20 Jul 2013

the absence of something proves its existence.

hari rabu lepas. pagi subuh. waktu aku sahur. ada mesej masuk.

ayah annis syifa meninggal dunia lebih kurang pukul 1 lebih pagi tadi. 

terkejut. sebab mengejut sangat.

dan aku teringat kisah aku

--------------------------------

abah sakit dari aku lepas spm. mula mula macam biasa biasa ja. susah kencing dan sakit sakit macamtu macamtu ja. lepas spm, awal tahun 2011, waktu aku ada kat kem, abah was diagnosed with cancer. and was warded for a week. seumur hidup, tu lah first time abah masuk hospital. waktu tu, mak ambik aku balik dari kem tu. sebab mak kata mak sunyi kat rumah. dan aku pon. sebab tak dengar bunyi jam kat rumah. tak dengar bunyi vespa. abah minat barang antik. jam yang dingdongdingdong tu kena kunci dulu, baru la dia jalan. kami tak reti, jadi sunyi lah rumah pada minggu tu. abah tak bagi mak dgn aku pi melawat. aku rasa, abah malu. abah taknak org lyn abah mcm sakit. sejak waktu tu, aku macam asyik menafikan. rasa macam nak kata, "takpa, bole cure lagi". padahal dalam hati, taw dah, cancer. bunyi pon dah macam jahat. dan memang dia jahat. sangat jahat. dia buat abah jadi sakit. slowly. itu lagi kejam.

rasa sedih sangat tengok satu satu perubahan abah. pernah sekali tu, abah ambik aku kat maktab hari jumaat. kami singgah makan kat mee hokkien. abah parking kereta seberang jalan. so kami kena cross jalan. waktu tu takdak kereta, so aku pon siap sedia nak lintas laju laju. tapi abah, jalan slow slow, nampak sangat tahan sakit. baru lah aku realise yang abah sakit. tapi abah mmg tak penah ngaku sakit. "takpa jalan ja la dulu." sedih sangat waktu tu. rasa cepat sangat cancer nak curi abah dari aku. rasanya hari ahad lepas waktu abah hantar aku mai maktab, abah belum sakit. lima hari ja, bawak banyak beza. saat tu terasa aku ni sangat jauh dari abah. sebab aku tak sedar yang abah semakin sakit. aku tak rapat dengan abah. aku call sms mak hari hari, tapi abah aku tak. sebab awkward T________T

aku rasa awkward sangat waktu kena teman abah pi buat chemo hujung minggu kat hospital penang. sebab aku rasa macam abah malu kalau aku taw abah sakit. ntah. aku pon rasa macam nak menafikan. abah tak bagi pon aku nak pimpin. abah kata "aku boleh je la jalan aih" aku pon tak pandai mcmna nak layan abah T______T rasa loser.

perubahan yang paling menyebakkan, bila abah bertongkat. solat duduk. sebak sangat. waktu tu mak dgn aku lah driver sebab abah dah tak bole duduk lama lama sangat dah, sakit. nak duduk bangun pon takes time. tapi abah still taknak org tolong abah sangat. cancer tu dah merebak ke tulang tulang sekeliling. waktu tu, abah ajar aku pi bayar bil. ajar tengok air kereta. ajar pi bayaq cukai tanah. ajar macam macam. seakan akan menyediakan aku untuk kehilangan.

dan abah makin kurus. abah dah jarang pi solat kat masjid sebab abah sakit nak bergerak. abah banyak tidur.

dah sampai tahap ni, baru lah aku cuba untuk tunjuk kasih sayang; salam cium pipi. too late, but better late than never. ada sekali tu, abah suruh aku beli kerusi kat carefour. nak bawak gi smyg jumaat katanya. aku beli, tapi bukan kerusi yang tu yang abah nak. sedih. aku loser. tapi abah guna ja jugak.

times flies. dah lebih setahun abah sakit.

bulan empat, 2012. aku sem 2 waktu tu. abah masuk hospital lagi. sebab banyak komplikasi. so doktor suggest untuk buat radio therapy. banyak stage la radiotherapy tu. dan radiotherapy sangat jahat.

