27 May 2016

Pulau Perhentian

Untung exam habis awal ni, walaupun study week singkat which didnt affect anything sebab aku bukan jenis yang study masa study week sebab dapat cuti sem awal. Yeay! Orang lain cuti sekolah dua minggu, kami dapat cuti sebulan. Tapi aku kira cuti starting hari pekerja lepas praktikum dah muehehe so dapat la merasa cuti lebih kurang 6 minggu.

When all else failed, take a vacation 😎

Action research macam kelaut pastu exam jawab macam hmmm hmmmm ja, so it's time for another vacation! Kali ni, destinasi 'honeymoon' kami; Pulau Perhentian 24-25 Mei 2016 🌴


Awalnya, kami cari pakej. Sempat la whatsapp beberapa pakej. Ada macam-macam jenis pakej kat instagram tu. Yang termurah kami jumpak pon pakej satu ni, person in charge tu yana. 2d1n RM180, 3d2n RM210. Pakej ni termasuk tiket pi balik jetty kuala besut - pulau perhentian, snorkeling 5 points dan chalet. 

But then, kami tergerak hati nak redah je sebab duk rasa macam mesti boleh dapat murah lagi ni. So, berbekalkan firasat yang ada tu, kami pon walk in sahaja. Weekdays, insyaAllah ada ja bilik. Hari sebelumnya tu kami stay kat bachok, rumah kak satu malam. 

Day 1
Lepas subuh, kami bertolak ke jetty kuala besut. Jimat dah duit parking situ sebab kak volunteer nak hantar. Sesampainya di jetty, dah ada dah ejen yang follow naik moto. Pelik sikit sini, tiket memang kena beli kat ejen, takdak kaunter tiket pon kat jetty. Bila tanya harga tiket, katanya RM70. Kami dah survey blog, ramai yang cakap RM50. Jadi kami pon mengelak, cakap nak breakfast dulu jap. Masa breakfast, kami pon tanya la akak kedai makan tu berapa harga tiket. Kebetulan, ada la pokcik ejen tengah breakfast situ. Dia pon ajak kami pi tepi sikit dan bisik harga. Dia cakap dia boleh jual RM60. Kami kalau boleh nak harga RM50 tapi takpa la, asalkan bukan RM70 sudah la kan. 


Kami teruskan niat kami nak breakfast tu. Pastu kami bungkus nasik putih, asing lauk. Ni pulak untuk lunch kat pulau nanti. Nasik pulau kan mahai banyak. Kami bawak air mineral tiga botoi, megi cup dan roti gardenia jugak. 

Pastu, sebelum naik boat kena bayaq RM5 tiket marine park. Kami pon beramah mesra dgn pokcik marine park tu, dia kata tiket boat memang RM70 tapi kalau pandai cari, RM40 pon ada tapi kena pandai kecek klate la *besut ore kecek klate lagi* 


Kami pilih untuk stay kat perhentian kecil sebab nak hiking ke kincir angin. Ada dua part kat perhentian kecil ni. Sebelah long beach, sebelah lagi coral bay. Kami stay coral bay. Kalau dalam gambar ni, dia kata teluk aur. Boleh je jugak nak ke kincir angin dari perhentian besar tapi kena naik water taxi la. 


Boat drop kami kat coral bay pastu kami pon melangkah la ke chalet yang nampak bajet. Fatimah chalet RM60 fan room tapi penuh. Amelia Chalet RM80 fan room. Kami ambik Aur Bay Chalet RM100 fan room. Biasa je biliknya. Percutian bajet kan. Cukup la tu asal dapat rehat, mandi, solat. Tapi tak privacy sangat la. Jiran nyeh hinguih pon kita bole dengaq. Nasib baik kami takdak jiran. Kalau dak, sian kt depa hahaha. Bilik 101 ni menghadap pantai, nyaman sangat. 


Check in, pastu terus ambik pakej snorkeling dengan aur bay ni. RM40 sorang. Kalau kat long beach, snorkeling RM50. Kalau kat perhentian besar kami taktaw. Pukul 10.30 pagi kami snorkeling.

