30 Apr 2011

FORGIVE others so that others'll FORGIVE you :)

seorang lelaki telah mengutuk Abu 'Amir al-Sya'bi .
beliau lalu berkata kepadanya :

" Sekiranya aku benar sepertimana yang kau katakan ,
maka semoga Allah mengampuniku .
Dan sekiranya aku bukan sepertimana yang kamu katakan ,
maka semoga Allah mengampuni kamu . "


Allah Maha Pengampun
apatah lagi kita hambaNya yang lemah 

p/s : sebelum tidur , maafkan kesalahan orang lain . 
:)

29 Apr 2011

apabila perut berkeroncong . .

mood : lapaq terketaq-ketaq ! huhu
disebabkan mak tersayang kena tahan kat ward , i have to cook by myself .
this morning : sambal telur puyuh .
tengs to encik google yg sudi mengajar saya .
dan cik nori yg ajaq kot tepon .
tu pon rasa dia tadak la macam yg selalu makan kat kedai .


dont condemn budak baru belajar . okeyy ?
huhu T_T

p/s : bila mak nak keluaq ward :'(

28 Apr 2011

thanks to Allah :)

alhamdulillah ! sesungguhnya ALLAH Maha Pemurah :)
masyaAllah . inilah nikmat Allah . bukti betapa Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya . ayat pasrah org yg dpt result SPM xsegempak hampa semua . sob3 


KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON
PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012 



Makluman.

  • Anda membuat semakan menggunakan No Kad pengenalan 93052508****

Tahniah! Anda telah ditawarkan ke Program Matrikulasi,
Kementerian Pelajaran Malaysia
NamaNORSUHAIZA BINTI MADZLAN
No Kad Pengenalan93052508****
No MatrikMS1156539434 
Program PengajianPROGRAM SATU TAHUN
KursusM001-SAINS
Nama KolejKOLEJ MARA KULIM-KMKm*(M001 sahaja) 
Tarikh Mendaftar23 MEI 2011  

Sila buat pengesahan terima (1) sebelum mencetak dokumen di bawah.
Bawa SEMUA DOKUMEN pada hari pendaftaran di kolej.
1. Pengesahan Terima Tawaran
2. Surat Tawaran
Sila cetak surat tawaran sahaja dan rujuk laman web kolej untuk panduan pendaftaran.


Sila Hubungi Talian Bantuan di 03-8884 4083 Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (8.30 pagi - 4.30 petang hari bekerja) atau hubungi kolej yang ditawarkan jika ada sebarang kemusykilan.

Sila berhubung terus dengan kolej pengajian tentang urusan pendaftaran dan lain-lain. 


Yuran Pendaftaran.
1. Program Satu Tahun
    - Sains/Teknikal - RM 425.00
    - Perakaunan - RM 375.00

2. Program Dua Tahun
    - RM 425.00 (tahun pertama)
    - RM 215.00 (tahun kedua)

3. Program Satu Tahun di Kolej MARA
    - Sains - RM 480.00
    - Perakaunan - RM 500.00


so ? where should my feet take me to ?

pa pe pon , sila tgk important date kat bawah ny dulu :
16/4/2011-29/4/2011 KPLSPM Interview
28/4/2011 Matriculation online checking result
6/5/2011 (First week of May) IPTA online checking result / UPU
6-9/5/2011 Semakan Tawaran ke Tingkatan 6
21/5/2011 KPLSPM Online Checking Result
23/5/2011 Matriculation Intake
1/6/2011 IPTA Intake
20/6/2011 KPLSPM Intake
mm , klu lah Allah takdirkan dapat maktab 21/5 ny . amacam ? huhu .

kelebihan IPG is , actually are ;
-elaun
-keluar dgn ijazah
-keluar terus keja jd cegu
-xpayah susah2 nak pkir admath , kimia sbb study TESL
dan banyak lagi .
cuma masalahnya : minat ke nak ngajo bebudak wehh ?

dan . . .

tu pon , xsure la lg kan dpt ke x temuduga hari tu kan ? kih3

well , actually i have an ambition in science field . tp tataw sejauh mana kemampuan nak handle subjek2 science tu . tp yg jadi xrisau tuh , sbb matrix dpt dgn cik siti nurhawa . she helped me a lot masa spm . ny la kwn study aku dolu2 . waaa , rasa semangat lak nak masuk matrix . lgpon , suka biology sgt3 . syg nak tggal . hmm . so ?

jalan selamat VS ambition 
actually it is ;
jalan xpakai bnyk duet vs jalan pakai manyak duet 
:p 

- istikharah -

27 Apr 2011

mengapa seorang lelaki perlu memilih seorang cikgu sebagai isteri ??

haha . tajuk entry kali ini tade nak tuju kat sesapa okeyy . saja syok ja nak share . ny pon aku copy paste dari fesbuk . sila baca :)

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap. 

