14 Jan 2016

Riya'

Countdown.

Counting days, dah tak lama dah pon ni. Mesti la eksaited. Gila tak eksaited? Kawen kot. Memang la nervous nak kahwin time belajaq lagi, tapi hati cakap 'kemonnn, bring it on'. Tak best dah pon perasaan kawan lama sangat ni. Dalam keasyikan melayan keterujaan tu, aku ada la terbabas pi syok sendiri bercerita perihal persiapan perkahwinan, terlupa pulak yang tak semua orang tumpang rasa gembira, walaupon tempat aku bercerita tu bukan tempat open pon, it's actually my safest space on social media ada classmates dan bestfriends sekolah menengah sahaja. Siapa sangka. Krik krik.

This was the post;
Alhamdulillah. Mak abah & mama abah are the bestest parents in the universe! Kami punya la duk risau belanja kahwin, tuptup masa tunang mak tetiba buat suprise "hantaran terserah, nak bagi bole, tak bagi pon takpa", padahal mak penah je melawak time tak rasmi kat kami nak mintak 10k. Mak kata, ni abah yang pesan suruh mak buat kenduri kat ija kalau abah dah takdak masa tu, sebab kak pon abah buat hantaran terserah jugak, then tumbang lembu kambing ayam yang abah ada. Syukur sangat. Pastu tetiba mama suruh buat kenduri sana dalam jarak masa yang dekat. Kami target belah sana nak kenduri bila dah ada gaji nanti ja. Kami dah risau ni, sebab kalau nak kenduri belah karak rasanya tak sempat kumpul balik duit dah ni, sana katering mahal, tuptup "ada ke mama abah mintak duit awak, ada la sikit rezeki Allah bagi", MasyaAllah. Loncat kegembiraan la kami semalam. Allah permudahkan sangat sangat sangat sangat dah ni. Kami tinggal keluar duit kat mas kahwin, emas, baju, pelamin, kad kahwin, photographer, hantaran, homestay, make up dll tu ja. Tu pon kami dah berkedekutan banyak kat semua tu sebab duk bajet belanja kenduri & goodies tu kami yang kena tanggung so baju apa semua tu buat ala kadar je dah pon. *kalau taw la tak kena tanggung kenduri ngan goodies, patot request emas berat sikit, hantaran branded, baju cantik sikit, photographer talented lagi, pelamin cantik sikit hewhew* Haha bagus jugak suprise camni, kalau la aku taw awai, mesti aku duk demand itu ini, mungkin boleh habis or maybe tak cukup pon duit hantaran yang hazmyr bagi tu kekeke. Tapi sebenaqnya aku tak guna sesen pon lagi duit hantaran, semua ni kami settle guna duit elaun kami ja sebab duit hantaran dia baru ambik kat bank semalam, dan semua benda dah settle pon. Kiranya skrg ni aku duk nampak duit hantaran tu akan jadi habuan duit simpanan nak bina hidup. Speechless. Tak sangka ada parents yang sangat sangat memahami, both sides pulak tu *kalau la taw, kawen empat tahun lepas pon takpa*. Hanya Allah yang mampu membalas jasa depa. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Jadi, kami berazam nak teruskan tradisi macamni kat anak anak nanti. Memudahkan pernikahan. Berkenan ja, mai rumah, tunang, pastu bagi menikah. Takyah kawan lama macam kami huhu banyak sangat dugaan dan cabaran. Kenduri bihun goreng pon takpa hazmyr kata.
Tak semua happy untuk kita. Ada orang yang tak suka kita. Ada jugak yang menyampah kat kita even tanpa sebab pon. This is reality. Normal. Kita tak bole la nak paksa orang suka kita, apatah lagi untuk sokong semua benda yang kita buat. Sebab kita pon tak suka semua orang. Kannnn. So, saya pasrah ajee. You can hate if you want, and you can be happy if you choose to be happy.