Mihmih. Snorkeling 5 point. Air tak berapa jernih sangat sebab tak nampak matahari pon. Macam jerebu pon ada. Ntah. 


Point 1: Coral 
Kawasan ni berombak sikit. Kami ni dah la terkapai-kapai tak pandai berenang. Duk snorkeling tu, angkat je kepala tuptup dah duk hujung kawasan balik dah haha. Orang lain dah tawaf tengok semua coral. Kami ni duk berpusing kat tempat yang sama. 


Nak dijadikan cerita, dalam duk bergelut nak balik ke boat tu, goggle saya jatuh dalam air hukhuk. Boatman tu tolong cari tapi tak jumpak sebab dah dibawak arus. Huuuu. 

Point 2: Shark 
Kat sini air lebih dalam dan coral dia cantik sangat. Taktaw la lebih cantik dari point coral tadi ke tak sebab kami melawat sejemput coral yang sama je kat sana tadi hahaha. Sedih sikit kat sini. Kami share goggle. Boatman offer goggle dia tapi segan nak ambik. Huhu. Sini dah tak bawak turun kamera pon sebab hazmyr pon dah mabuk laut masa ni, nak ajak patah balik pi boat pon tak daya. Dia serahkan je la goggle kat isteri dia yang perak dalam ayaq ni. Ikan yang biru tu banyak sini. Alhamdulillah, rezeki sangat dapat tengok shark live depan mata. Sekoq ja la tapi. Gerun kot. Kelupoq eksaited terjerit-jerit dalam ayaq. Nak offer goggle kat hazmyr pon dah tak sempat. Shark tu laju je hilang. 

Point 3: Turtle
Turun boat kejap je, pastu naik balik sebab rasa tak konpiden nak snorkeling sorang. Kalau hanyut ke tepi, nak berenang balik ke boat cemana sorang-sorang. Haha. Hazmyr stay atas boat je dah sebab keletihan mabuk laut. Naik boat balik, tengok penyu dari atas boat je. Sekali sekala penyu tu terapung untuk bernafas. Omey angat. Nampak kepala ja pon jadi la. 

Then kami dibawa ke kampung nelayan untuk lunch. Harga makan sini macam tak sekejam yang kat cafe chalet la yang pasti. Nasik dengan lauk kat sini. Kami tak makan pon, hazmyr tengah tak sedap tekak. Aku order air teh o ais, makan dengan roti gardenia. 


Point 4: Light House
Waktu ni, air berombak. Tak sesuai snorkeling. Ada apa pon taktaw sebab tak turun pon. 

Point 5: Romantic Beach
It's not romantic that day kat kami. Ombak jugak huhu. Boatman kata selalunya air biru cantik tenang je kat sini tapi time kami pi dia nampak macam tengah gaduh dengan suami. So tak dapat turun jugak kat situ. Rugi tak dapat selfie dengan nemo. 

Habis snorkeling dalam pukul 3, kami balik mandi solat semua, dan makan nasik lunch kami tadi. Then, tidoq sepuas-puasnya. Letih main ayaq. Konon nak bangun petang sikit nak pi hiking kincir angin. Eleh. Maghrib baru sedaq. Tu pon sebab ribut kat luaq. Agak menakutkan sebab bilik kami depan pantai. 


Kami makan kat ewan's cafe malam tu. Ramai jugak abe abe situ suggest makan sini. Dia murah sikit daripada cafe tepi pantai. Nasik putih, tomyam campur, teh o RM17. Tomyam dia macam 2 orang makan. Okay la. Berbaloi👍🏻


Coral bay ni sesuai untuk orang yang nak suasana tenang. Sangat tenang sebab 10.30 malam semua kedai makan dah tutup haha. Krik krik je. Sebelah malam long beach ja meriah. Ada la pertunjukan api la apa la. Bising sikit la. Tak sesuai la nak bawak anak. 

Nak pi long beach dari coral bay ni ada pathway. Masuk kot ombak divers chalet, nampak ewan's cafe. Jalan la situ sampai tembuih ke long beach. Bawak torchlight ke phone ke kalau nak lalu malam situ sebab biawak suka buat suspens. Banyak betui biawak dengan cicak sini.

