak benda ni. aku mungkin lebih bertuah, Allah bagi masa kat aku untuk bersedia kehilangan abah. abah sakit lama dah, since januari 2011. Allah bagi aku peluang untuk berbakti selagi ada kesempatan, selama 1tahun 5 bulan. tapi, dalam tempoh masa tu, tak banyak benda yang aku buat. skrg aku menyesal tak manfaatkan masa yang Allah bagi untuk aku dan abah.

tapi satu benda yang aku rasa tak menyesal sangat sebab at least aku dah buat;

cium tangan abah, cium pipi abah, peluk abah before naik asrama.

T______T walaupun hanya sempat buat benda tu beberapa kali sebelum abah meninggal.

tapi hang annis, aku yakin hang manfaatkan peluang bersama abah hang sepenuhnya selama 20tahun ni kan? insyaAllah abah hang redha hang sebagai anak dia :')

aku, aku awkward nak tunjuk kasih sayang. aku tak reti. aku fail. padahal waktu kecik, punya la rapat dengan abah. ikut abah naik moto vespa pi sana sini, naik morris minor pi jalan jalan. lepak kedai kopi pon nak ikut. abah suka ajaq membaca waktu tadika. ajaq baca 'bun' sebagai ban, which is soo hard sebab aku refused nak sebut ban, aku sebut bun jugak, huhu.

things worked better when i was a child. bila dah jadi teenager, hmm. T______T

aku selalu rasa macam abah cari salah aku. macam, kalau abang buat, takpa ja. aku buat tak bole. aku selalu rasa macam abah nak nasihat abang sebenaqnya, tapi marah aku. ntah la. jiwa remaja. aku rugikan masa remaja aku. menyesal. ija mintak maaf abah T_T

aku pon ambik masa lama jugak untuk lupa. payah jugak nak adapt changes tu. tapi alhamdulillah, abah dah sediakan aku untuk menerima perubahan ni. waktu sakit, abah ajaq dah bawak kereta dan bagi aku bawak kereta sendiri pi maktab. sebab lepas ni aku tayah susahkan mak untuk hantaq ambik aku kat maktab. abah ajaq aku untuk bela tin milo tu, isi angin tayar kereta, basuh kereta, servis, check temperature dll. cuma aku yang acuh tak acuh, sebab aku rasa macam abah akan sentiasa ada untuk buat semua tu. tapi tak -- abah ajaq aku pi bayaq bil. pi ambik duit hasil kelapa sawit kat tokey tu. pi bayaq cukai tanah ngan cukai pintu. dan banyak lagi.

at least, waktu abah dah takdak tu, aku taw nak terpa pi mana untuk bayaq bil. time tu kan mak aku dalam edah lagi. dan aku reti untuk drive sendiri balik maktab. dan aku reti nak bela kereta sikit sikit.

aku cuba hidup normal macam orang lain. aku tak expose sgt apa perasaan aku kat kawan kawan directly. aku cuma update status kat fb ngan blogging kalau aku sedih pon. aku tak la approach depa then "su sedih abah takdak ni blablabla" sebab aku rasa aku kena kuat kot. susah la jugak. tambah pulak bila aku dpt sense kawan kawan mcm selalu serba salah kat aku. mcm nak ajak pi jln jln hujung minggu, tp takut takut nak ajak. maybe depa takut clash dengan time aku untuk mak aku wktu dlm edah tu. pastu wktu birthday aku, depa buat meriah dan sweet sgt, mmg aku rasa la "ooo, depa nak happykan aku. ehh aku dah takdak abah la birthday ke 19 kali ni" sobs, emo.




thanks kawan kawan for that birthday party. mengubat hati yang duka.

part yang amat meruntun jiwa is when mak mula mengosongkan almari abah T_________T

memang amal jariah, tapi beratnya hati nak bagi barang barang tu. rasa macam nak semua. huuuu. rasa macam nak kata; janganla bagi baju abah kat orang lain T_T mak bagi basikal basikal antik abah kat kak. semuanya. which makes me sooo awkward bila dah takdak besi besi buruk kat depan rumah huhu. waktu bagi bagi barang tu, memang sangat sedih.