One of my favourite quotes in #88lovelife; 

I am not a good friend. So, jangan jadi macam saya yang suka sangat nak berkongsi cerita gembira dengan kawan. Jadi lah macam shasha.

Jadi macam shasha. Tapi jangan sedih kalau ada jugak yang mengata. Ha ha ha. Nanti akan ada jugak yang akan kata "eleh duk buat rahsia pulak", "dia ingat orang akan kata depa sweet la tu bila bercinta diam-diam", "nak orang kata depa couple islamik la tu, riya'!" dan lain lain. Biasa la, people talk. 

Ha ha ha. 

Riya'. Tu suatu pertuduhan yang sangat menyedihkan. Hmmmmm. 

I maybe on the wrong side, by being insensitive to my friends. I should be aware yang tak semua dapat peluang kahwin ni, ada yang belum jodoh, ada yang tak dapat kebenaran, ada yang takdak kewangan. Ya. Aku silap tang tu. Aku tak patut cerita keseronokan, kebertuahan aku sedangkan ada yang nak benda tu jugak tapi belum berkesempatan atau ada yang tak setuju dengan idea tu. Ya, saya mintak maaf atas keghairahan saya waktu tu. Tengah teruja terharu tersebak sebab dipermudahkan banyak benda.

Tapi tak bermakna i am open to public criticism. Agak tersentap di hati bila terasa diperli riya'. Riya' tu dahsyat tu. Ya. Saya tahu itu dituju kepada saya. Hm. Saya ni hati tisuuuuuuu huhu.

Kita kawan kan. Takyah la perli. Maybe bole tegur melawak kat ruang comment. "Amboii sejak dua tiga menjak ni asyik cakap nak kawennn ja noh". Tak pon, any other cara yang tak menyentapkan hurmmm. Ntahla. Tapi thanks for the advice. Saya dah delete post itu. Hu hu. 

Dan saya hide dah moment saya. In case saya kacau pandangan mata awak. Taknak la jadi camtu. Taknak rosak mood awak. Dan saya nak jaga hati saya sendiri. Avoiding judgement. Now i understand why some of our classmates have become secretive. I am now a member. Welcome to the club! 

I happened to read this one post shared on facebook. It made me think.


