27 May 2016

Pulau Perhentian

Untung exam habis awal ni, walaupun study week singkat which didnt affect anything sebab aku bukan jenis yang study masa study week sebab dapat cuti sem awal. Yeay! Orang lain cuti sekolah dua minggu, kami dapat cuti sebulan. Tapi aku kira cuti starting hari pekerja lepas praktikum dah muehehe so dapat la merasa cuti lebih kurang 6 minggu.

When all else failed, take a vacation 😎

Action research macam kelaut pastu exam jawab macam hmmm hmmmm ja, so it's time for another vacation! Kali ni, destinasi 'honeymoon' kami; Pulau Perhentian 24-25 Mei 2016 🌴


Awalnya, kami cari pakej. Sempat la whatsapp beberapa pakej. Ada macam-macam jenis pakej kat instagram tu. Yang termurah kami jumpak pon pakej satu ni, person in charge tu yana. 2d1n RM180, 3d2n RM210. Pakej ni termasuk tiket pi balik jetty kuala besut - pulau perhentian, snorkeling 5 points dan chalet. 

But then, kami tergerak hati nak redah je sebab duk rasa macam mesti boleh dapat murah lagi ni. So, berbekalkan firasat yang ada tu, kami pon walk in sahaja. Weekdays, insyaAllah ada ja bilik. Hari sebelumnya tu kami stay kat bachok, rumah kak satu malam. 

Day 1
Lepas subuh, kami bertolak ke jetty kuala besut. Jimat dah duit parking situ sebab kak volunteer nak hantar. Sesampainya di jetty, dah ada dah ejen yang follow naik moto. Pelik sikit sini, tiket memang kena beli kat ejen, takdak kaunter tiket pon kat jetty. Bila tanya harga tiket, katanya RM70. Kami dah survey blog, ramai yang cakap RM50. Jadi kami pon mengelak, cakap nak breakfast dulu jap. Masa breakfast, kami pon tanya la akak kedai makan tu berapa harga tiket. Kebetulan, ada la pokcik ejen tengah breakfast situ. Dia pon ajak kami pi tepi sikit dan bisik harga. Dia cakap dia boleh jual RM60. Kami kalau boleh nak harga RM50 tapi takpa la, asalkan bukan RM70 sudah la kan. 


Kami teruskan niat kami nak breakfast tu. Pastu kami bungkus nasik putih, asing lauk. Ni pulak untuk lunch kat pulau nanti. Nasik pulau kan mahai banyak. Kami bawak air mineral tiga botoi, megi cup dan roti gardenia jugak. 

Pastu, sebelum naik boat kena bayaq RM5 tiket marine park. Kami pon beramah mesra dgn pokcik marine park tu, dia kata tiket boat memang RM70 tapi kalau pandai cari, RM40 pon ada tapi kena pandai kecek klate la *besut ore kecek klate lagi* 


Kami pilih untuk stay kat perhentian kecil sebab nak hiking ke kincir angin. Ada dua part kat perhentian kecil ni. Sebelah long beach, sebelah lagi coral bay. Kami stay coral bay. Kalau dalam gambar ni, dia kata teluk aur. Boleh je jugak nak ke kincir angin dari perhentian besar tapi kena naik water taxi la. 


Boat drop kami kat coral bay pastu kami pon melangkah la ke chalet yang nampak bajet. Fatimah chalet RM60 fan room tapi penuh. Amelia Chalet RM80 fan room. Kami ambik Aur Bay Chalet RM100 fan room. Biasa je biliknya. Percutian bajet kan. Cukup la tu asal dapat rehat, mandi, solat. Tapi tak privacy sangat la. Jiran nyeh hinguih pon kita bole dengaq. Nasib baik kami takdak jiran. Kalau dak, sian kt depa hahaha. Bilik 101 ni menghadap pantai, nyaman sangat. 


Check in, pastu terus ambik pakej snorkeling dengan aur bay ni. RM40 sorang. Kalau kat long beach, snorkeling RM50. Kalau kat perhentian besar kami taktaw. Pukul 10.30 pagi kami snorkeling.

Mihmih. Snorkeling 5 point. Air tak berapa jernih sangat sebab tak nampak matahari pon. Macam jerebu pon ada. Ntah. 


Point 1: Coral 
Kawasan ni berombak sikit. Kami ni dah la terkapai-kapai tak pandai berenang. Duk snorkeling tu, angkat je kepala tuptup dah duk hujung kawasan balik dah haha. Orang lain dah tawaf tengok semua coral. Kami ni duk berpusing kat tempat yang sama. 


Nak dijadikan cerita, dalam duk bergelut nak balik ke boat tu, goggle saya jatuh dalam air hukhuk. Boatman tu tolong cari tapi tak jumpak sebab dah dibawak arus. Huuuu. 