Day 2 
Lepas solat subuh, kami jalan kaki ke long beach. Jalan sampai ke bubu villa, ambik jalan bukit ke kincir angin. Macam biasa, biawak again. 50 minit hiking dari aur bay chalet sampai la ke kincir angin. 


Subhanallah, cantik sangat pemandangan dari atas. Worth the hike. 



Sejam lepak atas tu. Sampai la matahari terik. Baru kami turun bawah balik. Sampai kat long beach, kami pon pi singgah kedai beli goggle. Survey harga RM90-RM95. Aku mintak kurang jadi RM80. Brader tu senyap sat tapi pastu dia bagi. Ya Allah, rezeki sangat. Kalau taw boleh tawar, aku mintak RM70 pon takpa. Haha. 

Sampai chalet, bagi goggle tu kat boatman kami semalam. Pastu kami pon mandi, pack beg sebab nak kena check out pukul 11. Siap check out, kami breakfast kat fatimah cafe. Breakfast megi je pon hehe. Air panas caj RM1. Pastu minum fresh orange RM5. 

Pukul 12, kami gerak ke jetty untuk balik ke kuala besut. Babai pulau perhentian yang cantik. Sebab ribut semalam, air clear je hari ni.

Elaun bulan ni memang habis kat langkawi dengan perhentian ja. Sebab duk rumah kan, jimat duit dah, tu yang boleh honeymoon tu.

Tambang Minyak dan Tol RM--
Tiket Boat RM60 x 2
Tiket Marine Park RM5 x 2
Bilik RM100
Snorkeling RM40 x 2
Makan RM11 + RM2 + RM17 + RM6

Dan goggle RM80. Dalam kenangan. Sobss 


Yess. Within budget. It was a happy birthday indeed💕

Terima kasih kesayangan❤️


22 May 2016

Memory Keeper

Tips untuk bakal pengantin yang sentimental 👰🏻

Nanti pilih photographer yg mmg well-known dan talented sebab kita takmau la invest ribu riban pastu dapat hasil yang menyedihkan. Mmg depa ni mahai sikit, tp habaq kat depa "saya nak shoot and burn". Tapi kalau dapat cari hat newbie tapi mmg terbukti talented, lagi la bagus sebab mesti range harga dia tak tinggi lagi. Bab mencari ni kena berhati-hati sebab kadang tu newsfeed ja cantik, hasil kerja yang lain tu err err. Opkos la letak gambaq yang cun ja dalam instagram kannn. 

Shoot and burn means depa shoot gambaq hari wedding, pastu depa ambik masa sikit untuk edit gambaq kita, then kita akan dapat softcopy gambaq tu dalam CD atau pendrive. Takdak album keras. Tapi yang pasti, dapat banyak awal dari orang yg ambik pakej. Saya dah dapat semua gambaq wedding saya :)


Kena tanya jugak kat depa "ada edit tak?" sebab mcm @raihana.photography shoot tunang ritu, dia tak edit langsung, terus bagi ja. @aimanhakimphotography pulak, dia edit semua nak dekat 1000 gambaq sebab dia jenis jaga reputation. @qalbugraphy pulak depa edit selected pic ja yg lain tu bagi original version. Tapi kalau dah kita taw hasil depa cantik, depa edit ka dak pon kita takdak la nak rasa seriau sangat. Kan?

Engagement Day: @raihana.photography RM400

Solemnization and Reception: @aimanhakimphotography tapi assisted by @danielhalis RM1500

Reception: @qalbugraphy RM900

Qalbugraphy best sebab satu harga tapi dua photographer, laki bini. So gambar kita ada banyak back up dan ada daripada dua point of view. Plus, depa modelkan pose yang depa nak kita buat, which is really helpful. And cute!

Lepas dapat softcopy, jangan lupa copy paste, simpan sebab takut melopong kalau pendrive hilang. Pastu boleh la buat jadi stock profile picture untuk 40 tahun haha. Dak dak, pi la proceed printing. Pi hantaq cuci kat kedai, buat album sendiri, macam zaman kita pakai kamera kodak dulu. Gambaq tunang saya, saya dah cuci atas polaroid film yang kecik tapi mahai tu huhu. Konon nak buat jadi background photobooth tp tak jadi sebab takut hilang orang ambik. 

