25 Jan 2013

pesimis

aku sensitif. tu sifat aku.

hari ni, ada customer yang nak beli tudung. dia nak banyak. dan aku dah ambik stok dah. dia nak tengok gambar tudung. aku kena la bagi. for sure.

aku bukak almari baju, selongkar cari olympus aku. beli masa form 4 dulu guna duit sendiri. camera tu hilang dah chargernya. bateri kena charge luar. sejak tu aku macam dah malas nak guna kamera tu, so mak yg guna. td ni dah guna tgkp2 gmbr tudung baru, then cari usb.

innalillah. takdak. cari card reader, innalillah.

tanya kak aku, kot2 dia ada usb kamera. sbb ada kamera dia sini. then dia suruh pakai usb. ok. masalahnya micro card reader, xdak. so? nk kena pi kedai pulak ke beli?

bila aku dah cakap, okbye. maknanya aku dah taknak dahla cakap pasal benda tu. let it stop there. sebab aku tengah kusut ligan masa. i need space to think. aku tanya sebab aku nak penyelesaian, bukan tambah masalah.

it is not helping at all when you point yr finger to another person and say "PESIMIS" when they are stressed out. dan jangan nak samakan hidup kita dengan hidup orang lain. mungkin sesetengah orang tu dah bertahun hidup susah dan bergelumang hutang, tapi masih rasa bahagia, macam takdak papa walhal dah menyusahkan banyak pihak. tapi jangan samakan dengan aku. aku tak suka hidup berhutang. aku start business pon sebab aku tengok example around me. aku taknak menyusahkan mak aku nanti bila aku kahwin. at least aku nak beli perabot, aku ada duit simpanan. sumpah, tak membantu langsung bia jujur sangat waktu org tgh stress. aku cakap okbye sbb aku taw tahap kegawatan ekonomi diri aku. aku taw apa yg ada dalam dompet aku. nak pi kedai, mintak sedekah bagi tokey tu sedekah card reader? ke nak berhutang? taik.

aku bengang, sebab barang aku asyik rosak, hilang, musnah. di rumah sendiri. mouse baru beli, hancus dah. tin milo, mak pi cium bontot keta depan, bunyi kekkekkekkek sepanjang drive. sapa tak bengang. tapi aku sabaq je la. pujuk diri "takpa, naik bas. tu bukan kereta aku pon. mak yang bayarkan. takpa la mak nak langgaq apa pon." aku sedaq diri, aku takde elaun lagi, sbbtu aku tak bawak keta pi maktab. takdak duit nak isi minyak.

tak cukup lg ke kesusahan. aku desperate sangat nak pakai duit sebabtu aku usaha nak dapatkan buyers. aku susah hati sebab aku berhutang dgn hawa rm250. yg kawan aku pulak berhutang dgn aku tak sudah2. tapi bila dah dapat buyers, facilities become the problems pulak. kerja ni kena buat hari ni, esok dah nak balik kampung, line takde. buyers tu mmg ada, tapi buyers kat maktab delay dulu bayaran. tggu elaun. takpa aku paham. thats why aku perlukan online buyers so desperately. because they can give me cash immediately.

still nak kata aku pesimis sebab aku ada nset? mai aku bagi jawapan. lumia ni useless. takde function bluetooth. gambar cantik, tapi nak transfer pi lappy kena guna email. kena la ada wifi. rumah ada ke wifi? takde wifi.

dan the worst part was when i was about to share my feeling to someone, and that someone, without even hearing the details of the story, awal2 lagi dah fire kata "lah sebab takleh tgkp gmbr pon nak nangis". dan bila aku letak call sebab aku rasa salah tempat mengadu, boleh pulak call balik hanya untuk fire aku balik sebab letak call tetiba. ni memang salah aku sebab aku mmg salah tempat mengadu. sapa tempat mengadu kita sepaptutnya? Allah. takpon kucing. they understand me better than people do.

wow. amazing. is this the attitude of the dearest people in my life? thanks.

okay masa mula aku tulis post ni, aku tengah nangis, tapi sekarang aku dah tak nangis dan aku dah rational balik. mmg betul la apa kak aku kata;

Hakikatnya orang beriman, kita akan diuji walau kita tidak suka.. Kerana Yang Sedang Menguji itu sedang memberi kasihNya pada ketika Dia membantu kita bangkit dari masalah kita.... Allah sentiasa ada, rasakan hadirNya dalam jiwa...

Masa aku dah rational, aku boleh terima nasihat. mmg betul ni semua ujian. aku terima nasihat ni. but still, aku tak boleh terima kutukan "pesimis" waktu aku tgh stress out. padahal aku tengoh duk cari problem solving masalah aku. it is same as cakap "loser" dekat orang yang tengah nak terjun bangunan. come on la. takkan takde sedikit pon rasa empathy dalam diri manusia sekarang? bila dengar problem orang lain, listen, let them release their tension, show yr sympathy, even if you are not on their side. just to make them feel relieve. lepas tu, baru la bagi opinion. tak pon, bank in duit sikit ke :P hm.

good listener is gifted. tak ramai yang ada sikap tu.

my bad. sejak abah meninggal, benda2 kecik pon aku akan nampak besar sangat. hati aku akan kata "hampa pi la, aku kena teman mak aku cuti seminggu nanti", "depa takpa la ada duit, abah depa boleh lg bg duit", "hang takpa la. jangan la nak samakan aku dengan hang. abah aku tak sempat nak ajaq aku bila nak tukaq minyak hitam, cena nak isi angin tayar kereta" ----dialog ni penah keluar waktu first time tayar kereta bocoq. pastu time kena tukaq minyak hitam kereta. aku tak reti. abah tak sempat pon ajar.

ok aku pesimis. baru puas hati kot?

k, sekarang aku nangis balik. aku tak bersyukur kan? cukup la apa yg ada. dahla, takde rezeki. lupakan. esok esok ada la penyelesaian. kbye

--kbye means aku taknak dah cakap benda ni pasni.



No comments:

Post a Comment

rawr-ing aloud