19 Dec 2013

Mario

assalamualaikum. 

kalau sem lepas bole la nak post gambo bunge dgn quote alhamdulillah tanpa perlu tulis caption apa apa just satu smiley. 
sem ni tak bole dah huhu.


sayangnya bila cgpa jatuh. cgpa tu yg aku risau. aku tak kisah tak naik pentas but please cgpa dont go down. silalah naik seperti mana harga gula, minyak, kereta, tol, rumah, astro dan sebagainya. please don't do this again to me :'(

last sem cgpa 3.94 but now turun dahsyat. huhu. mampu ke nak survive cgpa 3.8 above ni till grad?

this is tiny me. lubang yang besar dgn badan yg kecil. 
sobs sedihnya cgpa jatuh bnyk. mcm rugi je result sem satu. tu la. sapa suruh malas study. main banyak. esaimen malas

*pokok makan orang is phonetics. and learning and learners. kombinasi yang jahat, buat pointer jatuh sem ni

apa pon, alhamdulillah masih bertahan! :D

16 Dec 2013

dream wedding at last is just a dream?

pagi tadi kawan smka whatsapp.

"ija, km mimpi ampa kawen"
"km nampak ampa ja, sbb km p kenduri lpas ampa turun pelamin, laki tu x bpa familiar sgt, org jauh kot. haha tak lama la tu "

okay. awkward. sebab dia kan penolong ketua umum yg report aku couple dulu kawan sekolah. mcm pelik je ckp pasal kawen. 

-----

malam tadi. abg tgh makan malam. aku tgh tgk master chef. dia pon tanya kat aku, apa progress sepupu kami, dilah. dia nak nikah dah jumaat ni. abg tnya, dia buat kat butik mana? pelamin dia brp? baju brp? 

so, aku pon sembang sembang. cerita la apa yg patot. bla bla bla. 

"uih mahai kalau gitu. hang nanti ni beli ja kaftan. buat tema arab. hantaq tempah. pastu ikut suka hang la nak tambah labuci ka apa ka."

krik krik. maluuuu. hihi. abg aku tak rasa ke aku kecik lg nak ckp pasai kawen. hoho. aku rasa aku budak lagi. maybe sbb tak reti masak. tak reti bnyk bnda sebenaqnya. i am 20, yet know nothing.

cakap pasal tema arab, thanks for the suggestion abg ;)

haha, yg ni la yg dtg ke minda lps pikir kawen tema arab hiks
okay jugak. dress dah sure sure senang. the dais would be much simpler dgn arabic theme, selalunya mesti ada bantal bantal bergelimpangan, pastu background seni ukir ukir islam tu. wedding card dgn tulisan jawi/arab. pas nikah ada doa selamat, qasidah semua. masyaAllah meriah. ulalaaaa ^^  teruih rasa nak meleleh ayaq mata eh eh, dah. stop. hehe. kuat verangan. duitnya? nan hadoooo *tikam dada*

i've read a post org tu (nadia helena) nikah sanding the same day. mcm kalut kalut je. tak sempat la qasidah semua semua ni katanya. oh maybe sbb dia kena pegi photoshoot outdoor.

ouwh, dia ada buat satu entry pasal kahwin jimat. sila lah tekan semua link yg ada naa

see, bantal yg gila banyak. tapi syg, theme arab selalunya guna warna warna berani. sanding sesuai la.
for nikah, me prefer pastel colours :(
duit takdak, tak bermaksud kita tak bole buat our dream wedding a reality. cumanya, it will not be as perfect as what we have been dreaming sejak zaman sekolah rendah tu. maybe akan jadi a bit kureng sana sini sikit since we have to try our best to kawen at minimal cost. nak buat cane? tu je la mampu. dah kita ni bukan che ta. suami kita bukan zain saidin. saboo je le ye.

apa apa pon, i am sure we can realize our dream wedding. with minimal cost. merrily :) cuti cuti ni bosan kan? jom baca cerita kawen orang orang yg berpengalaman. kutip sana sikit, celup sini sikit. nanti dapat la dream wedding kita tu :D aku pon taktaw la awat aku rajin tetiba nak buat post ni. saja. 

