13 Sept 2012

Wajah ala ala ustazah Jiwa ala ala teacher

assalamualaikum . wajah ustazah jiwa teacher

mai nak story cena aku boleh TERjadi ustazah. aku memang budak smka. tapi, aku bukanlah macam bdk smka sgt pon. sejarah hitam aku di sekolah kekal menjadi tauladan. haha, bajet macam dahsyat sgt la kan. takde la dahsyat sgt, tapi aku pnah la sekali dua kena pi bilik kaunseling disebabkan sikap aku yg rebellious nih T_T ada la satu dua cikgu yang memang streotype aku. malah kawan kawan. aku pengawas, exco disiplin pulak tu, tapi aku tak geng dgn geng exco. geng aku budak biasa. 18 org. aku tak macamni masa zaman sekolah. aku lain. aku TERjadi ustazah pon sebab aku ada pi satu kem. kat situ aku explore things n started to change. and it creates the new me.

i mean, this changes

now, i officially become a teacher tudung besaq. aku tukar penampilan aku sebab aku dah tanak jadi aku yang dulu. dengan harapan;

bila aku ubah penampilan, aku akan jauh dan dijauhkan dr pelbagai ancaman. 
aku jaga aurat sebab aku taknak jadi beban dosa kat abah aku dah.
aku jaga aurat sebab aku takut.
aku rasa rugi kalau kita tak pertahankan agama dalam diri sendiri sedangkan nabi n sahabat-sahabat menghadapi tentangan amat dahsyat masa nk bina islam dulu.  
aku jaga aurat sebab aku rasa aku kena izzah dengan Islam. kita kena bangga menjalankan syariatNya. 
aku jaga aurat sebab aku rasa benda ni tak berbaloi pon kalau langgar. malah menambahkan tempoh masa kita kat neraka nanti. tak berbaloi pon kan? baik tutup je.

 
aku bukan pakai tudung labuh sebab nak cari suami ustaz, in fact taste aku is laki yang biasa. bukan set set ustad. 
aku bukan pakai tudung labuh untuk dapat good impression.
aku bukan pakai tudung labuh untuk jadi org penting dalam gerakan islam.
aku bukan pakai tudung labuh untuk jadi naqibah usrah.

hakikatnya, aku kosong di dalam. cuma aku hiaskan luarannya. supaya, at least ada sesuatu.

HOWEVER,
manusia. manusia suka menilai manusia lain. 
manusia suka menilai berdasarkan pemerhatian.
manusia nampak salah orang lain tapi tak sedar pon salah diri sendiri.
manusia hidup memberi expectation.

"weh, dia tu pakai tudung labuh, tapi perangai tak sesuai langsung"
"weh, dia tu pakai tudung labuh, tapi tak penah pon nampak kat surau"
"weh, dia tu pakai tudung labuh, tapi kawan dengan laki jugak"

sila tukar dialog atas ni dgn tudung biasa, tudung indon, shawl, syria, bawal dan lain lain. penah ke dengar?

"weh, dia tu pakai tudung indon, tapi perangai tak sesuai langsung"
"weh, dia tu pakai tudung bawal, tapi tak penah pon nampak kat surau"
"weh, dia tu pakai tudung syria, tapi kawan dengan laki jugak"


penah ke dengar? malah ni yang jadi:

"cantik weh hang pakai shawl. jadi elok."
"sweet la dia dgn pakwe dia dalam gmbr ni"
dan lain lain

see? do you get what i mean? ni semua streotype rakyat jelata. and this type of expectation is killing me.

orang yang tak pakai tudung labuh tak semestinya tak baik,
orang yang pakai tudung labuh tak semestinya baik.

depends on hati.

kalau hati busuk, pakai cantik sopan cena pon, akhlak jadi busuk jugak.
pakaila apa pon. asalkan menepati syara'. 

kadang kadang aku rasa macam nak give up. ingat senang ke nak ubah diri jadi baik? nak tinggal benda yang kita selalu buat? tak senang. masa sem satu, aku rasa sangat stress sebab aku rasa mcm aku tak boleh get along dengan kawan kawan tesl. siryes. aku rindu diri aku yang dulu, tapi aku taw aku tak boleh dah masuk dalam lubang yang dulu aku pnah jatuh tu. lubang keseronokan dunia. aku sedar. aku kurangkan. at least sekarang aku dah ok la sikit. aku mula adapt changes.

tapi, bila ada yang condemn aku, desak aku jadi macam ustazah, paksa aku, aku mula stress. apa masalah manusia sekeliling nih? cakap pasal mujahadah, aku tak mujahadah ke? nak tengok aku duk kat surau 24jam baru tu namanya mujahadah ke? kalau aku tak mujahadah, aku kembali ke pakaian lama aku. 
manusia nilai manusia berdasarkan pemerhatian. seeing is totally different with knowing. hanya Allah tahu menilai ibadah hambaNya.

bagi aku, aku prefer jadi fleksibel. ini cara aku. bukannya aku cabut tudung pon --' 


  aku taw, nanti ada jugak yg condemn aku lagi. manusia, biasa la kan. asyik nak org jadi perfect.