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
 (sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?

err , agak2nya aku terpilih x interview tesl ari tu ? kih3 . saja gatai :p

26 Apr 2011

saya lulus dah !


that's me 
just now 
:)

hari ini dalam sejarah . isnin , 25/4/2011 . aku lulus JPJ . ngee :D alhamdulillah ala kulli nikmat !
xsia2 la enset aku terjun msok dlm lubg jamban kat BERJAYA tuh . lulus jgk . tayah retest . xde la rasa frust sgt enset terkorban . berbaloi bayaq rm880 :)

masa test moto td mmg suka suki aku ja buat . actually , aku sgt fobia nak pi latihan moto . dan klu latihan pon , aku buat dgn malasnya . dan selalu pon , aku tulih nama ja , tp xnaek moto pon . hehe . sbbnya , aku xreti start enjin moto . tp td , mmg Allah mudahkan sgt3 . (mmgla , dh pkai ex5 . cuba pkai suzuki ?) skali try ja , moto hidup . alhamdulillah ! lega sgt5 ! pastu hati senang la . masa buat lapan tu , ada gak la rasa terketaq2 . dlm duk gabra tu , sempat lg sekoq ulat gonggok melintas . haihh . aku gak yg nk kena ngelak . menatang zaman la ny mmg xtaw takot dah kan ? kucing pon klu lintas jln , slow motion ja . xpaham sungguh . pastu berjaya buat titi , blablabla dgn sukses nya . xsgka gak la emergency brake aku bunyi seret . time latihan , xde seret pon . masa nk start bahagian 3 tuh , aku pi buh siap gear 3 . mampuih pi lah , gasak je lah . pastu aku buat lawak antarabangsa . belum sampai pkataan TAMAT tu , aku dh benti dh . best gila . jauh sgt dari garisan kuning , then , teruih mati enjin . tp xfree gear . kah3 . kalut lah aku masa nak free kan gear tu . then , turun moto nak angkat double stand . xsmpat try lg , tester kata "dik , kalau xlarat tayah buat" alhamdulillah ! overall , puaih hati dh dpt lesen moto yg aku takut sgt5 tu . walaupon buat halai balai + buat lawak tgh litar . memalukan aihh . mesti JPJ tu pon meluat tgk aku test . hehe . markah : 18/20 

keta ? pergh . mmg gerun aku bila tgk kebanyakan yg test , fail tang awai2 lg , which is bukit . aku mmg lemah semangat dh time tu . mcm besa , jd blurr sat . first time buat , kelam kabut . xsmpat masuk line kuning lg dh brake . ntahapaapa . ulang blek , buat skali lg . alhamdulillah . no 37 lulus bukit . pi parking pon , aku buat perak gak . pi tunggu tester bg arahan . kalau ikut logik akal , aku nak tggu tester set jam , jaga masa . logik pa . ni , dya xtgk aku pon . hmm , sekali kena maki free ja . "hg dok tggu apa lg?" haha . syok gak jadi perhatian kat sana . apapapon , lulus . masa buat jalan raya , special case . bawak dalam hujan oo . pakai wiper . hehe . dpt tester laki . jln A . masa nek keta aku dh buat perangai pelik dh . aku nek keta masuk kaki kanan dulu . can you imagine ? HAHA :) dahla basah , redah hujan . pastu naek2 , aircon punya kuat tester tu pasang . sejuk giloss ! everything was okay at first , tp lepaih turun bukit , nak kona simpang , tgn aku duk meraba nak tukaq gear 3 jd 2 , tetiba mati lah enjin di simpang itu . aku pon tataw apa yg aku buat xkena , tp best gila dgq tester tu marah betoi2 tepi telinga kita . something like " free la gear dulu , xbelajaq ka ? mai latihan buat apa kak oii ?" adoila . aku pon - "mintak maaf tuan". diam terus . hehe . yg penting , markah : 16/20 . lega aihh :) 

sgt2 berterimakasih kat sir Teh . walaupon garang , tengs sbb dah ajaq saya bawak keta sir . hari last latihan , sir kata saya fail esok . huhu , pg tu masa latihan jd mcm blur sikit . maybe sbb telan megi kot pg tu . mak buat sarapan megi . hehe . time tu mak demam . tp betol la sir , gear keta sir mmg mcm susah je nak handle compared to keta yg saya bawak td . tu lah yg jd mati enjin merata tuh . btw , mucho gracias !

