13 Dec 2013

jom kawen muda!

ehem. post ni tiada kena mengena dengan my personal life k. belum. lambat lagi, kot T___T saja ja nak tulis sebab dah tertengok semanis kurma malam ni - seindah mahar.

kita sedia maklum, orang kat mesia ni selalu beranggapan perkahwinan ni adalah suatu proses yang rumit, perlu perbelanjaan yang besar, persiapan yang mewah dan sebagainya. sebabtu orang orang tua selalu bangkang kita nak kawen muda. sobs. "hang nak bagi anak bini hang makan apa? pasiaq?" hmm. nanti anak lecture mak balik "mak nak tanggung dosa kami ke?" hehe.

hakikatnya, Rasulullah saw bersabda; wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri (riwayat Bukhari dan Muslim). jom kawen muda! :3 

tambah pulak, zaman serba moden ni, ramai dah kan yang wajib kawen, ehemm. tersedak!


kita rasa macam perkahwinan sangat susah sebab kita takdak duit. kan? hat ni tak dapat nak kata apa. tu la, dulu2 mak suruh menabung takmau, ketegaq, korek tabung pi beli henset. padan muka. suami ustazah bahiyah kata baca surah alWaqi'ah supaya dimurahkan rezeki. insyaAllah. apa apa pon, avoid la berhutang. agar masa depan cerah sentiasa.

tapi sebenarnya, aku rasa bukan perihal wang ja yg kita perlu risaukan. kalau aku, aku lebih risau komitmen. tanggungjawab. sudahkah kita cukup persediaan? esaimen vs basuh baju. exam vs masak. dan lain lain. sebab kita masih belajar, adakah kita bersedia nak terima satu tanggungjawab. think. tapi kalau kita terima amanah ini sbg suatu ketenangan, lembah rahmah, insyaAllah kita capai bahagia dlm redhaNya. amin.

dan ingat, Rasulullah saw bersabda; sebaik baik pernikahan adalah yang mudah (riwayat Abu Daud).

ehem, ni ustajah suhaiza nak bagi tutorial perkahwinan. ecewah. dak la. kalau sapa ikut memang dom. ni sebenaqnya ala ala my dream wedding. di umur yang muda. dengan gelaran student. tanpa bajet yang tak cukup. sigh.

merisik

emm, merisik bagi aku perlu. bukan la syarat sah nikah pon, tayah buat pon takpa. tapi, i nak buat huhu. sebab ni la masanya yang kita akan kenal siapa mak dan pak mentua kita. kalau sebelum ni tak penah tgk, nak add kat pesbuk pon segan, maka inilah masanya :D tayah pantun pantun, cukupla buat jamuan ringkas macam hidang mee sanggui ke, bihun singapore ke, dgn ayaq sirap. hat bride-to-be ni pon tayah la bermekap sakan, veil segala bagai. tayah kot. cukup la pakai baju kurung cotton plain kaler peach ke yellow yang pastel gitu, dgn squarescarf bunge bunge kecik. hiks, okay gedik :3 haha. hari merisik ni, bole la nak decide bila nak tunang, bila nak kawen, brp mahar, brp hantaran dan lain lain :) disebabkan abah dah takdak, aku harap paksu bole take over sesi ini :')

haaa, bride-to-be tak bole la jadi penyegan di hari dirisik, sila lah buat buat rajin hidang makanan nanti serta claim makanan tu ayaq tangan kita :P

bertunang

again, ini adalah jamuan ringkas. mungkin kali ni buat nasik pulak. masak sendiri je pon bole. tunang ada hantaran ke? tayah ngarut. gimme the ring, its more than enough :D tanak hantaran. untuk tunang ni, harap harap bole la pakai baju kurung moden chiffon. yang rega beratus tu, huhu tak penah ada lagi sobs. yang ada batu batu kecil di hujungnya. jangan bnyk sgt batu tu, nanti berat jalan tersungkuq. mungkin kali ni berselendang. weee. harap harap bole mntk tlg kwn mekapkan kasi nampak natural haha. gegeh. emm, xpayah pelamin pelamin. karut je tu. buat mcm satu corner je dh la. asalkan bakal mama bole sarungkan cincin, kan? acewah :D nak invite sapa? mak sdara pak sdara. dan kawan kawan yang rapat. sebaiknya pertunangan dirahsiakan.

bila dah ada kawan tu, apa lagi, ambik dslr. aku nak pegang prop "i am bride-to-be" pastu depa kena pegang prop "i am jeles" kihkihkih. sila muntah.

malam berinai

ni pon adat je. tapi yang ni tak makan duit, insyaAllah. rasa macam nak buat. lagipon, nak taknak, mmg kita akan berinai jugak kan. cuma mcm nak mengada sikit la, bajet mcm nk buat ni as bachelorette party weeeeee :D seronoknya. last time nak lepak dgn kawan kawan before dpt status puan. semoga Allah izinkan, mmg nak sgt buat bachelorette party ni :') bajet lisa surihani. nak buli kawan kawan yg 15 ni inaikan aku :D tu pon kalau depa mau huhu. harap harap takdak aral. jgn risau, homestay akan ditaja. mungkin akan ada kek sebijik. moist choc cake nyum nyum. akan ada photographer. hopefully kak atun mau la tlg jd photographer. i really want to capture all these beautiful moments. gambar yang penuh senyuman di muka semua. ada prop. gambar ramai ramai ats katil. indahnya persahabatan kan? bajetnyeww. phew.