Service lain-lain jenis, so range harga pon akan jadi lain. Pandai-pandai la survey. Rajinkan diri bertanya. 

Saya sangatlah berkedekutan dalam perihal kahwin ni tapi bab photography tak berani nak hentam ambik hat murah saja. Kena survey. Risiko sebab banyak dah kes yang sedih. Takpa melabur demi kenangan. Baju pelamin khemah apa semua depa cabut buang lepas kenduri, tapi bila tengok balik gambaq, memory lasts forever. 

Ni pon kes kalut, dapat taw tarikh majlis pon lewat, pastu photographer idaman dah tak free tarikh tu. Cari la baik baik na. Hampa boleh buat pilihan yang lebih bijak. Goodluck💪🏼

Langkawi

Setelah tiga bulan berpraktikum, i think we deserve short vacation(s). Sejak berumah tangga ni *acewahh* kami sempat la berjalan ke sana sini sikit tapi gitu gitu la. Tapi mana cukup, kena la honeymoon jugak mihmih. So, study week yang ada ni kami manfaatkan sebab time ni ja kami cuti tapi sekolah tak cuti, bukan peak season. Destinasi 'honeymoon' pilihan kami; Langkawi 7-9 Mei 2016 🌴


Untuk ke langkawi, sebaiknya hampa naik la kat jeti kuala perlis sebab jarak dia lebih dekat. Harga tiket jeti kuala perlis - langkawi ialah RM18 untuk dewasa. Parking kereta kat situ RM10 sehari kalau yang tak berbumbung. Ya, per day bukan per night macam hotel tu naa. Jadi kami kena bayaq RM30 sebab nak tinggai kereta 3 hari. 

Sampai kat jeti langkawi, jadilah pengguna yang bijak. Sebolehnya elakkan daripada terpedaya dengan pujuk rayu 'ulat kereta sewa' yang akan menawarkan kat kita kereta sewa murah dan sebagainya tu. Depa maybe garang sikit dan akan kata "orang tanya takmau jawab" dan sebagainya tapi abaikan ja k, tak pon kata "dah ada dah" hewhew. Pi straight kat kaunter luaq jeti tu. Sana kita tak mudah ditipu. Alkisahnya, kami ni nak jimat so terpedaya ambik moto sewa kat brader 'ulat' ni, tapi kami terkena caj per day, bukan 24 hours. Sepatutnya konsep dia is hang ambik pukui 2 petang hari ni, esok 2 petang hang pulang balik moto kat sini, caj RM35. Tapi kami terkena kononnya 3 hari dapat diskaun jadi RM30 ja sehari, tapi kira per day, bukan 24 jam. 3 hari 2 malam, sepatutnya kami kena caj RM35 + RM35 ja. Hmmmmm tapi kami kena RM30 + RM30 + RM30. Burn RM20 situ. Sedih sob sob. Jangan lupa, prepare RM100 okay untuk deposit. Pulangkan moto atau kereta dengan selamat, you'll get back your RM100.

Dahla sedih tersedar kena tipu, boleh hujan lebat pulak tengah jalan nak ke kedawang. Mihmih, sudah jatuh ditimpa tangga nama dia. Ish kalau tambah RM10, rasanya dapat dah kancil manual haha. Tapi minyak la sepasai pulak kan. Naik moto minyak sikit je, ronda kemain sakan. Takpa lah, rezeki brader tu. Upah dia la tu. Ya, kami ke kedawang instead of pantai chenang. Pasaipa? Kedawang takdak la jauh sangat pon dengan pantai chenang. Dekat la jugak. Chenang mahai sebab kawasan pelancong. Kedawang okay lagi sebab kawasan sekolah, barang tak mahai sangat, chalet homestay pon banyak. Maka kami pon menginap kat gelam inn motel. Betui depan sekolah kedawang. Bilik aircond, katil queen satu, katil single dua. Air panas, milo, teh apa semua boleh ambik kat pantry. Iron pon ada. Sesuai untuk family. RM70 ja. Okay sangat. Jadi RM140 lah cost penginapan kami. Yang best, akak tu tak mintak deposit pon. Relaks je dia. Kami enjoy je stay situ, cuma nyamuk je la banyak sikit tapi mintak je ubat nyamuk kat akak tu, problem solved. Nanti nak stay sini lagi kalau datang next time. 