1) hentak belipat & peti suara.

cala man vs cala qisya

banyak benda bole belajar dari wedding yana. wedding yana ni ada terselit satu impian aku. bridesmaids yg super ramai haha. baru la nampak macam raja. ngee :D well actually, bnda ni nmpk comel. bagi aku la. aku selalu berangan nak belikan kain pelbagai material and tone warna kat depa, pastu depends kat depa nak buat kain tu jd baju apa. so akan ada yg pakai plain cotton warna pastel, ada yg dpt satin warna dull sikit, ada yg dapat chiffon yg bright sikit warnanya. weeee. mesti semua lawa lawa ^_^ uniformity is lame. variety rocks ;D (and it will cost me a lot nak bagi kain kat le bridesmaids yg super ramai) err mcm tak mampu je sobs 
*tak bole jadi nih, kena save duit! sebab indirectly, ni dh jd macam satu bentuk hadiah untuk kawan kawan terchenta*


Photo: Assalamualaikum. Alhamdulillah Kak Belle Yahya now dah selamat di nikahkan dengan pasangan. Terima kasih banyak-banyak pada yang doa dan hadiri kenduri kami. Minta maaf kerana kami tidak dapat reply facebook dan email buat masa ini. InsyaAllah dalam masa terdekat Bella Ammara akan kembali beroperasi semula! THANK YOU <3
belle yahya pon gune konsep bridesmaids. boys and girls lg tuw
next, depa ada candy booth. weeee :D nak sangat. kat tumblr, aku rajin je reblog anythg yg aku rasa mcm comel je nk letak kat candy booth time tunang nanti :) mst santai abes. argh ni semua pembaziran. bcos no one like sugary things. sakit gigi, kan? sobs.

candy booth yana time engagement


sweet kan? macaroon, bunge strawberry, pusheen the macaroon! :D   

2) maria elena & asfirdaus.



kalau wedding maria, aku suka idea dia tntg the dresses. ada satu dress bertandang, dia just beli dress yg dah siap, then tambah sleeves. economical :D


3) irine nadia & vel oliver.


err, malas pulak nak korek blog dia. knp la irine tak letak je link kat tepi tu? kan senang sikit. rasanya, dia sgt particular pasal wedding dia. sapa bnyk duit, bole la huhu.
wedding dia mcm agak mahal untuk direview. org kayew.
tapi baju baju dia cantik! jeles.





*argh dah sampai tahap ni, aku rasa nak give up dah tolong summarize wedding orang* siap rasa renyahnya nak kawen. ergh nak tidoq je lah.

konklusinya, kita semua ada dream wedding kita kan? dgn cara belajar dari pengalaman org lain, kita bole cari cara untuk realize our dream wedding tu. contohnya;

aku kena start saving untuk photography, since aku mmg aim nk ambik qayyum studio tu. plus kak atun. pergh havoc, ramai cameraman :D

aku kena berjimat demi dress pengantin yg cuns. well, kita taktaw bakal suami kita mau belanja ke tak baju kitew ni ;P

nak kena simpan duit dah untuk make sure bole berbakti kat kawan kawan yg nak jd bridesmaids nanti nih. well, they deserve these since banyak kot pengorbanan kawan kawan time tunang nikah kawen nanti. i love my fwens *hugs*  

the dais needs money too :(

dream wedding at last is NOT just a dream. but we'll have to work for it. plg penting, find ways to minimize the cost. insyaAllah dapat punye :3

pinjam idea dr cinta *tabung bridesmaids* *tabung photographers* *tabung dais* *tabung dress*
HAHA pulunnn.

punya takdak kerja la cuti sem ni. haih. hampa pon mesti takdak kerja kan sebab duk baca aku merapu --'
seronok gak bagi hampa buang masa mcm aku.
sekian.

disclaimer: gambor milik tuan tuan blog. 