Riak di media sosial.
Ada orang post gambar nikah grand. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah simple. Orang kata dia riak.
Ada orang post gambar nikah sederhana. Orang kata dia riak.
Bila Dato' Aliff Syukri Terlajak Laris tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata dia cuma menjatuhkan imej orang Islam kerana menunjukkan orang Melayu Islam cuma pandai jual kosmetik untuk jadi jutawan.
Bila Dato' Vida tunjuk kekayaannya dalam tv, orang kata dia riak. Orang kata orang Cina, orang India hasilkan jualan yang ada kreativiti, manfaat, inovasi pada ummat, tapi orang Melayu berlumba-lumba jadi kaya hasil iklankan bahawasanya manusia kena kelihatan cantik dan menarik. Manusia perlu bermuka puteh. Melemahkan orang Islam.
Ada suami isteri yang post gambar mereka dan anak. Orang kata mereka riak. Fynn Jamal post, orang kata riak. Atita Haris post, orang kata riak. Irine Nadia Marcello post, orang kata riak. Kata mereka, nak menunjuk-nunjuk ada anak comel. Macamlah orang lain tak ada anak.
Ada orang post pasal kebajikan, orang kata dia riak. Raja Shamri bina thirdforce, orang kata menunjuk nak jadi YB la tu. Saiful Nang bantu anak-anak yatim, orang kata riak. Syed Azmi bantu gelandangan, orang kata dia riak macam dia seorang saja prihatin nasib mereka yang tidak bernasib baik di Malaysia. Ada orang post pasal kucing, Papa Hero buat rumah kucing terbiar, orang kata riak juga. Oh My Jep pun terkena riak juga.
Masya-Allah. Astaghfirullah.
Sikap orang Malaysia.
Punca kita hasad dengki pada orang tidak lain tidak bukan sebab,
--- Sakit hati tengok bilangan followers, likes dan viral. Populariti. Dia LAGI LEBIH DARI AKU.
Itu saja sebabnya.
Ketahuilah rezeki masing-masing sudah tertulis. Seandainya Allah rezekikan kamu dengan bilangan sekian-sekian walaupun sedikit, syukurlah.
Seandainya Allah rezekikan orang lain dengan bilangan sekian-sekian yang melebihi rezeki kamu, maka bersabarlah. Jangan dengki, jangan sakit hati.
"Tidak ada makhluk yang melata di bumi melainkan Allah sudah jamin rezekinya dan juga bilangannya."
Dia lebih likes, itu rezeki dia.
Dia lebih followers, itu rezeki dia.
Cerita dia viral, itu rezeki dia.
Dia kaya, itu rezeki dia.
Sesungguhnya Allah tidak mengajar kita menghukum orang lain berdasarkan apa yang berada dalam hati seseorang itu. Kita tidak tahu dia riya'. Kita tidak tahu apa dalam hati mereka. Ikhlas atau tidak bukan kerja kita nak menilik hati orang lain kerana Allah saja yang Maha Tahu apa yang tersembunyi dalam hati. Allah Pemilik hati.
"Setiap kebahagiaan yang sengaja dipamer usah disangka Allah tidak akan menduganya."
Usahlah kita merasa dengki dengan kelebihan orang lain lagi. Kerana kita tak tahu, adakah benar yang mereka dapat itu rezeki, atau cuma istidraj?
Istidraj adalah hukuman. Allah bagi dia lebih, lebih dan lebih lagi di atas kekufuran dan kemaksiatan yang dia buat. Kita tak tahu.
Yang kita patut respon adalah pada mungkar yang dipamer. Misalnya, kita tak setuju cara pengiklanan produk-produk kosmetik yang menampilkan aksi ghairah dan tak tutup aurat, kita tegur dan nasihat.
Kita tak setuju terlalu banyak gambar personal dikongsikan, bimbang akan dimanipulasi pihak tertentu, kita tegur dan nasihat.
Kita tak setuju pada cerita-cerita kebahagiaan couple seperti duk screenshot perbualan whatsapp kekasih padahal belum nikah. Cerita sambut birthday kekasih. Itu semua haram. Walaupun page-page besar promotekan kesweetan yang hancing itu, tidak menjadikan ianya halal.
Tegur bukan untuk menjatuhkan. Nasihat bukan untuk downkan.
Ada Muslim yang berjaya, kita bangga.
Ada anak Melayu yang berjaya, kita tumpang gembira.
Ada kawan kita yang sedang bahagia, kita doakan mereka makin bahagia dan berdoa moga dengan doa yang kita panjatkan itu, Allah juga bahagiakan kita.
Akhir kata, meskipun kita cuba bersangka baik, kita pun berharap moga-moga mereka dan kita bersikap sederhana. Tidak terlalu mempromosi diri, tidak terlalu mengangkat diri. Kerana ikhlas sukar dicari, riya' sentiasa mencari peluang di hati.
Kebahagiaan atau kekayaan yang kita ada, semua bukan milik kita.
Semua milik Dia.
Bila bukan milik kita, kenapa kita nak sombong sangat dabik dada?
Sekain.
— Penulis Misteri,
Abg Bikai the spoileretoszinsofsofsofsof
This is my humble point of view. 

Rezeki atau istidraj, bukan kita manusia yang tentukan. Tu hak Allah. Mungkin rezeki tu ujian bagi mereka untuk tidak riya', ya. Tapi tu jugak adalah ujian bagi kita untuk tidak hasad. Betul tak? Dan kalau ya pon depa istidraj, sanggup sangat ka hati tu nak kata kawan tu bergelumang maksiat? Hmmmm diri kita suci dosa ka? Hmmmmmmm. Yakin ja kata orang istidraj. Cemana kalau tu memang doa dia yang Allah dah makbulkan? 