Untung kami duk kedawang. Makan gerai masakan panas dekat motel tu murah ja sebab depan sekolah. Harga standard macam makan kat penang ja. Situ la kami makan selalu. Depan gelam inn ni ada jugak satu kafe. Ada juai cucuk cucuk steamboat RM1. Ada jugak chicken chop. RM5 ja chicken chop tu dan sedap. Recommended!


Day 1, Pantai Chenang.
Jalan jalan cinta. Ronda naik moto.


Day 2, Island Hopping. Wehuu. 
Ketagih nak main ayaq. Kami dengan kengkawan berlapan book satu boat. Sesungguhnya kami bayaq RM25 ja sorang untuk island hopping ni. RM25 x 8 orang untuk boat. Tu ja yang kena bayaran. Untung weii ada kawan orang langkawi ni. Mihmih. Macehh nani :3


Point 1: Tasik Dayang Bunting 
Masuk tasik ni sepatutnya kena bayaq. Tapi taktaw pasaipa kami pon terjadi orang langkawi sama, tak payah bayaq haha. Alhamdulillah :3 Pastu life jacket pon kena bayaq jugak sepatutnya tapi kami dibenarkan bawak turun life jacket yang kami pakai dari atas boat kami tadi muehehe. Double jimat! Maka kami pon riang ria berendam dan terapung macam itik. Syiok! Tapi seriau la jugak, 14 meter ke dalam tu wei 🐳


Orang kata, telan ayaq tasik ni kalau nak pregnant. Khurafat :P


Point 2: Eagle Feeding
Tapi tak bagi pon helang tu makanan. Katanya sebab taknak tercemar ka camna ntah. Lagipon helang tu dah ada makanan dah. Belambak ketulan ayam kat permukaan air, sebab tu helang tu terbang rendah. For food. Yes, depa ni duk bagi makanan. Konsep dia, helang ni dah macam pet dah. Gemok dan sihat. 

Point 3: Pantai Beras Basah
Sini port snorkeling kalau nak snorkeling. Tapi takyah rendam kepala pon dah boleh nampak ikan tu hehe. Nak sewa goggles kena sedia duit la. Banana boat pon ada kalau nak naik. Kalau taknak bazir duit, berendam je dah la. Kami bersidai kat bawah pokok rendang ni je. Taknak burn hihi. Air cetek pon pulun pakai life jacket haha. 


Lepas sudah island hopping, kami pon pi cari makan sebab dah terketaq kelaparan. Lencun-i-didn't-care, kami pi terjah laksa ikan sekoq RM5 kat airport tu. Boleh tahan la. Lapaq, apa pon sedap. Perut kenyang, balik bilik lena.

Thanks girlsss💕


Day 3, Telaga Tujuh. 
Ada apa telaga tujuh? Ntahla haha. Panjat pi la. Situ ja macam destinasi bajet mihmih. Eh tapi tu pon parking berbayar taw. Moto RM2 haha. Tapi berbaloi la panjat tu sebab scenery cantik. Nampak gunung mat chinchang, skycab. Boleh la, santai santai sambil beriadah. Quality time, i would say 💑


Mula niat nak pi skytrek tapi macam rushing nak check out nanti, so maybe next time. Skycab pon tak naik dah sebab baru ja naik last year. Turun tu, kami ronda seround langkawi sat naik moto. Pastu balik motel, mandi, pack beg, check out. Sebelum balik, singgah pekan kuah jap beli cekelat kat haji ismail group. Nutella go kat sini RM4.90. Benda wajib beli ni. Beli sedozen. Nyumsss!


Sempat fight jugak pasai moto sewa ni dengan brader tu kat jeti before balik penang tapi taw dah, mana boleh dapat balik duit tu haha. Takpe lah, next time beringat la sikit. Babai Langkawi. Lusanya tu, kami pon exam dua paper berturut kehkehkeh. Hentam saja la labu. Tak larat nak pedo dah pointer. Tak first class pon takpa dah. Tak kisah dah huhu.