14 Dec 2013

Kemaih Bilik 2.0

this is called kemaih bilik 2.0, since ni second time. sebelum ni dah buat dah before abg kenduri. melupuskan segala benda yang tak guna, stuff mcm buku & majalah terutamanya. kalau sebelum ni, kertas exam tadika pon mmg abah kumpui dan simpan. tapi dalam kemaih bilik 1.0 aku buang semua. majalah klik, bintang kecik, ketas peksa, buku latihan dan lain lain. except benda yg berkait dgn spm. kemaih bilik 1.0 dapat hasil 215kg, bayangkan lah betapa banyaknya sampah dalam bilik. juai dapat RM43 je. cis.

duk maktab ada sistem perfailan yang sangat melecehkan. semua ni MQA punya cekadak. dah 5 sem kt maktab, jadi fail dgn buku dah bertimbun timbun. simpan kat hostel, bilik jadi semak. so simpan kat rumah. seb bek aku buat sistem kotak. satu sem satu kotak. semua buku dgn file ada dlm tu. except file major sem 1, ada kat kelas sbb MQA ritu, lupa bawak balik. yg lain semua aku dh bwk balik simpan. kotak standard size, kotak yg beli kat cosway tu. jadi susun je kat corner bilik bertingkat. alhamdulillah tak semak.

so, memandangkan dah ada 5 kotak yang perlukan kasih sayang dan tumpuan, aku memandang serong terhadap file spm yang sudah buruk dan berhabuk itu. semak la bilik barang banyak banyak. barang kak pon banyak T__T

lalu aku selongkaq satu per satu, sambil membina kekuatan untuk membuangnya. sobs :'(

sayang nak buang. sbb aku ada sistem perfailan yang pulun. ya, aku tak paham kenapa aku sgt semangat. aku bukannya PA sapa sapa pon. take a look at my files. ni fail sejarah. semua ada divider gitu, tambah tambah file kertas exam.

pulun. latihan abeh jawab ke tak ntahnye
nota tuisyen pon aku simpan gak. siryes aku ni sentimental
haha nota tuisyen bio. 
haa, hat ni la yang cikgu tu cerita kat kami pasai rhesus factor. darah negative positive yang bahaya untuk kandungan. hat aku gaduh lawan cakap dgn mr crab. err --

interesting. i found this. and many more. hm, memories are hard to fade. dia selalu buat unpredictable suprises macamni. open pages 3 and you'll receive a secret message. huhu. puppy love. segala surat murat dan benda benda related to tettttt still disimpan. targetnya nak dibakar sehari sebelum nikah. ecewah.


eh surat surat, kad birthday, wish card, kad raya yg dapat dari kawan kawan crush since sekola rendah pon aku simpan lagi taw. gambaq pon. in a rectangle box. bcos i love memories :')

this one touched me so much. sobs. paling sayaaaaaaaaang nak buang. tengokla, tebai kot fail admath aku. awat tak score pon taktaw la huhu 

goodbye. we have no chemistry :'(
i found my fail bahas. sobs. kenangan gila ah. tapi aku buang je. err. hmmm. aku taknak jumpak hang dah k bahas. sorry. aku dah hilang talent. donno why. aku dah ada stage fright tetiba T____T


teks hiwar (dialog), waktu pi lawan ihtifal kebangsaan kat negeri sembilan time form 4. siryes aku pulun zaman sekolah. tak reti maluu --' yg ni pon aku buang. semuaaaa aku buang. takmau ingat dah.

hai tikah bidin dan dayah =)
haha :D aku jumpak ni. aku naqibah. tak bole blah.


ni hasil buku buku dgn ketas exam spm. tengokla, dapat file bnyk gila. bole guna kat maktab pulak. jimat :3 

hat tengah tu ghetas semata mata
ni belom hasil akhir, semuanya aku pindah masuk dlm kotak besaq. pastu aku pi kumpui balik segala katalog avon dgn cosway yg berselerak tu, buh sekali dlm kotak. majalah hat buruk buruk pon aku nak lupuskan. niat nak recycle. sekali dgn kotak tu aku nak juai. hewhew

skrg rak dgn meja study dah dikosongkan. aku semangat kosongkan, sbb mak kata, nak suruh kak bawak balik pi rumah dia. i am eagerly waiting for that moment :D bila dah lapang bilik ni nanti, i want to do somethg. to make it looks mine. my room :)

