14 Dec 2012

sila bawak aku pi sini nanti

1. JOHOR PREMIUM OUTLETS


teringin nak pi tempat ni. dengaq cerita barang barang branded kat sini dijual dengan harga yang murah sikit. ya, aku taw bukan la murah tahap boleh terbeliak mata, tapi at least dia murah sikit. sikit is better than tak murah langsung. kan? teringin jugak la nak cuci cuci mata ushar barang mahai :P 
teringat ada suatu hari dulu, jalan kat avenue, masuk kedai kedai branded, pastu tgk2 la bag, sentuh2, pegang price tag, MAK AIHH! ribu riban. gilos. bawak beg ribu riban pastu dalam dompet tadak sesen pon, buek maluu :P


aku ada aim. first month pay aku nanti, aku nak beli sling bag carlo rino satu. pleaseeeee. sling bag dia comel sangat. jadi, harap harap dapat pi JPO untuk beli beg ni :D

2. RESORTS WORLD SENTOSA SINGAPORE

uuuw, class kau maria, hehe. aku teringin nak pi singapore. mcm cool ja. tapi duit mau bergunung la kan. tunggu orang support je lah :P nak pi dua tempat ni:


UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
S$74/ adult


THE AQUARIUM
S$25.90/ adult

3. LEGOLAND MALAYSIA

best gilos kalau dapat pi main main kat theme park. genting highland dengan sunway lagoon pon aku tak penah pi sebenaqnya. sobss. seb bek lost world dh penah pi. takpa, nanti beranak pinak, aku bawak depa pi berjimba kat semua tempat yang aku tak penah pi lagi. tapi kalau duit tak cukup, aku bawak pi ayaq terjun dahla, haha.

RM140/ adult

4. I CITY SHAH ALAM

perak kan aku? i city pon tak penah pi. sobss. teringinnn. ada snow walk lagi, nyumnyum :D



5. TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

aku baca description taman botani dari sini. ingtkan ada taman iklim empat musim tu je, rupanya ada macam2. taman haiwan, taman hiasan, taman rempah ratus, taman kaktus, taman buah tropika. mcm marvellous gila. empangan macam2 jenis, pastu ada kampung budaya. boleh bermalam lagi kat sana. mesti gempak (kalau murah). kalau aku pi, aku nak berkelah, nak stay semalam kat sana. biaq puaih. pi time dapat bonus $.$ 

 

BULAN
KUTUB UTARA
KUTUB SELATAN

MUSIM
MUSIM
November – Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)


pokoknya, banyak aktiviti boleh buat sini. and as a nature lover, aku akan sampai ke tempat ni nanti.

-------------------------------------------

kalau ikutkan hati, banyak lagi tempat yang aku nak pi. memang banyak. banyak sangat. tapi cukupla kan sikit sikit. kang abeh fulus. 
p/s: hat yang dah baca post ni, usahakan la ye. su nak pi tempat tempat ni nanti :P