------------------------------------------

1 may 2012. hari pekerja. dan aku busy dengan preparation drama king lear. aku taw abah dah settle radiotherapy. abah dah balik rumah. tapi aku tak boleh nak balik. aku target nak balik lepas drama settle sebab ni melibatkan the whole class. takkan lah aku nak tinggal mcmtu ja. lagi pon, aku expect abah makin sihat sebab dah siap treatment.

tapi tak. petang tu, mak call, suruh balik. mak kata, dah tak lama dah.

terkejut! sumpah. selama ni aku macam menafikan ja. tapi waktu tu, aku macam dah terlambat sangat untuk putar waktu.

aku drive balik sendiri. sepanjang perjalanan, aku menangis. sambil tu aku bukak yasin dan baca. waktu tu macam macam benda yang aku terkenang kembali. salah satunya, ziarah terakhir aku kat hospital penang;
waktu tu, abah suruh aku urut dia. abah kata aku tak kisah pon abah sakit. sedih sangat waktu tu. nak menangis tapi tahan gila gila. aku taknak patahkan semangat abah. aku taknak abah rasa yang aku tak yakin abah boleh sembuh. abah kurus, dan abah sakit bila aku sentuh abah. tapi abah nak diurut. sedih waktu tu, rasa macam loser gila. abah ada jugak kata, "hm, balik je la. mati kat rumah lagi senang." sobs. sebelum balik, abah bagi duit seringgit seringgit 20 keping. dan aku masih simpan duit tu sampai sekarang T____________T sepanjang jalan balik ke rumah memang aku menangis sebab aku bukan anak yang baik. aku tak caring. aku taktunjuk aku sayang. aku taw abah sakit, tapi aku tak cuba habis baik untuk berbakti. kenapa? kenapa? kenapaaaaaaa? too late to regret.

--------------------------------

sampai rumah ptg tu, aku sangat terkejut tengok abah. abah lain. abah susah bernafas. abah bernafas kot mulut. paru paru abah berair, buah pinggang bengkak. abah sakit sakit badan. kena susun bantal bnyk bnyk blkg abah. bagi hilang sakit. hm. abah mcm kadang kadang sedar, kadang kadang meracau. waktu sampai, aku duk sebelah abah. tahan air mata. tahan sungguh sungguh. sedih. lagi sedih tengok abah dahaga tapi tak bole minum air sebab perit tekak amat amat. radiotherapy jahat. abah suruh aku ambik anggur, nak makan, tapi abah tak bole makan pon.

tapi abah still mintak nak solat kat masjid lagi maghrib tu T_T kami siapkan abah untuk solat duduk kat hujung katil ja. sbb abah memang dah tak larat. dan lepas tu, isya' abah dah kurang sedar. kak tolong bimbing abah solat. kak tolong baca. dan lepas tu, aku mula baca yasin. aku di sisi abah selalu. orang tak ramai datang melawat sebab abah pesan tak payah gtaw org. sebenaqnya aku taw, abah taknak susahkan adik beradik dia dtg melawat jauh jauh. orang mmg akan datang sbb abah suka ziarah orang.

sepanjang malam tu, abah meracau. kadang kadang sedar, kadang kadang tak. abah hangat. jadi sekali sekala aku akan lap bdn abah bagi selesa. pastu abah nak ubah ubah bantai. badan abah bengkak, mmg la sakit. kami cuba layankan permintaan abah walau macammana pon. untung ada pakcik paklang paksu abg. depa la tolong ubah ubah cara abah baring. semalaman abah tak bole tido. aku sangat sebak tengok abah jadi macamtu. semalaman tu, aku teman abah, baca yasin, dengan kak. dengan yang lain lain. alhamdulillah, rumah tak putus putus dengan bacaan Quran.

