2 Jan 2016

Engagement Day

29/11/2015-- officially berdarah manisss (previously berdarah masam)


Alhamdulillah, another step closer. Wow, rasa macam dewasa sangat sebab dah main step step ni. Ni bukan main main ni, ni bakal merubah fasa fasa kehidupan seorang suhaiza. Pheww. Ready dak ni? Reti goreng ikan dengan teloq ja baru. Tapi selagi tak lalui, memang takkan pernah ready, so power through je lah. Dah sampai jodoh kami, benda baik jangan ditolak, ye dak.

So, nak share pengalaman sikit sini kat hampa. Cewahh. 

Hantaran 
Isu hantaran ni akan berbalik kepada soalan kehendak vs keperluan. Bagi aku dan hazmyr, ni kehendak je ni. Adat. Tapi tidak sama sekali bagi orang tua haha so daripada takmau hantaran, sampai jadi lima balas tujuh siap ada sirih junjung lagi. Kehkehkeh. 

Tips; 
> diy gubahan dulang. 
Tak susah sangat pon rasanya benda ni. Balut polisterin ikut kaler tema, buh atas dulang, tempek sikit bunga bunga kat penjuru dulang, siap. Bunga tu beli la kat kedai dua ringgit. Cabut cabut dari tangkai dia pastu pelekat guna glue gun. Nak mewah sikit, tambah la manik manik. Simple sudah la. Hat barang atas tu, kalau tak kreatif memang mati kutu. Aku berjaya la jugak buat kipas lolipop. Tu pon kira riak tak terkata hahaha. Kalau upah orang gubah, rasanya bukan singgit dua la, mesti puluh2 gak. Retis takpa la, kita takyah.   
> reuse dulang sepupu.
Nak habaq mai kat hampa, dulang sangatlah mahal di zaman ini. Paling murah pon dah nak cecah rm20. Tapi tktaw la kot ada tempat lain yang murah, macam padang besaq ka. Aku senang ja, pinjam dulang orang so tkpayah hias apa pon dah sebab dia dah memang hias dah. Gasak je la tak ikut warna tema pon. Jimat. Tapi elok jugak la beli siap time nak tunang sebab kawen nanti nak guna lagi, unless mak pak setuju takyah hantaran masa nikah. Kawen mesti ikut tema. Takkan nak perosak dulang sepupu. Tapi kalau tkmau beli pon, dah ada dulang sewaan dah sekarang. Sewa je pon okay, tapi kalau ada adik nak pakai lagi, beli je la.
> bagi hantaran berupa makanan.
Senang. Sebab nanti adik beradik pakat hulur sorang sikit. Aku ritu dapat halwa la, cekelat la, tat la, kuih la, kek la. Jimat belanja. Aku beli buah, kek dgn cekelat je rasanya hehe. Habis tu, bole kongsi makan adik beradik, merasa la sorang sikit. Kos pon ciput je.

Baju
Sekarang mostly tunang pon pakai baju butik pengantin huhu. Tak perlu kot rasanya. Bersederhana dah la, simpan untuk majlis nikah nanti, baru la naik seri nanti. Disebabkan majlis tunang aku ni disekalikan dengan kenduri kesyukuran (ada bacaan yassin) dan ramai jemputan; adik beradik, kawan mak, orang taman, orang surau, maka ada eloknya pakai baju sesopan mungkin. Ye lah, lagi pon nak tunjuk diri kat bakal mertua :)


Tips;
> less is more.
Tak payah kot berlabuci liplap berveil sangat, tunang je pon. Beli dress ke baju yang siap dah pon takpe, tapi better yang plain la. Tak pun buat baju kurung moden plain, pastu tambah la lace dengan manik kat hujung tangan. Aku pakai baju kurung yang sepatutnya pakai hari raya ritu, tapi lambat siap, so buat je la jadi baju tunang. Letak lace sikit. Tambah manik. Pakai flowercrown, siap. Hazmyr pon pakai jeans and tshirt je. Okay la, gaya orang belum kerja. Tapi kalau style tu dah macam baju harian hampa, errr cuba usaha cara lain bagi nampak lain sikit sebab takut tak naik seri.
> pesan kat kawan dress code minimal.
Kahkahkah, i really did this one. Tapi aku tak percaya la depa tak melaram, mesti melaram punya la so aku tetapkan kaler yang depa kena pakai. Hitam, hehehehe. Tudung earth colour, to complement my outfit. Baru la orang taw yang mana satu yang bertunang hihihihi. I have beautiful friends, i should be insecure kekeke.
> baju bridesmaids.
Boleh je nak ada bridesmaids, pesan ja depa pakai warna yang sedondon. Asal sama warna, okay la. Kalau kaya, sponsor la baju hiks.

Pelamin 
Tak wajib pon ni, tapi semua orang dah buat sekarang so nampak macam wajib pulak. Tapi taknak buat pon takpa aih. Aku taknak spend duit untuk pelamin, rasa membazir, so buat la la kadar je.



