22 May 2016

Langkawi

Setelah tiga bulan berpraktikum, i think we deserve short vacation(s). Sejak berumah tangga ni *acewahh* kami sempat la berjalan ke sana sini sikit tapi gitu gitu la. Tapi mana cukup, kena la honeymoon jugak mihmih. So, study week yang ada ni kami manfaatkan sebab time ni ja kami cuti tapi sekolah tak cuti, bukan peak season. Destinasi 'honeymoon' pilihan kami; Langkawi 7-9 Mei 2016 🌴


Untuk ke langkawi, sebaiknya hampa naik la kat jeti kuala perlis sebab jarak dia lebih dekat. Harga tiket jeti kuala perlis - langkawi ialah RM18 untuk dewasa. Parking kereta kat situ RM10 sehari kalau yang tak berbumbung. Ya, per day bukan per night macam hotel tu naa. Jadi kami kena bayaq RM30 sebab nak tinggai kereta 3 hari. 

Sampai kat jeti langkawi, jadilah pengguna yang bijak. Sebolehnya elakkan daripada terpedaya dengan pujuk rayu 'ulat kereta sewa' yang akan menawarkan kat kita kereta sewa murah dan sebagainya tu. Depa maybe garang sikit dan akan kata "orang tanya takmau jawab" dan sebagainya tapi abaikan ja k, tak pon kata "dah ada dah" hewhew. Pi straight kat kaunter luaq jeti tu. Sana kita tak mudah ditipu. Alkisahnya, kami ni nak jimat so terpedaya ambik moto sewa kat brader 'ulat' ni, tapi kami terkena caj per day, bukan 24 hours. Sepatutnya konsep dia is hang ambik pukui 2 petang hari ni, esok 2 petang hang pulang balik moto kat sini, caj RM35. Tapi kami terkena kononnya 3 hari dapat diskaun jadi RM30 ja sehari, tapi kira per day, bukan 24 jam. 3 hari 2 malam, sepatutnya kami kena caj RM35 + RM35 ja. Hmmmmm tapi kami kena RM30 + RM30 + RM30. Burn RM20 situ. Sedih sob sob. Jangan lupa, prepare RM100 okay untuk deposit. Pulangkan moto atau kereta dengan selamat, you'll get back your RM100.

Dahla sedih tersedar kena tipu, boleh hujan lebat pulak tengah jalan nak ke kedawang. Mihmih, sudah jatuh ditimpa tangga nama dia. Ish kalau tambah RM10, rasanya dapat dah kancil manual haha. Tapi minyak la sepasai pulak kan. Naik moto minyak sikit je, ronda kemain sakan. Takpa lah, rezeki brader tu. Upah dia la tu. Ya, kami ke kedawang instead of pantai chenang. Pasaipa? Kedawang takdak la jauh sangat pon dengan pantai chenang. Dekat la jugak. Chenang mahai sebab kawasan pelancong. Kedawang okay lagi sebab kawasan sekolah, barang tak mahai sangat, chalet homestay pon banyak. Maka kami pon menginap kat gelam inn motel. Betui depan sekolah kedawang. Bilik aircond, katil queen satu, katil single dua. Air panas, milo, teh apa semua boleh ambik kat pantry. Iron pon ada. Sesuai untuk family. RM70 ja. Okay sangat. Jadi RM140 lah cost penginapan kami. Yang best, akak tu tak mintak deposit pon. Relaks je dia. Kami enjoy je stay situ, cuma nyamuk je la banyak sikit tapi mintak je ubat nyamuk kat akak tu, problem solved. Nanti nak stay sini lagi kalau datang next time. 

Untung kami duk kedawang. Makan gerai masakan panas dekat motel tu murah ja sebab depan sekolah. Harga standard macam makan kat penang ja. Situ la kami makan selalu. Depan gelam inn ni ada jugak satu kafe. Ada juai cucuk cucuk steamboat RM1. Ada jugak chicken chop. RM5 ja chicken chop tu dan sedap. Recommended!


Day 1, Pantai Chenang.
Jalan jalan cinta. Ronda naik moto.