lagi satu, aku akan jadi sangat sedih bila aku tak bole buat sesuatu. dan dalam hati aku akan kata "kenapa dulu aku tak belajaq dengan abah benda ni?" dan aku kena menagih simpati orang lelaki. contoh peristiwa adalah yang berikut: kami nak pi kuala nerang, nak hantar syifa balik rumah, dia nak pi umrah. pastu minyak hitam dah exceed limit. aku dah mula rasa gelabah. aku taktaw pon yang walaupun minyak hitam tu dah lebih pon dia still bole jalan. bila aku gelabah, pakcik gemok tu pon nak stress stress sampai marah marah aku T____________T aku emo, aku keluarkan monolog dalaman: "su takdak abah dah, kalau su ada abah su dah mintak tolong kat abah su, su tak harap kat awak pon" huhu. sepanjang jalan ke kuala nerang, aku hujan.

kalau aku dapat buat sesuatu pon, aku akan jadi teringat jugak. contohnya: aku dapat pointer yg aku pon tak sangka aku bole dapat. dan aku macam nak bukak phonebook, and dial nombor first dlm phonebook aku --
abah 019-4721671. no yang dulu aku jarang nak kol zaman remaja. dah hilang, baru nak cari cari.

lagi satu, aku akan jadi sedih jugak bila pakcik gemok buat aku rasa macam aku tak boleh mengharap kat dia. sejak abah takdak, dia macam tempat aku mengharap. tapi bila dia buat aku rasa hilang bahu to lean on, aku akan frust gila gila sampai keluar la statement "kalau abah ada.." indeed, abah kita marah marah pon, kita takdak la smpai rasa kita dibenci ke, depa nak buang kita ka. tapi bila pakcik gemok marah aku, aku pulak akan "abah su tak penah pon marah su!" siryes, abah tak penah angkat tangan pon kat aku huhuuu. contoh situasi: pakcik gemok emo kat aku sebab aku makan nasik goreng ayam dgn ayaq laici, pastu aku terlupa nak tanya "berapa rm nasi su tadi?" dan aku terlupa bayaq. patotla muka garang semacam. balik esok tu, dia kata "dahla makan nasi goreng ayam dgn ayaq laici tak bayaq, org ni mkn murah dr dia pulak nak kena belanja dia!"

Ya Allah luluhnya hati. teruih monolog dalaman sampai "abah tak penah pon marah aku makan mahai dari abah pon, dia bayaq ja apa yang aku makan. takdak nak ungkit ungkit dah" dahla aku tumpang makan sikit ja, sebab perut pon tengah gastrik waktu tu, dia pulak tengah lapaq sgt, aku bg nasik aku lebih dr separuh. aku bukan taknak bayaq, terlupa sungguh. taw la emo pon, tapi hmm. ntahla, mungkin aku yang terlebih sensitif mengenang nasib diri yang yatim.

pendek kata, takan ada yang dapat ganti insan yang bernama abah.

takkan sama.


*dan dan nak ajak makan. taknak dah makan duit org. serik. hm. i wish abah is still here


so annis, jawapan kepada soalan hang tu: su, hang ambik masa berapa lama untuk lupa?

jawapannya, tak penah akan lupa. belum penah berhenti sedih. kuat di luar, rapuh di dalam. huuu,
waktu balik dr funeral abah hang, sepanjang jalan aku hujan. semua sebab madam la. aku duk tahan dah ayaq mata, tapi madam pi bantai tanya "su, awk redha tak abah awk dah takde? kita kena redha" dush dush dush, terus hujan.

macam mana pon, life goes on. you're strong annih! eh, we are. hihi

No comments:

Post a Comment

rawr-ing aloud