Tips;
> diy.
I did my own pelamin. Bukan pelamin sangat la, tempat sarung cincin to be exact. Background pelamin aku langsir bilik je, hehe. Hampar karpet bulu tu (sewa kt orang buat pelamin). Letak kerusi dua bijik (pinjam rumah mak chaq kehkehkeh). Hias langsir backdrop tu. Asalnya macam nak letak bunga bunga tapi malas nak melabur, so pin je tissue flower kat situ. Bole beli kat kedai DIY, tak sampai sepuluh ringgit pon. Siap. Kehkehkeh.
> cari orang pasang pelamin dalam instagram.
Sekarang dah ramai dah yang buat part time buat pelamin. Harga pon murah je sebab dia takdak nak bayar sewa & gaji pekerja macam pelamin butik. Instagram banyak. Cari #pelaminbajet #pelamindiy. Cari jugak #pelaminpenang sebab kita takmau tanggung kos pengangkutan pulak kan. Banyak jugak area penang ni yang buat cantik. Kalau nak, gtaw je, i can suggest a few.

Photography 
Orang cakap, macam tak perlu pon ni untuk tunang tapi not for me. Gambaq la yang paling penting sekali. Sentimental. Aku cari photographer pompuan, senang nak gedik gedik sikit. Plus, she can do makeup so two-in-one. Ramai je female photographer sekarang, cari leklok. Tengok hasil kerja dia sama.


Tips;
>  shoot and burn
Kalau nak sep bajet, cari pakej shoot and burn. Shoot and burn ni, depa tangkap gambaq, tak edit, tak buat album, just bagi pendrive softcopy kat kita. Tapi setengah photographer dia akan edit sikit, tu yang memang nak jaga kualiti kerja dia la tu, taknak bagi customer hasil yang tak memuaskan. Okay la shoot and burn ni, kita print je la sendiri gambar kat kedai, letak dalam photo album macam dulu-dulu. Pakej ni murah sebab keja depa settle petang event tu jugak. Takyah la dah belek muka pengantin lepas event tu dah. Tapi, cari lah photographer yang memang experienced, kita taw dia cekap, tone gambar cantik, tak over exposed, tak senget, ada point of view yang sempurna dan lain lain. Kalau dak, sedih kang tengok hasil dia haha.


> cuci gambar guna instax printer
Cute sangat gambar guna instax film ni. Beneficial taw, sebab kita bole buat photo collage dalam bilik pengantin nanti. Dak pon buat jadi hiasan kat photobooth nanti. Aku berangan ke langit dah ni. Taktaw la ada masa ke tak je la haha.


Jamuan Makan
Wei jangan lupa pulak hat satu ni haha. Dah jemput orang, gila ke tak hidang makanan. Mesti la kena hidang haha. Hat ni Alhamdulillah, mak kenduri. Ada jugak adik beradik hat tumpang kenduri kuih la, kek la so murah sangat rezeki. 

Tips;
> kad jemputan.
Tulis details majlis, panggil baca yasin. Kalau pakai mulut satgi pakat lupa. Print, potostet.

> katering.
Kalau masak sendiri memang jimat tapi nanti tak menang tangan. Satgi semua pakat kalut kat dapoq, takdak sapa hat nak menyembang kat depan. Kecik hati rombongan sana nanti. Macam ritu, katering ja. Depa sampai teruih kami jemput makan. Lepas kenyang baru masuk rumah menyembang. Kenyang perut senang hati ye dak. Sempat la mak kita menyembang dengan kawan, takyah kalut pikiaq nasik dgn lauk. Katering penang bole tahan lagi la, tak semahai tempat lain. Sekepala dua lauk RM6.50. Okay la tu. Kenduri 200 kepala ritu, macam menikah huhu mak kata bukan buat untuk aku, untuk kenduri.
> doorgift.
Tak payah. Bagi makan kenyang kenyang cukup la. Tunang je. Orang paham. 

Bunga tangan
Bunga tangan is a savior. Siryes gugup, taktaw nak pose cena, nak express excitement but in the same time nak kekalkan kesopanan. Bunga lah penyelamat anda. Hiks. A good props. Banyak berjasa. 


Tips;
> diy jugak. 
Haha diy lagi? Bukan cheapskate, cuma taktaw sapa yg bole buatkan my hand bouquet ritu. Takkan nak suruh florahera mai turun penang demi aku kot kan. Makanya, pi je kat market, ada la auntie juai bunga untuk smyg tu. Depa selalunya ada ja bunga ros, daisy. Daisy senang gubah. Tutorial pon banyak kat youtube. Asalnya nak buat daisy je, tapi daisy kuning ada about 8-10 je. Tak cukup nak buat a perfect hand bouquet yang menggebu giteww. Sebabtu tambah je la bunga apa yg ada buat bagi nampak tembam sikit. Daun untuk tambah colours. Siap. Hiks. Modal kurang dari rm30 kot. Syiok sangat. Asal ada sudah. Jangan membazir. 
> tengok musim.
Menurut petua orang juai bunga, bulan februari bunga memang agak mahai nak banding dgn harga normal. Kadang tu naik berganda sbb valentines. So kalau rasa macam costly sangat, pakai bunga palsu pon tkpa la. Cari la yg comel. 

Tu je kot tips yang dapat dikongsi. Selamat membina istana cinta masing2. Ingat, jangan julang adat sampai syariat tergadai sudahla. All the best :*

No comments:

Post a Comment

rawr-ing aloud