Nindia perbelanjaan laki bini yang galak nak berjalan walaupun sengkek 3 hari 2 malam kat langkawi. 

Tambang, Minyak dan Tol RM--
Parking RM30
Tiket RM18 x 4
Motor Sewa RM90 + Minyak Motor RM6
Motel RM140
Island Hopping RM25 x 2
Parking Telaga Tujuh RM2
Makan RM--
Cekelat RM--

Memang boleh jimat lagi, tapi kami memang buat keputusan nak makan sedap. Iolls puas hati dengan trip ni sebab semuanya within bajet. Cash bawak tu memang cukup cukup 💸 Alhamdulillah :)

So, boleh dah plan trip seterusnya la kan? :3

16 May 2016

Suhaiza x Hazmyr


Alhamdulillah, halal dah :) Legaaaa sangat settle dah kenduri. Macam tak percaya. Takdak dah moment pakai baju cantik mekap cun pastu photographer ambik gambaq dah pasni haha. Habis.

Cakap pasal baju, i forgot already how my dream wedding dress looked like. Terpaksa dilupakan haha tu laaaa gagah nak kahwin time takdak gaji lagi. No such thing as 'flip your wedding dress' for me because it is just a simple baju kurung huk huk. 

Risau tu memang risau. Orang cantik takpa la pakai apa pon cantik. Orang tak cantik pakai baju cantik pon blom tentu jadi cantik, tapi kalau pakai baju tak cantik memang confirm tak cantik. Hukhuk pasghah, takpa la muka tak cantik baju tak cantik pon, omputeh kata less is more. After all, the marriage that matters, not the wedding kann. Tu je la ayat pembakar semangat untuk wedding preparation yang sangat koboi ni. Ambik la buat pembakar semangat untuk hampa jugak kalau hampa pon sengkek macam kami hiks.

Alkisah baju pengantin
After one-two weeks bertunang, kami pon mula la mencari baju. Tunang 70 hari je so semuanya kena rushing sikit. Nak jimat punya pasai, kami tak langkah masuk butik pengantin pon. Taw dah harga butik harga tak mampu. Ukur baju kat badan sendiri. Terpaksa la semuanya buat sendiri. We went to jakel shah alam. Mula tu pusing gak cari kot ada baju siap yang macam pengantin tapi macam takdak ja yang macam pengantin. So pi la masuk jakel cari kain situ sebab jakel buat promosi pengantin yang ada hadiah honeymoon tu. Saja la try keh keh keh. Padahal tak rasa pon bole menang.

Dugaan bertunang bagi kami adalah dugaan persiapan kahwin haha.
Nama ja promosi, harga set tu pergh sampai ribu riban kot. So kami ambik je la kain valentro, 9-10 meter jugak la untuk baju kami dua. Lace pulak, ambik yang rm35 semeter je la mampu. Tu ja yang paling murah pon rasanya haha. Ambik terus dua set. Sini dan sana punya. Biru untuk nikah (my choice) dan gold untuk majlis kat karak (his choice). Wuuu memang tak merasa la pakai songket ka apa ka.  

Siap shopping, kami tempah terus kat tailor. Baju melayu dengan baju kurung moden je. Pengantin tak kerja lagi, apa adanya ja la. Dalam 2-3 minggu before wedding, baju siap. Nak jadi cerita, mama ada la tangkap gambar tunjuk kat kami baju yang siap tu. Ya Allah, kaler dia seriyauuu tengok. Lace gold tu jadi silver. Dalam hati punya la sedih duk pikiaq sampai hati tailor ni suka hati boleh tertukaq lace gitu ja kat baju nikah orang. Tuptup sampai kat tangan, betui ja pon sebenarnya keh keh. Lighting phone ja semua tu. Suspens okayy. Baju kawen kot. Lari warna tema, memang teriak tk berlagu la :'D 

So next step is beading. Dan masa dah suntuk sangat.