baju? emm. tayah gegeh sgt. pakai je apa yg ada pon bole :) yg penting semua pakai cantik cantik. waaaaa

pernikahan

kalau ikut agenda jimat (jimat baju), nak buat nikah pagi kenduri. so bole terus je pakai baju tu time kenduri. kedekut paittt. but i found this;


err. nikah bila pon tak kisah la. huhu. tapi kalau bole dekat je jarak dgn kenduri. Rasulullah dan Khadijah bernikah di hari Jumaat. makanya, err rasa nak nikah jumaat lah :3 kalau la boleh abah jadi wali.

pernikahan angan anganku; nak nikah kat masjid dkt istana kuala kangsar. haha. tu dulu je la. nak nikah pagi tu, kat rumah je. pastu doa selamat, Qasidah. terus pengantin raikan tetamu :) takde dah la kot mcm tunggu pengantin laki datang semua tu. aku selalu terpikir, knp depa selalu lambatkan pengantin bertandang tu ke zohor? nanti sempat ke solat? err.

baju nikah

omaigod baju nikah. putih! nak gabung wrna apa, nanti pikiaq. haha. base putih. pasti. sure. sebab putih cantik dalam gambaq :D design mcmna pon tak penah pikiaq, sbb belom nak kawen hehe. dan for sure nak Qayyum Studio as photographer sbb dia tangkap gambaq super cantik. harap mampu bayaq T_______T kalau bole nak kak atun sekali. gambar dia tgkp beremosi. suka tgk. harap ada diskaun pelajar.


Qayyum Studio punye. cantik.

ehh baju baju ni, laki tanggung ke kita pikiaq sendiri? sobs. Ya Allah, kayakanlah bakal suamiku. ameen.

pelamin

err bukan la pelamin sgt pon. cuma mcm hiasan dlm rumah tu. sarung cincin segala. photoshoot. Wishing Weekend buat cantik gila. sangat suka. Ya Allah, kayakanlah bakal suamiku. hiks. knp la aku bajet ngat.



mahar dan hantaran

mahar, orang melayu kita panggil mas kawen. mahar ni ibarat nafkah pertama suami beri kepada isteri (ustazah bahyah, 2013) orang kata, bagi mahar ikut kemampuan. meringankan mahar tu lah yang terbaik. sesetengah negeri ada mahar yang ditetapkan. nak taw apa mahar pernikahan Rasulullah dan Khadijah?


"aku terima nikahnya norsuhaiza binti madzlan dengan mas kahwinnya 1 dinar" Ya Allah, kayakanlah bakal suamiku. ngeee :D

hantaran tu yang beribu ribu. tujuan asalnya untuk membantu perbelanjaan kenduri. hantaran ni sbnqnya adat sahaja. dulu waktu tak matang dulu, aku pnah kata kat diri sendiri, aku nak hantaran kucing. haha. gila kan. bagi aku, cukup la bagi duit tampung kenduri. hantaran dulang dulang tu tayah ngarut. kalau nak bagi, letak atas dulang tu i phone berbalas i phone :D satu sama. takdak nak balas lebih2. what you give, you get back la kan. haaa tapi taw dah tak dapat. daripada membazir duit atas dulang, baik beli perabot rumah. washing machine please :3

cincin

tak kisah :3 belah rotan pon comel je. simple lagi bagus. tayah batu batu. panda comel.

i wish

walimah

taknak buat kat dewan. awkward. buat kat rumah je. sederhana. supaya tak membazir. oh, nak tempah makcik laksa maktab tu. laksa dia sedap sgt. nyumnyum. maybe ada gerai cendol juga. tetamu akan dapat telur dlm tangkai bunga drpd kertas yang comel. tak pon kek kecik. taknak bagi  beg goodies. macam membazir je yg tu. kanak kanak dapat lolipop. i know, sgt tak sihat. tapi comel. colourful. kad kenduri, nak buat. harap harap ada duit.

tayah bawak hadiah. cukuplah mendoakan pengantin;

"Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai"
(Doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib k.wj)

baju warna mcmni cantik. mohon ada lace :') hand bouquet. a must

trend baju akd nikah terbaru

bertandang

malunye bertandang, tayahla kot kenduri belah laki huhu


bestnya dapat mengarut mcmni. rasa macam menulis cita cita atas awan :) berangan kuat ngat. haha. ini semua perlukan duit. kalau nak jadikan realiti, seriously kena ada saving. dan paling penting, pasangan yang memahami.

buatpa la hampa pi baca post ngarut ni.

No comments:

Post a Comment

rawr-ing aloud