lepas dah clear barang barang ni, aku kemaih bilik. mak aih, bijik kurma, bijik rambutan, bijik anggur, bijik pisang kaki, semua ada all over the place. sabaq je lah, anak sedara ramai. kosmetik kosmetik aku hat tak penah disentuh tu pon aku buang je sbb mmg taknak pakai dan rasanya mungkin dah expired pon. duk biaq, jadi mainan anak sdara, takut satgi sakit kulit ke apa, bahaya chemical products ni kan. pastu aku kumpui balik novel novel yang bertaburan simpan dalam kotak novel. magazine (solusi, cleo, hijabista, majalah hikmah smka) aku simpan kat rak mak. hehe. sementara nak ada rak baruw nanti. beg beg aku yang berlungguk tu dah penuh satu kotak. err. nanti nak kena sedekah kot -____- baju takde masalah, sbb dah bagi banyak kat orang asli ritu time konvoi maktab.

*planning of having this type of shelf for my novels wink wink*
tapi mesti takung habuk punya --' tp jimat space


haaa, hat ni lawak. kemas kemas, aku jmpk ni dlm sampul. tak paham apa motif dia. asmaa' punya kerja la ni --'


kenapa aku suka cerita benda benda mcmni ntah. bosan. sapa suruh hampa gigih baca? mesti hampa pon bosan macam aku jugak :D btw thanks peeps!

13 Dec 2013

jom kawen muda!

ehem. post ni tiada kena mengena dengan my personal life k. belum. lambat lagi, kot T___T saja ja nak tulis sebab dah tertengok semanis kurma malam ni - seindah mahar.

kita sedia maklum, orang kat mesia ni selalu beranggapan perkahwinan ni adalah suatu proses yang rumit, perlu perbelanjaan yang besar, persiapan yang mewah dan sebagainya. sebabtu orang orang tua selalu bangkang kita nak kawen muda. sobs. "hang nak bagi anak bini hang makan apa? pasiaq?" hmm. nanti anak lecture mak balik "mak nak tanggung dosa kami ke?" hehe.

hakikatnya, Rasulullah saw bersabda; wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri (riwayat Bukhari dan Muslim). jom kawen muda! :3 

tambah pulak, zaman serba moden ni, ramai dah kan yang wajib kawen, ehemm. tersedak!


kita rasa macam perkahwinan sangat susah sebab kita takdak duit. kan? hat ni tak dapat nak kata apa. tu la, dulu2 mak suruh menabung takmau, ketegaq, korek tabung pi beli henset. padan muka. suami ustazah bahiyah kata baca surah alWaqi'ah supaya dimurahkan rezeki. insyaAllah. apa apa pon, avoid la berhutang. agar masa depan cerah sentiasa.

tapi sebenarnya, aku rasa bukan perihal wang ja yg kita perlu risaukan. kalau aku, aku lebih risau komitmen. tanggungjawab. sudahkah kita cukup persediaan? esaimen vs basuh baju. exam vs masak. dan lain lain. sebab kita masih belajar, adakah kita bersedia nak terima satu tanggungjawab. think. tapi kalau kita terima amanah ini sbg suatu ketenangan, lembah rahmah, insyaAllah kita capai bahagia dlm redhaNya. amin.

dan ingat, Rasulullah saw bersabda; sebaik baik pernikahan adalah yang mudah (riwayat Abu Daud).

ehem, ni ustajah suhaiza nak bagi tutorial perkahwinan. ecewah. dak la. kalau sapa ikut memang dom. ni sebenaqnya ala ala my dream wedding. di umur yang muda. dengan gelaran student. tanpa bajet yang tak cukup. sigh.

merisik

emm, merisik bagi aku perlu. bukan la syarat sah nikah pon, tayah buat pon takpa. tapi, i nak buat huhu. sebab ni la masanya yang kita akan kenal siapa mak dan pak mentua kita. kalau sebelum ni tak penah tgk, nak add kat pesbuk pon segan, maka inilah masanya :D tayah pantun pantun, cukupla buat jamuan ringkas macam hidang mee sanggui ke, bihun singapore ke, dgn ayaq sirap. hat bride-to-be ni pon tayah la bermekap sakan, veil segala bagai. tayah kot. cukup la pakai baju kurung cotton plain kaler peach ke yellow yang pastel gitu, dgn squarescarf bunge bunge kecik. hiks, okay gedik :3 haha. hari merisik ni, bole la nak decide bila nak tunang, bila nak kawen, brp mahar, brp hantaran dan lain lain :) disebabkan abah dah takdak, aku harap paksu bole take over sesi ini :')