esok pagi, 2 mei. abah nampak makin teruk. subuh pon, kak bimbing lagi. kali ni rasanya abah tak sedar pon yang kak bimbing abah solat, sebab sepanjang solat, abah macam mengaduh dan nampak tak selesa. sedih. pagi tu, aku nampak kak bisik kat telinga abah. dan aku pon terpanggil untuk buat benda yang sama. aku malu, awkward, tapi aku rasa, kalau aku tak buat, aku akan menyesal.

aku mintak ampun kat abah. aku pon cakap abah takdak salah kat aku. aku mintak halal. aku cakap "ija sayang abah sangat sangat. terima kasih untuk segalanya." aku cium pipi abah.

nampak air mata abah menitik. tapi takdak kata kata balas. sebab abah seakan akan mula tertidur lepas tu. mungkin abah penat sangat, tapi sekali sekala abah akan slow slow aduh aduh, so kita taw abah nak ubah kedudukan bantal. tapi mata memang dah tak bukak since pagi tu. abah penat, walaupun tido, abah terpaksa nafas kot mulut. mmg taw abah sgt restless. adik beradik mula datang melawat, tapi abah dah tak bukak mata dah pon waktu tu. orang dah mula ajar abah mengucap --

abah tak minum air langsung. so tugas aku lap bibir abah, then titik air sikit2 dlm mulut abah. siannnnnn sangat. sebab tiap kali air dititik, respons abah ialah macam terkejut. nampak sangat sakit. radiotherapy teruk. tapi dalam keadaan macamni, abah mesti sangat dahaga. hmm, keadaan nazak. susah aku nak mengakuinya T________T dan part yang buat aku sedar aku akan kehilangan, aku kena ajar abah mengucap. sekali sekala, aku akan tunduk dan bisik di telinga.

part ni sangat menyeksakan aku. air dalam badan abah, keluar kot mulut. bertakung. abah duk hospital, depa bawak masuk air, darah bnyk bnyk. pdhl buah pinggang rosak untuk tapis, sbb tu sampai bengkak paru paru. cuai. sedih sangat tengok pola pernafasan abah. kalau mula mula tu, abah bernafas panjang panjang. makin lama, makin pendek dan cepat. dlm keadaan air ada dlm mulut, mmg seksa tengok abah bernafas. sumpah aku tak sanggup dah ulang memori tu. waktu tu, doa aku dalam solat ialah "Ya Allah, percepatkanlah. mudahkanlah urusan abah." aku mula redha. aku dah tak menangis. mungkin dalam seumur hidup aku, itu lah waktu yang aku paling kuat.

malam tu, abah dah tak responsive. takdak pergerakan dah. senyap, macam lumpuh badan. cuma mulut ja bernafas. aku sentiasa urut pelan pelan badan abah sebab aku taw abah tengah sakit. aku memang ambik side kiri abah, duk atas katil tepi abah. tu tempat aku dari awal. tapi bila dah abah tak responsive, aku dah tak nangis. aku nak Allah percepatkan.

pukul 11 malam, waktu tu aku sebelah kanan abah. aku la yang nampak sakaratul maut. waktu aku sedar tu, dah kat pinggang. aku jerit "abah." abg sabri aku terus ajar lailahaillallah. waktu tu aku pegang tangan kanan abah kuat kuat, cium cium. aku dah tak nangis. aku cuba betul betul lepaskan abah sebab aku tak sanggup dah tengok abah sakit. abang, dia emo sikit, meraung. tapi lepas tu dia okay sikit. orang suruh aku lepas tangan abah sebab waktu sakaratul maut, sendi sendi akan lembut. jadi jangan kacau. T_____T ada peluh merinik di dahi. kak kata, banyak tanda tanda husnul khatimah. alhamdulillah.

habis nafas abah, kami cari kain putih untuk ikat kepala. aku gunting tudung aku. selesai uruskan pembaringan, kak terus mula baca Quran. dan dia bedak dengan adik beradik yang ada. aku baca Quran dalam bilik dengan abah. alhamdulillah kami dapat khatamkan untuk abah sebelum abah dikebumikan.

waktu tu, mesti kawan kawan aku dah habis drama king lear. maaf la kawan kawan, sebab terpaksa tinggal projek besar mcmtu. terpaksa. then, aku mula dapat mesej takziah malam tu.