Point 2: Shark 
Kat sini air lebih dalam dan coral dia cantik sangat. Taktaw la lebih cantik dari point coral tadi ke tak sebab kami melawat sejemput coral yang sama je kat sana tadi hahaha. Sedih sikit kat sini. Kami share goggle. Boatman offer goggle dia tapi segan nak ambik. Huhu. Sini dah tak bawak turun kamera pon sebab hazmyr pon dah mabuk laut masa ni, nak ajak patah balik pi boat pon tak daya. Dia serahkan je la goggle kat isteri dia yang perak dalam ayaq ni. Ikan yang biru tu banyak sini. Alhamdulillah, rezeki sangat dapat tengok shark live depan mata. Sekoq ja la tapi. Gerun kot. Kelupoq eksaited terjerit-jerit dalam ayaq. Nak offer goggle kat hazmyr pon dah tak sempat. Shark tu laju je hilang. 

Point 3: Turtle
Turun boat kejap je, pastu naik balik sebab rasa tak konpiden nak snorkeling sorang. Kalau hanyut ke tepi, nak berenang balik ke boat cemana sorang-sorang. Haha. Hazmyr stay atas boat je dah sebab keletihan mabuk laut. Naik boat balik, tengok penyu dari atas boat je. Sekali sekala penyu tu terapung untuk bernafas. Omey angat. Nampak kepala ja pon jadi la. 

Then kami dibawa ke kampung nelayan untuk lunch. Harga makan sini macam tak sekejam yang kat cafe chalet la yang pasti. Nasik dengan lauk kat sini. Kami tak makan pon, hazmyr tengah tak sedap tekak. Aku order air teh o ais, makan dengan roti gardenia. 


Point 4: Light House
Waktu ni, air berombak. Tak sesuai snorkeling. Ada apa pon taktaw sebab tak turun pon. 

Point 5: Romantic Beach
It's not romantic that day kat kami. Ombak jugak huhu. Boatman kata selalunya air biru cantik tenang je kat sini tapi time kami pi dia nampak macam tengah gaduh dengan suami. So tak dapat turun jugak kat situ. Rugi tak dapat selfie dengan nemo. 

Habis snorkeling dalam pukul 3, kami balik mandi solat semua, dan makan nasik lunch kami tadi. Then, tidoq sepuas-puasnya. Letih main ayaq. Konon nak bangun petang sikit nak pi hiking kincir angin. Eleh. Maghrib baru sedaq. Tu pon sebab ribut kat luaq. Agak menakutkan sebab bilik kami depan pantai. 


Kami makan kat ewan's cafe malam tu. Ramai jugak abe abe situ suggest makan sini. Dia murah sikit daripada cafe tepi pantai. Nasik putih, tomyam campur, teh o RM17. Tomyam dia macam 2 orang makan. Okay la. Berbaloi👍🏻


Coral bay ni sesuai untuk orang yang nak suasana tenang. Sangat tenang sebab 10.30 malam semua kedai makan dah tutup haha. Krik krik je. Sebelah malam long beach ja meriah. Ada la pertunjukan api la apa la. Bising sikit la. Tak sesuai la nak bawak anak. 

Nak pi long beach dari coral bay ni ada pathway. Masuk kot ombak divers chalet, nampak ewan's cafe. Jalan la situ sampai tembuih ke long beach. Bawak torchlight ke phone ke kalau nak lalu malam situ sebab biawak suka buat suspens. Banyak betui biawak dengan cicak sini.

Day 2 
Lepas solat subuh, kami jalan kaki ke long beach. Jalan sampai ke bubu villa, ambik jalan bukit ke kincir angin. Macam biasa, biawak again. 50 minit hiking dari aur bay chalet sampai la ke kincir angin. 


Subhanallah, cantik sangat pemandangan dari atas. Worth the hike. 



Sejam lepak atas tu. Sampai la matahari terik. Baru kami turun bawah balik. Sampai kat long beach, kami pon pi singgah kedai beli goggle. Survey harga RM90-RM95. Aku mintak kurang jadi RM80. Brader tu senyap sat tapi pastu dia bagi. Ya Allah, rezeki sangat. Kalau taw boleh tawar, aku mintak RM70 pon takpa. Haha. 

Sampai chalet, bagi goggle tu kat boatman kami semalam. Pastu kami pon mandi, pack beg sebab nak kena check out pukul 11. Siap check out, kami breakfast kat fatimah cafe. Breakfast megi je pon hehe. Air panas caj RM1. Pastu minum fresh orange RM5. 

Pukul 12, kami gerak ke jetty untuk balik ke kuala besut. Babai pulau perhentian yang cantik. Sebab ribut semalam, air clear je hari ni.

Elaun bulan ni memang habis kat langkawi dengan perhentian ja. Sebab duk rumah kan, jimat duit dah, tu yang boleh honeymoon tu.

Tambang Minyak dan Tol RM--
Tiket Boat RM60 x 2
Tiket Marine Park RM5 x 2
Bilik RM100
Snorkeling RM40 x 2
Makan RM11 + RM2 + RM17 + RM6

Dan goggle RM80. Dalam kenangan. Sobss 


Yess. Within budget. It was a happy birthday indeed💕

Terima kasih kesayangan❤️


1 comment:

  1. perlukan khidmat nasihat ttg percutian ke redang dan kapas...atau tasik kenyir..dila call/wasap 0179799773

    ReplyDelete

rawr-ing aloud