17 Jan 2013

doa untuk buat orang bayar hutang kita

muka aku memang sangat diingati bila masa kawan nak pinjam duit. mungkin bercahaya bagai sang purnama mmg macam purnama sebab kulit dah macam bulan. aku sebenaqnya tak berapa kisah kalau kawan mintak tolong. kalau aku bole tolong, insyaAllah aku tolong. cumanya jadi tak best bila aku pon macam tak berapa mampu nak menolong, tapi kawan tu still merayu rayu macam ngan aku lah satu satunya kawan dia yg dia ada atas muka bumi ni. nak taknak, aku akan bagi. kawan. haih.

ada dua kes tunggakan hutang yang aku penah alami. yang penah meminjam dari aku, ramai. cuma yg dua kes ni agak kritikal. and both are my bestfriends. hm.

kes first tu, dia drive kereta ayah pakwe dia then dushumm bontot vios. vios tu cina pulak tu. dia pon mintak tolong sangat sangat sangat la sebab dah mati kutu taktaw nk buat apa. tambah pulak, cina tu dah ugut nak katok pakwe dia tu. aku mana ada duit rm350 dalam tangan. dahla masa tu tengah cuti spm. tapi dah kawan kita ni 5 minit sekali duk kol kita, mintak tolong sangat sangat, mesti la rasa kesian kan? aku pon terpikir gak, kalau apa apa jadi kat tin milo aku, aku mesti takot nak habaq kat mak aku. atas dasar empathy, aku pi tabung haji, cepat2 bawak keluaq rm350. then pi bank islam n bank in kt dia. then aku dapat masuk maktab, dan dia pon pi sambung belajaq jugak. bulan berganti bulan, takdak khabaq berita. sekali tu, aku msg dia. then, dia kol aku balik asking "hello, ni sapa?" cisssss. hang pinjam duit aku, tapi hg delete nombor aku? then aku terus terang kta aku nk duit aku balik. "aku takdak duit lagi la nak bayaq. ptptn belom masuk. k lah wei, wayang nak start. nanti msg lain. bye" apa perasaan anda? aku hot terus. delay bayaq hutang sbb tadak duit, tapi bole lg foya foya? kat fesbuk, dia duk upload gambaq jalan2 dgn kawan2 dia. mmg tambah sakit la hati aku. macam2 cara aku guna, lastly selepas setahun beberapa bulan, baru dia bayaq, tu pon setelah aku gunakan cara yg sungguh kejam. aku mengungkit kesusahan aku (masa tu abah tengah sakit kuat), keterdesakan aku (banyak nak pakai duit masa tu), dan sikap tak bertanggungjawab dia tu. dah la meminjam, berani marah marah aku pulak. menopause kot. then dia bayar jugak akhirnya, tapi kami dah xpenah bertegur sapa dah.

i remember my lecturer once said; "if your friends owe you and never pay back, just let them go. at least, now you realise the price of a friend like her/him." indeed, harga persahabatan kami yg dia dah letak is only RM350. cheap. i am sorry, but i don't sense any lose when you're gone. at least aku dah tayah kasi hutang kat hang dah :P

kes kedua, masa nak mintak pnjam duit, pulun cakap kecemasan kecemasan. nak pinjam rm150. aku ada duit, tapi nak guna bayar craft yang aku order dr pemborong 3hb januari nanti. dia kata, kalau 3jan, dia sempat bayaq balik. aku pon pikaq, dia anak orang kaya, msti la awal bulan abah dia akan bg duit kat dia. and aku dapat balik duit aku, so aku bole je bayaq kt pemborong craft tu. tapi aku ada rm140 ja, aku bagi la rm140. pastu dia buat call me back, cerita cerita segala kesusahan dia. then aku topup rm5 kat dia. total, rm145. aku tanya dia masa dia mintak topup tu, "hampa buatpe dah dgn rm140 yg semalam tu?" baru la aku taw yang "kami tolong pakwe km. dia nak pakai duit" sabo je la. yg bestnya pakwe dia mengelak bayaq hutang. pi office, menyorok, nset takdak. aku ni pon tak paham apa yang sedang berlaku. sehinggakan aku ni kena berhutang pulak dgn org lain sebab nak bayaq deposit kat pemborong tu. haih. tak best la mcmni. hmm. sampai ke hari ni la dia tak bayaq lg.

yang anehnya, both kes hutang ni involves lelaki. yg kes first tu dia dah putus pon, dulu mcm nak tunang kawen bagai. last2? camni la nak kata, kalau betul dia lelaki, dia takan senang2 mintak duit kat perempuan, tmbh2 awek. tak rasa ke mcm kena guna je? kalau laki b duit kat perempuan, takde la nmpk pelik. tp bila pompuan kena tanggung laki? belom kawen pon dah tunjuk belang. come on la dear. you deserve better. hm. think twice before giving money to a man. even to your brother sebab sure susah nak dapat balik :P

stress dengan tekanan hidup, aku tak bawak kereta pon mai maktab sebab sesungguhnya aku pokai kalau kena isi minyak. so, aku belajar naik bas. berdikari! hoho. makan pon kena catu saja buat terok, nasi bujang. dan nasi mat bani! pelik kan? nasik tu ada nasi putih + ayam goreng yg sangat sedap + sup yang secukup rasa = rm2.00. nasik bujang rm1.20. hidup kedai retro! :P nak shopping2 pon tak bole dah. kena jimat. tak keluar sgt pon gi mana mana. kadang kadang ja. hidup di bilik. dan tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. mungkin pasni kena start tengok merlin, sebab dah ambik dr kawan. yeay ;)

tadi tanya kak. "kak ada tak doa nak bagi org cepat bayaq hutang kat kita?" so aku dapat la ni.

إِنَّهُ ۥ مِن سُلَيۡمَـٰنَ وَإِنَّهُ ۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣٠) أَلَّا تَعۡلُواْ عَلَىَّ وَأۡتُونِى مُسۡلِمِينَ (٣١
Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, (30) Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah). (31)

ayat 30-31 surah al-Naml

baca surah al-Naml ni, ayat 30 dan 31. selepas alla ta'lu a'layya, niatkan apa yang hampa nak niatkan tu.

ouh sebelum aku lupa. membayar hutang itu wajib, walaupon tak dituntut.

moga moga Allah bantu. makanan dah sampai. aku tak sabaq nak makan nasik bani. babai :D

No comments:

Post a Comment

rawr-ing aloud