haaa, bride-to-be tak bole la jadi penyegan di hari dirisik, sila lah buat buat rajin hidang makanan nanti serta claim makanan tu ayaq tangan kita :P

bertunang

again, ini adalah jamuan ringkas. mungkin kali ni buat nasik pulak. masak sendiri je pon bole. tunang ada hantaran ke? tayah ngarut. gimme the ring, its more than enough :D tanak hantaran. untuk tunang ni, harap harap bole la pakai baju kurung moden chiffon. yang rega beratus tu, huhu tak penah ada lagi sobs. yang ada batu batu kecil di hujungnya. jangan bnyk sgt batu tu, nanti berat jalan tersungkuq. mungkin kali ni berselendang. weee. harap harap bole mntk tlg kwn mekapkan kasi nampak natural haha. gegeh. emm, xpayah pelamin pelamin. karut je tu. buat mcm satu corner je dh la. asalkan bakal mama bole sarungkan cincin, kan? acewah :D nak invite sapa? mak sdara pak sdara. dan kawan kawan yang rapat. sebaiknya pertunangan dirahsiakan.

bila dah ada kawan tu, apa lagi, ambik dslr. aku nak pegang prop "i am bride-to-be" pastu depa kena pegang prop "i am jeles" kihkihkih. sila muntah.

malam berinai

ni pon adat je. tapi yang ni tak makan duit, insyaAllah. rasa macam nak buat. lagipon, nak taknak, mmg kita akan berinai jugak kan. cuma mcm nak mengada sikit la, bajet mcm nk buat ni as bachelorette party weeeeee :D seronoknya. last time nak lepak dgn kawan kawan before dpt status puan. semoga Allah izinkan, mmg nak sgt buat bachelorette party ni :') bajet lisa surihani. nak buli kawan kawan yg 15 ni inaikan aku :D tu pon kalau depa mau huhu. harap harap takdak aral. jgn risau, homestay akan ditaja. mungkin akan ada kek sebijik. moist choc cake nyum nyum. akan ada photographer. hopefully kak atun mau la tlg jd photographer. i really want to capture all these beautiful moments. gambar yang penuh senyuman di muka semua. ada prop. gambar ramai ramai ats katil. indahnya persahabatan kan? bajetnyeww. phew.

baju? emm. tayah gegeh sgt. pakai je apa yg ada pon bole :) yg penting semua pakai cantik cantik. waaaaa

pernikahan

kalau ikut agenda jimat (jimat baju), nak buat nikah pagi kenduri. so bole terus je pakai baju tu time kenduri. kedekut paittt. but i found this;


err. nikah bila pon tak kisah la. huhu. tapi kalau bole dekat je jarak dgn kenduri. Rasulullah dan Khadijah bernikah di hari Jumaat. makanya, err rasa nak nikah jumaat lah :3 kalau la boleh abah jadi wali.

pernikahan angan anganku; nak nikah kat masjid dkt istana kuala kangsar. haha. tu dulu je la. nak nikah pagi tu, kat rumah je. pastu doa selamat, Qasidah. terus pengantin raikan tetamu :) takde dah la kot mcm tunggu pengantin laki datang semua tu. aku selalu terpikir, knp depa selalu lambatkan pengantin bertandang tu ke zohor? nanti sempat ke solat? err.

baju nikah

omaigod baju nikah. putih! nak gabung wrna apa, nanti pikiaq. haha. base putih. pasti. sure. sebab putih cantik dalam gambaq :D design mcmna pon tak penah pikiaq, sbb belom nak kawen hehe. dan for sure nak Qayyum Studio as photographer sbb dia tangkap gambaq super cantik. harap mampu bayaq T_______T kalau bole nak kak atun sekali. gambar dia tgkp beremosi. suka tgk. harap ada diskaun pelajar.