Day 2, Island Hopping. Wehuu. 
Ketagih nak main ayaq. Kami dengan kengkawan berlapan book satu boat. Sesungguhnya kami bayaq RM25 ja sorang untuk island hopping ni. RM25 x 8 orang untuk boat. Tu ja yang kena bayaran. Untung weii ada kawan orang langkawi ni. Mihmih. Macehh nani :3


Point 1: Tasik Dayang Bunting 
Masuk tasik ni sepatutnya kena bayaq. Tapi taktaw pasaipa kami pon terjadi orang langkawi sama, tak payah bayaq haha. Alhamdulillah :3 Pastu life jacket pon kena bayaq jugak sepatutnya tapi kami dibenarkan bawak turun life jacket yang kami pakai dari atas boat kami tadi muehehe. Double jimat! Maka kami pon riang ria berendam dan terapung macam itik. Syiok! Tapi seriau la jugak, 14 meter ke dalam tu wei 🐳


Orang kata, telan ayaq tasik ni kalau nak pregnant. Khurafat :P


Point 2: Eagle Feeding
Tapi tak bagi pon helang tu makanan. Katanya sebab taknak tercemar ka camna ntah. Lagipon helang tu dah ada makanan dah. Belambak ketulan ayam kat permukaan air, sebab tu helang tu terbang rendah. For food. Yes, depa ni duk bagi makanan. Konsep dia, helang ni dah macam pet dah. Gemok dan sihat. 

Point 3: Pantai Beras Basah
Sini port snorkeling kalau nak snorkeling. Tapi takyah rendam kepala pon dah boleh nampak ikan tu hehe. Nak sewa goggles kena sedia duit la. Banana boat pon ada kalau nak naik. Kalau taknak bazir duit, berendam je dah la. Kami bersidai kat bawah pokok rendang ni je. Taknak burn hihi. Air cetek pon pulun pakai life jacket haha. 


Lepas sudah island hopping, kami pon pi cari makan sebab dah terketaq kelaparan. Lencun-i-didn't-care, kami pi terjah laksa ikan sekoq RM5 kat airport tu. Boleh tahan la. Lapaq, apa pon sedap. Perut kenyang, balik bilik lena.

Thanks girlsss💕


Day 3, Telaga Tujuh. 
Ada apa telaga tujuh? Ntahla haha. Panjat pi la. Situ ja macam destinasi bajet mihmih. Eh tapi tu pon parking berbayar taw. Moto RM2 haha. Tapi berbaloi la panjat tu sebab scenery cantik. Nampak gunung mat chinchang, skycab. Boleh la, santai santai sambil beriadah. Quality time, i would say 💑


Mula niat nak pi skytrek tapi macam rushing nak check out nanti, so maybe next time. Skycab pon tak naik dah sebab baru ja naik last year. Turun tu, kami ronda seround langkawi sat naik moto. Pastu balik motel, mandi, pack beg, check out. Sebelum balik, singgah pekan kuah jap beli cekelat kat haji ismail group. Nutella go kat sini RM4.90. Benda wajib beli ni. Beli sedozen. Nyumsss!


Sempat fight jugak pasai moto sewa ni dengan brader tu kat jeti before balik penang tapi taw dah, mana boleh dapat balik duit tu haha. Takpe lah, next time beringat la sikit. Babai Langkawi. Lusanya tu, kami pon exam dua paper berturut kehkehkeh. Hentam saja la labu. Tak larat nak pedo dah pointer. Tak first class pon takpa dah. Tak kisah dah huhu.

Nindia perbelanjaan laki bini yang galak nak berjalan walaupun sengkek 3 hari 2 malam kat langkawi. 

Tambang, Minyak dan Tol RM--
Parking RM30
Tiket RM18 x 4
Motor Sewa RM90 + Minyak Motor RM6
Motel RM140
Island Hopping RM25 x 2
Parking Telaga Tujuh RM2
Makan RM--
Cekelat RM--

Memang boleh jimat lagi, tapi kami memang buat keputusan nak makan sedap. Iolls puas hati dengan trip ni sebab semuanya within bajet. Cash bawak tu memang cukup cukup 💸 Alhamdulillah :)

So, boleh dah plan trip seterusnya la kan? :3

No comments:

Post a Comment

rawr-ing aloud