9 Apr 2011

aurat seorang muslimah

AURAT 
ma ma'na aurat ? aurat ialah keaiban . dari segi istilahnya , aurat ialah bahagian anggota badan yg haram dibuka atau dipamerkan kepada khalayak .

tuntutan menutup aurat jelas difahami dlm ayatullah dlm surah al-A'raf 7 : 26 ;
" hai Anak Adam , sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan . dan pakaian taqwa itu adalah yang paling baik . yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah , mudah-mudahan mereka selalu ingat . "
untuk muslimah pulak , Allah dah terangkan kewajipan menutup aurat dalam surah al-Nur , ayat 31 ;
" . . . dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya . "
menurut Ibn Abbas , Ibn Umar dan Aisyah , maksud 'kecuali yg biasa nampak daripadanya' ialah muka dan tapak tangan .

BATAS AURAT WANITA 
  • aurat sesama wanita muslimah : dari pusat sampai lutut
  • aurat dgn lelaki ajnabi : semua anggota badan except muka dan tapak tgn 
  • aurat dgn wanita bukan islam : sama dgn aurat kita dgn lelaki ajnabi . namun , dlm situasi tertentu spt sebilik dgn wanita non muslim di asrama dan jika dia baik moralnya , maka dibenarkan mendedahkan anggota badan yg biasa terdedah ( rambut , leher , tgn hingga ke siku dan kaki ) tatkala melakukan kerja dalam rumah 
  • aurat dgn mahram : dari pusat sampai lutut 
  • aurat dlm solat : seluruh anggota except muka dan tapak tgn  
  • aurat dgn kanak2 : kanak2 yg belum mumaiyiz tiada aurat dgnnya . kanak2 yg sudah mumaiyiz tp tiada syahwat auratnya ialah dari pusat sampai lutut . kanak2 yg mumaiyiz yg ada syahwat aurat kita dgn dia sama macam dgn ajnabi .
  • aurat bersama suami : tiada 
WANITA HIASAN DUNIA 
Rasulullah s.a.w bersabda :
" wanita itu aurat . apabila mereka keluar , maka syaitan memperlihatkan keindahannya . "
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 56 ;
" hai Nabi , katakanlah kepada isteri-isterimu , anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin , hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka . yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu . dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang . "

REALITI muslimah kini . tidak kurang yg masih jahil mengenai kewajipan ini . malah , menjadi perkara normal bagi yg tidak memakai tudung , berpakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh . kononnya mengikuti perkembangan fesyen . hinggakan , Mukminah yg berpakaian sopan dan menutup aurat dipandang ganjil , ketinggalan zaman .

kesimpulannya :
berhati-hatilah wahai wanita , apabila kita melangkah keluar rumah adakah dalam keadaan Allah redha atau sebaliknya ? ingatlah , tujuan hidup : mencapai mardhatillah . . .
Allah Maha Pengampun . hijrahlah . demi akhirat yg kekal abadi di sana nanti

wahai muslimah :)
sayangilah dirimu . janganlah jadikan dirimu senjata syaitan untuk menyesatkan lagi anak Adam .
 janganlah kau gadaikan kebahagiaan akhirat demi kebahagiaan sementara duniawi . 
renungkanlah . betapa ruginya wanita yg berhias demi dunia , apabila di akhirat nanti , mereka diseksa . 
pelaburan yg xberbaloi 
jagalah aurat anda , maruah anda 

girls :) wear it right ! 

No comments:

Post a Comment

rawr-ing aloud