Qayyum Studio punye. cantik.

ehh baju baju ni, laki tanggung ke kita pikiaq sendiri? sobs. Ya Allah, kayakanlah bakal suamiku. ameen.

pelamin

err bukan la pelamin sgt pon. cuma mcm hiasan dlm rumah tu. sarung cincin segala. photoshoot. Wishing Weekend buat cantik gila. sangat suka. Ya Allah, kayakanlah bakal suamiku. hiks. knp la aku bajet ngat.



mahar dan hantaran

mahar, orang melayu kita panggil mas kawen. mahar ni ibarat nafkah pertama suami beri kepada isteri (ustazah bahyah, 2013) orang kata, bagi mahar ikut kemampuan. meringankan mahar tu lah yang terbaik. sesetengah negeri ada mahar yang ditetapkan. nak taw apa mahar pernikahan Rasulullah dan Khadijah?


"aku terima nikahnya norsuhaiza binti madzlan dengan mas kahwinnya 1 dinar" Ya Allah, kayakanlah bakal suamiku. ngeee :D

hantaran tu yang beribu ribu. tujuan asalnya untuk membantu perbelanjaan kenduri. hantaran ni sbnqnya adat sahaja. dulu waktu tak matang dulu, aku pnah kata kat diri sendiri, aku nak hantaran kucing. haha. gila kan. bagi aku, cukup la bagi duit tampung kenduri. hantaran dulang dulang tu tayah ngarut. kalau nak bagi, letak atas dulang tu i phone berbalas i phone :D satu sama. takdak nak balas lebih2. what you give, you get back la kan. haaa tapi taw dah tak dapat. daripada membazir duit atas dulang, baik beli perabot rumah. washing machine please :3

cincin

tak kisah :3 belah rotan pon comel je. simple lagi bagus. tayah batu batu. panda comel.

i wish

walimah

taknak buat kat dewan. awkward. buat kat rumah je. sederhana. supaya tak membazir. oh, nak tempah makcik laksa maktab tu. laksa dia sedap sgt. nyumnyum. maybe ada gerai cendol juga. tetamu akan dapat telur dlm tangkai bunga drpd kertas yang comel. tak pon kek kecik. taknak bagi  beg goodies. macam membazir je yg tu. kanak kanak dapat lolipop. i know, sgt tak sihat. tapi comel. colourful. kad kenduri, nak buat. harap harap ada duit.

tayah bawak hadiah. cukuplah mendoakan pengantin;

"Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai"
(Doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan puteri Baginda Fatimah Az-zahrah dengan Saidina Ali bin Abi Talib k.wj)

baju warna mcmni cantik. mohon ada lace :') hand bouquet. a must

trend baju akd nikah terbaru

bertandang

malunye bertandang, tayahla kot kenduri belah laki huhu


bestnya dapat mengarut mcmni. rasa macam menulis cita cita atas awan :) berangan kuat ngat. haha. ini semua perlukan duit. kalau nak jadikan realiti, seriously kena ada saving. dan paling penting, pasangan yang memahami.

buatpa la hampa pi baca post ngarut ni.

10 Dec 2013

Comot


her name, Comot represents her comot, dull colour she has. dia jalan kedek kedek. dan sering tepeleot. we thought that she suffers from earing problem, kan kalau kita tak balance kat dlm telinga tu, kita jalan senget senget, plus suara dia agak kuat, seakan akan pekak. huuuuu.

dia agak cacat, tapi dia manja. dia selalu sendel kat kaki. dia takkan enjok seinci pon kalau kereta nak lalu. sangat 'gah'. so tiap kali nak reverse keta, sila la angkat dia masuk dlm keta for a while.

dia akan angkat ekor tinggi tinggi masa jalan. macam pem-balance bagi dia. 
dia akan kalut kalut masuk dalam bilik. dan attempt untuk masuk satu kotak ni. pulun. 

tapi tadi.

dah pukul 10. aku musykil kenapa kucing kucing sekalian ni masih belum pulang. ikut sistem asrama, depa kena balik before ten and prepare for bed. semua, sekali dgn oyen. tadi oyen je yg balik. hairan. mana yang lain ni? cari punya cari, nampak la depa kat rumah sebelah ni. (rumah kosong yang menyeramkan). i called them banyak kali. puteh buat dek je. geram pulak rasanya. dah la terukir di bintang last episode. nak tggai pon rasa berat erghh

so, mak pon tekad, pi rumah sebelah alone. mak nmpk comot. mak nak angkat. then rasa mcm ehh.