aku tolong mandikan abah sekali. aku tolong kafan skali, aku tak pandai, aku ikut ja arahan pakcik tu. suruh tabur, aku tabur. T_________T dan itu lah ciuman terakhir. aku tak banyak berbakti kat abah. aku harap, aku dapat tebus sikit dah waktu tu. at least, Allah bagi kesempatan untuk aku berbakti. Alhamdulilah.

lepas dah seharian tak tido, balik kebumi, memang aku qado tido. penat sangat. dan baru lah aku cuba cari makanan. waktu abah balik hospital hari tu, abah request nak makan sup kaki ayam. tapi abah tak makan. dan takdak sapa pon makan sup tu. tak sanggup.

--------------------------

selepas kehilangan, baru lah kita sedar betapa pentingnya kewujudan. walaupon dah setahun, aku still dpt recall dengan jelas saat saat akhit hidup abah. dan smpai skrg, abah masih ada dlm mimpi aku. aku rindu macam macam. sama macam annis, aku pon rindukan benda benda kecil yang abah buat. contohnya kalau abah mandi, abah mesti akan buang kahak. bunyi tu dah takdak. sebelum buang baju, abah lempaq duit syiling dalam poket kat atas katil. kalau naik kereta kena dengar klasik nasional, takpon THR hindi power. jam dinding tu senyap kembali. semuanya rasa dah lain. dah takdak abah yang duk kat sofa sambil makan buah sementara tunggu bilik air kosong. dah takdak org kentut dalam kereta. semua dah takdak. semua lain.

aku ingat lagi satu lawak abah.

ada 3 org naik teksi. pastu ada org tu kentut. tapi takdak sapa ngaku waktu driver teksi tanya. pastu waktu nak turun, driver kata "aii yang kentut tadi belum bayaq tambang lagi." teruih yang kentut tu kata "aiii dah bayaq dah tadi." kantoi la org tu yang kentut.

tengok. tak lawak pon. tapi orang lain gelak. sense humor abah mmg kuat. aku tak gelak, tapi abah still nak cerita. cerit tu ulang banyak kali. dan kalau bole putar waktu, aku nak gelak puas puas untuk semua lawak yang abah buat T_____________T

aku kurang in touch dengan abah. annis untung. dia hari hari sms abah dia. aku jarang. awkward sangat. birthday pon, aku sms ja "happy birthday abah" dan abah tak reply pon. sobs. lepas abah dah takdak, baru la aku nak nangis tengah malam sambil dial nombor abah banyak kali. too late.

banyak benda yang aku kesalkan. aku tak kenal abah betul betul. aku menyesal sangat.

Allah pinjamkan abah untuk aku hanya untuk 19 tahun. abah tak sempat jadi wali. tapi dah macam macam benda lain yang abah dah buat untuk aku.


sedih bila abah dah takdak. tapi aku tak tunjuk aku sedih depan mak. sebab aku taw, mak lagi sedih. sampai sekarang pon, mak still bercerita tentang abah. abah suka makan ni. abah tak suka pi kedai tu. abah penah bawak mak makan sini. tiap kali mak bercerita, aku diam dan dengar je. aku tak pernah tambah apa apa. sebab aku takut aku nangis.

waktu ziarah abah annis, aku rasa hiba sangat. aku tengok annis lap darah abah dia, aku ingat balik waktu aku jaga abah aku. bezanya, aku jaga waktu abah nazak. sebak. cancer, memang sangat suffering.

sekarang aku ada mak. sejak abah dah takdak, aku cuba habis baik jaga hati mak. aku dah taknak menyesal lagi. tanggungjawab pon jadi berat. sebab abah dah takdak. pandai pandai la belajar jaga kereta. bawak mak pi servis kereta kat penang. pi bayaq cukai tanah kat serdang. dan lain lain.

ija rindu abah sangat sangat. maaf sebab tak jadi anak yang baik.





alfatihah.

No comments:

Post a Comment

rawr-ing aloud