Manusia memang ada sifat 'tidak pernah cukup dan puas'; yang kaya nak lagi kaya, yang sederhana nak lagi sederhana, yang pandai nak lagi pandai, yang cantik nak lagi cantik, yang pemurah nak lagi pemurah, yang jimat nak lagi jimat. Semua manusia tak dapat lari dari sifat ni. Check balik dalam diri. Ada, jangan kata takdak. Jadi, memang akan nampak la seakan-akan riya' tu. Kita ada kelebihan, kita rasa nak share dengan kawan, atau orang nampak walaupun kita tak tunjuk. Kita ada kekurangan, pon kadang tu kita bercerita jugak kan. Kawan. Sentap tak bila kawan kata kita sedang riya'? Padahal kita bercerita dengan kawan je hu hu.

Bila kita menghukum tindakan orang, ibarat kita lupa yang diri kita pon tak sempurna. We judge them, just because they sinned differently than us. Padahal kita pon jenis yang bercerita itu ini kat kawan. Tapi bila kawan nak bercerita, kita nak menyampah. Tak adil la kan?

Tak boleh ke hati kecil kita ni tumpang happy atas rezeki Allah kepada mereka? Be happy for others, so that they'll someday share your happiness with you. 

Hu hu. As for me, when people hate me, i will love them back. People come and people go and people gonna come somemore. The dearest will always stay. Appreciate them. 

And i learnt a lesson. 

Be sensitive. And secretive too. 


2 Jan 2016

Engagement Day

29/11/2015-- officially berdarah manisss (previously berdarah masam)


Alhamdulillah, another step closer. Wow, rasa macam dewasa sangat sebab dah main step step ni. Ni bukan main main ni, ni bakal merubah fasa fasa kehidupan seorang suhaiza. Pheww. Ready dak ni? Reti goreng ikan dengan teloq ja baru. Tapi selagi tak lalui, memang takkan pernah ready, so power through je lah. Dah sampai jodoh kami, benda baik jangan ditolak, ye dak.

So, nak share pengalaman sikit sini kat hampa. Cewahh. 

Hantaran 
Isu hantaran ni akan berbalik kepada soalan kehendak vs keperluan. Bagi aku dan hazmyr, ni kehendak je ni. Adat. Tapi tidak sama sekali bagi orang tua haha so daripada takmau hantaran, sampai jadi lima balas tujuh siap ada sirih junjung lagi. Kehkehkeh. 

Tips; 
> diy gubahan dulang. 
Tak susah sangat pon rasanya benda ni. Balut polisterin ikut kaler tema, buh atas dulang, tempek sikit bunga bunga kat penjuru dulang, siap. Bunga tu beli la kat kedai dua ringgit. Cabut cabut dari tangkai dia pastu pelekat guna glue gun. Nak mewah sikit, tambah la manik manik. Simple sudah la. Hat barang atas tu, kalau tak kreatif memang mati kutu. Aku berjaya la jugak buat kipas lolipop. Tu pon kira riak tak terkata hahaha. Kalau upah orang gubah, rasanya bukan singgit dua la, mesti puluh2 gak. Retis takpa la, kita takyah.   
> reuse dulang sepupu.
Nak habaq mai kat hampa, dulang sangatlah mahal di zaman ini. Paling murah pon dah nak cecah rm20. Tapi tktaw la kot ada tempat lain yang murah, macam padang besaq ka. Aku senang ja, pinjam dulang orang so tkpayah hias apa pon dah sebab dia dah memang hias dah. Gasak je la tak ikut warna tema pon. Jimat. Tapi elok jugak la beli siap time nak tunang sebab kawen nanti nak guna lagi, unless mak pak setuju takyah hantaran masa nikah. Kawen mesti ikut tema. Takkan nak perosak dulang sepupu. Tapi kalau tkmau beli pon, dah ada dulang sewaan dah sekarang. Sewa je pon okay, tapi kalau ada adik nak pakai lagi, beli je la.
> bagi hantaran berupa makanan.
Senang. Sebab nanti adik beradik pakat hulur sorang sikit. Aku ritu dapat halwa la, cekelat la, tat la, kuih la, kek la. Jimat belanja. Aku beli buah, kek dgn cekelat je rasanya hehe. Habis tu, bole kongsi makan adik beradik, merasa la sorang sikit. Kos pon ciput je.