"ija, comot macam dah mati ja."

T_____________T

why? why my dear?
sobs.

takde luka, takde kesan gado. just ada kesan najis dia. ish nampak sangat sakit sebelum mati smpai teberak tekencing huuu. mak kata dia mmg sakit tu. tapi ntah la sakit apa. mati diam diam. takde pon tunjuk tanda pape. pagi tadi elok je bergelumang dgn aku atas katil pas subuh. sedih. mata dia mcm sedih, ada ayaq mata. huu. sorry tak bawak pi vet. esok akan bawak putih dgn tam kelet pi. sobs. too late. 

patot la putih dgn tam kelet tak balik rumah. depa teman comot. i was touched. huhu

tadi kami tanam dia dah.

mak tak sudah sudah cakap "siannya"
CIA
-comot in action-

yang paling tengah tu la comot. tengok, dulu dia putih je. takde pon hitam di mana mana. bila besaq, tetiba ada belang.
hihi. ekoq dah makin hitam. nampak tak?
apa tengok tengok
buat muka comel
tang mana yg sama pon taktaw la
saya mmg kalut pon huhu
telinga rebit
mata saya besau dan berkilau
"she's mine. dont take her"
hmm. 

19/6/2013 - 10/12/2013

innalillahiwainnailaihiraji'un.
dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

bila turn kita?

3 Dec 2013

A Deep Talk

i used to have a best friend.
suddenly,


this was my perception. 
bcos i dont know her anymore.
i mean, i have no chances to get closed to her.
maybe, i am nobody to her.
the awkward silences. the avoiding trial. the unanswered messages.
we still talk like every day, but we don't talk in the same way that we used to. 
idk why.


but,
suddenly she called.
memang rasa meremang nampak nama dia naik.
we had a deep talk.
lama. almost 4h.

finally, 
after all these while. 
two years.
now only i know the reasons, factors we become strangers.
which when i want to recall, i dont remember at all.
haha, cakap banyak. tapi ntah. macam still tak brp paham.
tapi yg pasti, it isn't related to any guy matter (so i am totally wrong).
haha, it is about friends. 

rasa macam pelik.
even kmi masing masing dh taw reason masing masing,
actually taw dari before deep talk ni (instag, twitter, facebook, blog)
ni tambah pulak deep talk, directly, personally.

tapi still rasa mcm something wrong somewhere. 
macam ada things unfixed yet.

aku,
still awkward.
takut nak tanya private story.
sebab rasa not belong 

aku sedar,
kadang kadang she tried,
macam "nak rasa sikit carrot susu"
and my response was krik krik. 
sebab bnda macam tu susah nak dipanjangkan.
takkan nak smbg pasal carrot kan?
selalu ada incident yang takde peluang. 
chances to talk limited sgt.

i tried too. 
kadang kadang respons hambar, 
and most of the time no response at all. 
haha. fobia rasanya nak start conversation.
maybe aku annoying. kot. 

yeah, when i put so much effort on something,
i tend to be really annoying.

that's why kalau nak tolong dia pon,
aku tak buat directly,
indirectly.
mungkin dia taktaw pon. 
tapi bagusla.
at least dia tak rasa annoyed.

ntahla.
hopefully things can still be repaired.

doesn&#8217;t mean I don&#8217;t care auf We Heart It - http://weheartit.com/entry/88314870

:)


dear kawan.
i heard your stories.
i know, that were just some of your stories.
there're more stories un-revealed.
bcos you said you have no friend to talk to.

please dont feel that way.
berkawanlah.
tak dapat kawan susah senang, dapat kawan senang pon jadilah.
at least ada kawan ;)

“Friends are the family you choose.” ― Jess C. Scott, The Other Side of Life
eh, kita kan penah share stories dulu dulu.
in fact, kita penah jadi besties.
i am sure you can find one.
real friend.
 don't be sad


kita kawan k.