16 May 2016

Suhaiza x Hazmyr


Alhamdulillah, halal dah :) Legaaaa sangat settle dah kenduri. Macam tak percaya. Takdak dah moment pakai baju cantik mekap cun pastu photographer ambik gambaq dah pasni haha. Habis.

Cakap pasal baju, i forgot already how my dream wedding dress looked like. Terpaksa dilupakan haha tu laaaa gagah nak kahwin time takdak gaji lagi. No such thing as 'flip your wedding dress' for me because it is just a simple baju kurung huk huk. 

Risau tu memang risau. Orang cantik takpa la pakai apa pon cantik. Orang tak cantik pakai baju cantik pon blom tentu jadi cantik, tapi kalau pakai baju tak cantik memang confirm tak cantik. Hukhuk pasghah, takpa la muka tak cantik baju tak cantik pon, omputeh kata less is more. After all, the marriage that matters, not the wedding kann. Tu je la ayat pembakar semangat untuk wedding preparation yang sangat koboi ni. Ambik la buat pembakar semangat untuk hampa jugak kalau hampa pon sengkek macam kami hiks.

Alkisah baju pengantin
After one-two weeks bertunang, kami pon mula la mencari baju. Tunang 70 hari je so semuanya kena rushing sikit. Nak jimat punya pasai, kami tak langkah masuk butik pengantin pon. Taw dah harga butik harga tak mampu. Ukur baju kat badan sendiri. Terpaksa la semuanya buat sendiri. We went to jakel shah alam. Mula tu pusing gak cari kot ada baju siap yang macam pengantin tapi macam takdak ja yang macam pengantin. So pi la masuk jakel cari kain situ sebab jakel buat promosi pengantin yang ada hadiah honeymoon tu. Saja la try keh keh keh. Padahal tak rasa pon bole menang.

Dugaan bertunang bagi kami adalah dugaan persiapan kahwin haha.
Nama ja promosi, harga set tu pergh sampai ribu riban kot. So kami ambik je la kain valentro, 9-10 meter jugak la untuk baju kami dua. Lace pulak, ambik yang rm35 semeter je la mampu. Tu ja yang paling murah pon rasanya haha. Ambik terus dua set. Sini dan sana punya. Biru untuk nikah (my choice) dan gold untuk majlis kat karak (his choice). Wuuu memang tak merasa la pakai songket ka apa ka.  

Siap shopping, kami tempah terus kat tailor. Baju melayu dengan baju kurung moden je. Pengantin tak kerja lagi, apa adanya ja la. Dalam 2-3 minggu before wedding, baju siap. Nak jadi cerita, mama ada la tangkap gambar tunjuk kat kami baju yang siap tu. Ya Allah, kaler dia seriyauuu tengok. Lace gold tu jadi silver. Dalam hati punya la sedih duk pikiaq sampai hati tailor ni suka hati boleh tertukaq lace gitu ja kat baju nikah orang. Tuptup sampai kat tangan, betui ja pon sebenarnya keh keh. Lighting phone ja semua tu. Suspens okayy. Baju kawen kot. Lari warna tema, memang teriak tk berlagu la :'D 

So next step is beading. Dan masa dah suntuk sangat.

I am totally in debt with yon. Walaupun busy nak praktikum, dia mau ja ambik tempahan ni. Macehhhhh sangat sangat yon! Shopping beading kat a tu z, harga dia taktaw la nak kata, berderau jugak la darah sebab time tu tak dapat elaun lagi haha. Tapi kalau tak tempek manik, orang konpius satgi mana pengantin sebab orang pi kenduri la ni melawa sakan kot. Mau tak mau, jahit jugak la beading sikit sikit. Tapi takdak la sampai buat baju jadi 4kilo. And it turned out to be sooooo beautiful, yon! Thankyou <3


Untuk bertandang, mama memang jahitkan siap dah beading time nak letak dalam dulang sebagai hantaran nikah. So settle satu part. Kenduri karak memang pakai apa yang mama buat je, tak tambah dah. Malas kisah dah sebab dah kawen dah pon muehehe ;)

 
Bakal jadi baju raya tahun ni.
Veil nikah pulak order kat instagram @crownbridal. Bunga bunga hewhew. Nasib order awal sikit sebab memang la orang tu cakap bole siap 19 hari tapi tapi tapi lepas 19 hari tanya macam2 alasan dapat haha. Baru nak buat leteww. Kisah duka sikit bab veil ni. Rasa macam hurmmmmmmm sangat bila dapat veil bunga dan manik yang hanya ditempek gam, bukan jahit, dan siap lewat. Tak sangka bayaq RM80 untuk dapat hasil camtu. Bila tanya kat ruangan komen "veil ni memang tak berjahit ke?" terus kena block muahaha. Takpa saya penyabar. Saya jahit tangan sendiri. Apa pon alhamdulillah siap. Walaupun bunga dan maniknya berteraburan diduduk oleh suamiku di pelamin hahaha. Orang puji cantik veil tu, tapi saya taknak recommend kat sapa pon sebab service dia plus orang tu dah block aku dah pon kan hurmmm.

Untuk bertandang, punya pemalas nak cari veil. Serik la kononnya. Buat sendiri je veil kosong keras kejung guna net tu. Net beli kat kedai bunga. Kosong je la tapi haha. Tapi nak kata Allah dah susun elok dah tu, tuptup mua sana tu offer pinjam veil nikah dia. Sama kaler pulak tu uollss. Apa lagi, rembat. Settle. Haha. Redahhh je. Dah kawen dah pon kan haha.


Crown juga. Beli online. Pre order. Dua majlis tu pakai crown sama. RM50 je crown tu dan bermanfaat sebab dapat bagi pinjam kat kawan pulak :) Kasut pon pakai dua kali, beli kasut siam tu ja. Macam hazmyr jugak la. Sampin, songkok ngan butang baju memang kami cari yang bole masuk dengan both warna majlis kami. Guna dua kali. Jimat hihi.

Alkisah makeup
Mekap nikah ambik mua orang parit buntar je. Malas demand, kira yang mana murah ja. Haha. Tak murah la tapi better dari yang cantik tapi mahal, pastu jauh dan kena support transport dia. Lepas solat, nak shoot outdoor tu mekap ditaja oleh makcik makcik yang ada kat rumah masa tu. Hahaha dapatla ulat bulu di kening tapi iolls okay je. Asalkan kawen!

Makeup by Sazatulfitri RM180 

   
sebelum dan selepas

Mekap bertandang mama yang carikan. Ex student mama. Akak tu bagus sungguh. Teliti sangat buat bahagian mata. 2 jam jugakla bersiap. Memang berbaloi. Effect mata tu memang aum aummm. Taktaw nama apatah lagi laman sosial beliau. Siap pakaikan baju, tudung, crown, veil semua. Macehhhhhhh :)

Makeup RM100


Seronoknya dah settle kenduri :) Duit simpan buat rumah pertama je la pulak. Dan honeymoon

Terima kasih tak terhingga kat mak, mama, abah, kak, abang, adik, family, mak saudara, pak saudara, sepupu sepapat, saudara mara dan semua kaum kerabat atas segalanya. Jasamu dikenang :')


Untuk classmates yang bertungkus lumus tolong preparation majlis ni, thankyouuuuu sangat!


Geng gila gila saya, muah sikit <3 


Dan semua yang lain lain. Thank youuuu :')

Doakan kami :)


No comments:

Post a Comment

rawr-ing aloud