Baju
Sekarang mostly tunang pon pakai baju butik pengantin huhu. Tak perlu kot rasanya. Bersederhana dah la, simpan untuk majlis nikah nanti, baru la naik seri nanti. Disebabkan majlis tunang aku ni disekalikan dengan kenduri kesyukuran (ada bacaan yassin) dan ramai jemputan; adik beradik, kawan mak, orang taman, orang surau, maka ada eloknya pakai baju sesopan mungkin. Ye lah, lagi pon nak tunjuk diri kat bakal mertua :)


Tips;
> less is more.
Tak payah kot berlabuci liplap berveil sangat, tunang je pon. Beli dress ke baju yang siap dah pon takpe, tapi better yang plain la. Tak pun buat baju kurung moden plain, pastu tambah la lace dengan manik kat hujung tangan. Aku pakai baju kurung yang sepatutnya pakai hari raya ritu, tapi lambat siap, so buat je la jadi baju tunang. Letak lace sikit. Tambah manik. Pakai flowercrown, siap. Hazmyr pon pakai jeans and tshirt je. Okay la, gaya orang belum kerja. Tapi kalau style tu dah macam baju harian hampa, errr cuba usaha cara lain bagi nampak lain sikit sebab takut tak naik seri.
> pesan kat kawan dress code minimal.
Kahkahkah, i really did this one. Tapi aku tak percaya la depa tak melaram, mesti melaram punya la so aku tetapkan kaler yang depa kena pakai. Hitam, hehehehe. Tudung earth colour, to complement my outfit. Baru la orang taw yang mana satu yang bertunang hihihihi. I have beautiful friends, i should be insecure kekeke.
> baju bridesmaids.
Boleh je nak ada bridesmaids, pesan ja depa pakai warna yang sedondon. Asal sama warna, okay la. Kalau kaya, sponsor la baju hiks.

Pelamin 
Tak wajib pon ni, tapi semua orang dah buat sekarang so nampak macam wajib pulak. Tapi taknak buat pon takpa aih. Aku taknak spend duit untuk pelamin, rasa membazir, so buat la la kadar je.



Tips;
> diy.
I did my own pelamin. Bukan pelamin sangat la, tempat sarung cincin to be exact. Background pelamin aku langsir bilik je, hehe. Hampar karpet bulu tu (sewa kt orang buat pelamin). Letak kerusi dua bijik (pinjam rumah mak chaq kehkehkeh). Hias langsir backdrop tu. Asalnya macam nak letak bunga bunga tapi malas nak melabur, so pin je tissue flower kat situ. Bole beli kat kedai DIY, tak sampai sepuluh ringgit pon. Siap. Kehkehkeh.
> cari orang pasang pelamin dalam instagram.
Sekarang dah ramai dah yang buat part time buat pelamin. Harga pon murah je sebab dia takdak nak bayar sewa & gaji pekerja macam pelamin butik. Instagram banyak. Cari #pelaminbajet #pelamindiy. Cari jugak #pelaminpenang sebab kita takmau tanggung kos pengangkutan pulak kan. Banyak jugak area penang ni yang buat cantik. Kalau nak, gtaw je, i can suggest a few.

Photography 
Orang cakap, macam tak perlu pon ni untuk tunang tapi not for me. Gambaq la yang paling penting sekali. Sentimental. Aku cari photographer pompuan, senang nak gedik gedik sikit. Plus, she can do makeup so two-in-one. Ramai je female photographer sekarang, cari leklok. Tengok hasil kerja dia sama.


