23 Nov 2011

alkisah tupperware

hai . assalamualaikum . tetiba bagi salam kat entry kali ni . sebab baru perasan , aku macam jarang bagi salam kat post2 before ni kan ? err . bukan nak cerita pasai salam ekceli . nak setori pasai tupperware . you know what is tupperware ? alaa , tupperware tu yang container makanan , tumbler air dan sebagainya . untuk maklumat lanjut , sila lihat gambar ini supaya lebih terang jelas lagi nyata apa itu tupperware .


okay , aku taw korang taw apa itu tupperware . saja ja aku tayang gak menatang nih sebab nak bg entry ni ada gambar . muahahaha . okay . lupakan , aku memang ntah apa apa pon . haaa . lari jauh dah nih dari topik . agaknya nanti kalau aku dah ngajaq , masa nak start kelas mesti aku melalut sana sini setengah jam , pastu setengah jam ja tinggai untuk mengajaq . waaaa , mintak simpang la wehh . tak habih sukatan pelajaran , mampuih aku nak menjawab kat guru besaq . sukatan pelajaran ? bapak skema . haha . ekceli tak pandai nak eja silibus . cena ntah ? okay . aku melalut lagi . mmm , ha . nak cerita pasai tupperware . kat sini aku nak mengutarakan kemusykilan yg bermain di fikiran ;

KENAPA PARA IBU SELALU MARAH KALAU MENATANG ATAS TU HILANG ?

haa , aku taw hampa pon penah hadapi masalah ni kan . tambahtambah budak hostel . hujung minggu mesti nak bawak makanan belambaklambak then lepas makan ramairamai tu , rasa malas nak basuh sebab takmau ketinggalan sesi gosip kat dorm . tuptup , mata pon mengantuk maka terlelap . dah tu esok pagipagi kalut sebab baju tak iron lagi , lalu tupperware tu ditinggalkan . lamalama , dah busuk , jadi malas nak basuh . euwww . then makcik cleaner nampak , dia amik buang . the end . ehh , apa tengok aku pulak . aku tukang story je . bukan cerita pasai aku pon . aku baik je lah . aku tak buat macamtu . ish3 . hampa ni sangka buruk kat aku nohh . :P

then bila balik hujung minggu , soalan first yang akan keluar dari mulut mak ialah satu soalan cepumas yang kita taw dah mak kita akan tanya .

"tupperware mana ? bawak balik dak?"

telan ayaq liuq lekaih . disebabkan takut nak mengaku , maka si anak akan kata . "laaa , lupa plak dah nak bawak balik. nanti la naa cheq bawak balik" si mak angkat kening lalu bagi warning :

 "next week hang jangan dok buat lupa naa . mahai naa tupperware tu . toksah buat main" 

lastlast , sampai akhir tahun la budak tu dok bertangguhtangguh , baru la nak ngaku yg tupperware hilang . maka bersiap sedia lah untuk menghadapi perang dunia ke sembilan . muahaha . 

kadangkadang rasa macam mak kita sayang tupperware depa lebih dari kita . haihh . okay la , aku ngaku , aku suka exaggerate lebihlebih kan . so what ? 

*entry ni ditulis sebab semalam kami dikerah untuk mencari sebotol tupperware berwarna merah keorenorenan (siap hapai kaler lagi,tu yang tak tahan) yg disyaki hilang dari dalam kereta selepas aku drive kereta abah aku . yang mengejutkan , abah yang bising . selalu mak ja . tapi sekarang abah pon joins the club . err --' padahal bila kak aku cari , ada ja tupperware tu dlm kereta . kami tak bersalah pon . sampai hati . 

bye ^^

No comments:

Post a Comment

rawr-ing aloud