I am totally in debt with yon. Walaupun busy nak praktikum, dia mau ja ambik tempahan ni. Macehhhhh sangat sangat yon! Shopping beading kat a tu z, harga dia taktaw la nak kata, berderau jugak la darah sebab time tu tak dapat elaun lagi haha. Tapi kalau tak tempek manik, orang konpius satgi mana pengantin sebab orang pi kenduri la ni melawa sakan kot. Mau tak mau, jahit jugak la beading sikit sikit. Tapi takdak la sampai buat baju jadi 4kilo. And it turned out to be sooooo beautiful, yon! Thankyou <3


Untuk bertandang, mama memang jahitkan siap dah beading time nak letak dalam dulang sebagai hantaran nikah. So settle satu part. Kenduri karak memang pakai apa yang mama buat je, tak tambah dah. Malas kisah dah sebab dah kawen dah pon muehehe ;)

 
Bakal jadi baju raya tahun ni.
Veil nikah pulak order kat instagram @crownbridal. Bunga bunga hewhew. Nasib order awal sikit sebab memang la orang tu cakap bole siap 19 hari tapi tapi tapi lepas 19 hari tanya macam2 alasan dapat haha. Baru nak buat leteww. Kisah duka sikit bab veil ni. Rasa macam hurmmmmmmm sangat bila dapat veil bunga dan manik yang hanya ditempek gam, bukan jahit, dan siap lewat. Tak sangka bayaq RM80 untuk dapat hasil camtu. Bila tanya kat ruangan komen "veil ni memang tak berjahit ke?" terus kena block muahaha. Takpa saya penyabar. Saya jahit tangan sendiri. Apa pon alhamdulillah siap. Walaupun bunga dan maniknya berteraburan diduduk oleh suamiku di pelamin hahaha. Orang puji cantik veil tu, tapi saya taknak recommend kat sapa pon sebab service dia plus orang tu dah block aku dah pon kan hurmmm.

Untuk bertandang, punya pemalas nak cari veil. Serik la kononnya. Buat sendiri je veil kosong keras kejung guna net tu. Net beli kat kedai bunga. Kosong je la tapi haha. Tapi nak kata Allah dah susun elok dah tu, tuptup mua sana tu offer pinjam veil nikah dia. Sama kaler pulak tu uollss. Apa lagi, rembat. Settle. Haha. Redahhh je. Dah kawen dah pon kan haha.


Crown juga. Beli online. Pre order. Dua majlis tu pakai crown sama. RM50 je crown tu dan bermanfaat sebab dapat bagi pinjam kat kawan pulak :) Kasut pon pakai dua kali, beli kasut siam tu ja. Macam hazmyr jugak la. Sampin, songkok ngan butang baju memang kami cari yang bole masuk dengan both warna majlis kami. Guna dua kali. Jimat hihi.

Alkisah makeup
Mekap nikah ambik mua orang parit buntar je. Malas demand, kira yang mana murah ja. Haha. Tak murah la tapi better dari yang cantik tapi mahal, pastu jauh dan kena support transport dia. Lepas solat, nak shoot outdoor tu mekap ditaja oleh makcik makcik yang ada kat rumah masa tu. Hahaha dapatla ulat bulu di kening tapi iolls okay je. Asalkan kawen!

Makeup by Sazatulfitri RM180 

   
sebelum dan selepas

Mekap bertandang mama yang carikan. Ex student mama. Akak tu bagus sungguh. Teliti sangat buat bahagian mata. 2 jam jugakla bersiap. Memang berbaloi. Effect mata tu memang aum aummm. Taktaw nama apatah lagi laman sosial beliau. Siap pakaikan baju, tudung, crown, veil semua. Macehhhhhhh :)

Makeup RM100


Seronoknya dah settle kenduri :) Duit simpan buat rumah pertama je la pulak. Dan honeymoon

Terima kasih tak terhingga kat mak, mama, abah, kak, abang, adik, family, mak saudara, pak saudara, sepupu sepapat, saudara mara dan semua kaum kerabat atas segalanya. Jasamu dikenang :')


Untuk classmates yang bertungkus lumus tolong preparation majlis ni, thankyouuuuu sangat!


Geng gila gila saya, muah sikit <3 


Dan semua yang lain lain. Thank youuuu :')

Doakan kami :)