Tips;
>  shoot and burn
Kalau nak sep bajet, cari pakej shoot and burn. Shoot and burn ni, depa tangkap gambaq, tak edit, tak buat album, just bagi pendrive softcopy kat kita. Tapi setengah photographer dia akan edit sikit, tu yang memang nak jaga kualiti kerja dia la tu, taknak bagi customer hasil yang tak memuaskan. Okay la shoot and burn ni, kita print je la sendiri gambar kat kedai, letak dalam photo album macam dulu-dulu. Pakej ni murah sebab keja depa settle petang event tu jugak. Takyah la dah belek muka pengantin lepas event tu dah. Tapi, cari lah photographer yang memang experienced, kita taw dia cekap, tone gambar cantik, tak over exposed, tak senget, ada point of view yang sempurna dan lain lain. Kalau dak, sedih kang tengok hasil dia haha.


> cuci gambar guna instax printer
Cute sangat gambar guna instax film ni. Beneficial taw, sebab kita bole buat photo collage dalam bilik pengantin nanti. Dak pon buat jadi hiasan kat photobooth nanti. Aku berangan ke langit dah ni. Taktaw la ada masa ke tak je la haha.


Jamuan Makan
Wei jangan lupa pulak hat satu ni haha. Dah jemput orang, gila ke tak hidang makanan. Mesti la kena hidang haha. Hat ni Alhamdulillah, mak kenduri. Ada jugak adik beradik hat tumpang kenduri kuih la, kek la so murah sangat rezeki. 

Tips;
> kad jemputan.
Tulis details majlis, panggil baca yasin. Kalau pakai mulut satgi pakat lupa. Print, potostet.

> katering.
Kalau masak sendiri memang jimat tapi nanti tak menang tangan. Satgi semua pakat kalut kat dapoq, takdak sapa hat nak menyembang kat depan. Kecik hati rombongan sana nanti. Macam ritu, katering ja. Depa sampai teruih kami jemput makan. Lepas kenyang baru masuk rumah menyembang. Kenyang perut senang hati ye dak. Sempat la mak kita menyembang dengan kawan, takyah kalut pikiaq nasik dgn lauk. Katering penang bole tahan lagi la, tak semahai tempat lain. Sekepala dua lauk RM6.50. Okay la tu. Kenduri 200 kepala ritu, macam menikah huhu mak kata bukan buat untuk aku, untuk kenduri.
> doorgift.
Tak payah. Bagi makan kenyang kenyang cukup la. Tunang je. Orang paham. 

Bunga tangan
Bunga tangan is a savior. Siryes gugup, taktaw nak pose cena, nak express excitement but in the same time nak kekalkan kesopanan. Bunga lah penyelamat anda. Hiks. A good props. Banyak berjasa. 


Tips;
> diy jugak. 
Haha diy lagi? Bukan cheapskate, cuma taktaw sapa yg bole buatkan my hand bouquet ritu. Takkan nak suruh florahera mai turun penang demi aku kot kan. Makanya, pi je kat market, ada la auntie juai bunga untuk smyg tu. Depa selalunya ada ja bunga ros, daisy. Daisy senang gubah. Tutorial pon banyak kat youtube. Asalnya nak buat daisy je, tapi daisy kuning ada about 8-10 je. Tak cukup nak buat a perfect hand bouquet yang menggebu giteww. Sebabtu tambah je la bunga apa yg ada buat bagi nampak tembam sikit. Daun untuk tambah colours. Siap. Hiks. Modal kurang dari rm30 kot. Syiok sangat. Asal ada sudah. Jangan membazir. 
> tengok musim.
Menurut petua orang juai bunga, bulan februari bunga memang agak mahai nak banding dgn harga normal. Kadang tu naik berganda sbb valentines. So kalau rasa macam costly sangat, pakai bunga palsu pon tkpa la. Cari la yg comel. 

Tu je kot tips yang dapat dikongsi. Selamat membina istana cinta masing2. Ingat, jangan julang adat sampai syariat tergadai sudahla. All the best :*