alhamdulillah ! lega . dah tayah pi dah tempat pembakaran terbuka tuh :p 
dahla moto , keta , lori kluaq asap , idong mulut org kat sana pon berasap gak . lemaihh aih .

kpd kawan2 yg belum test tuh , teruskanlah perasaan gabra anda itu . sbb nnt kat sana mmg lg gabra . hehe . jahat kan aku nak ngusik ampa ? mentang2 dah pass . xde lah , tayah gabra taw . JPJ pon manusia jugak . td tu just joking :p 

cuma bad news nya : mak masuk wad , hospital taiping . hope she can get well as soon as possible T_T
me love my mak <3

22 Apr 2011

korang pernah tak ?

di suatu pagi yg indah . . . tett tett , tett tett (munyi msg masuk)
Yang , sedang buat apa ? Nak tengok gambar/video bikini saya ? (18SX) senang je , taip ON AKID hantar ke 337** . mesti happy ! optout call 01287396** 
korang penah tak ?
i am quite sure , most of us used to receive this message . right ? 
ntah sapa lah sender nya 
kalau takat sekali hantaq tu kira boley dimaapkan lg lah . ny sampai 3-4 kali dah dpt msg sama . 
rasa nak pang pang pang pang ja sender tu . 
haihh . dh nama pon 18SX . 
i am UNDER18 taw tak ? 
huh . menci 


sapa yg suka wanita didiskriminasi untuk tujuan ini 
:'(

21 Apr 2011

my first experience : interview

hye , dear respected readers ;)

i would like to share my experience with you guys . may I ? 
owkey , this is actually a self-entry ;)

actually , i have never put in my mind to become a teacher . klu kecik2 dulu laen la . time tu skop pengetahuan tntg bidang kerjaya tu xmeluas lg . takat yg kita taw , teacher , doctor , lawyer , fireman , policeman dan lain2 . kan ? aku ingt lg , tiap taon msti kena isi cita2 kat kad kuning tu . i'll put teacher , doctor , lawyer . pernah masa darjah dua aku letak surirumah pilihan first . aku taw , mmg hampess -_-'' 

but , i filled up the application for KPLSPM walaupon xde cita2 nak jd cegu . and I did it on the last day . tu pon atas nasihat kawan2 . yg jd malas nak isi tu adalah disebabkan dah pnah beli no pin , tp hilang dicuri skali dgn dompet . mmg rasa mcm mls gila dah nak apply . but then , kawan2 nasihat suruh isi . so aku isi , tu pon submit borang dlm pkul 10 malam . hehe .

when the result was announced , aku bukanlah di antara yg excited nak taw result . buat derk ja . last2 , kawan yg tolong check . alhamdulillah dia kata dapat . so , i tried to check it by myself . tgk2 xdapat . hehe . rupanya salah isi kad pgnln lah . silly mistake . budak skolah aku yg apply tu , ada la dlm 7-8 org yg dpt pi temuduga . yg excited nak jd cegu plak yg xdpt . hairan sungguh . tp Allah always knows the best for us :)
TAHNIAH !
Anda layak untuk menghadiri Temuduga Program Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Jun 2011.
Berikut adalah maklumat temuduga tersebut.
| Maklumat Calon |
No. Kad Pengenalan:93052508****
Nama:NORSUHAIZA BINTI MADZLAN
Program:S010E0000P - PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA PENDIDIKAN RENDAH (SK)
Pusat Temuduga:P02B
AlamatP02-IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
MENGKUANG, KUBANG SEMANG
14400 S.PERAI PULAU PINANG
Tarikh:21 - 04 - 2011
Masa:11.00 PAGI


i went for an interview just now at IPG Tuanku Bainun . pkul 9 dah sampai . haha . abah mmg :) so , agak lama lah tercegat di sana . guess what , aku mmg rasa kerdil gila kat sana . ye lahh , smua nmpk mcm hebad2 ja . tesl la katakan . tp ramai chinese rather than malay . ketaq gak ah tp , my mindset - just nak ada pengalaman temuduga . i am not hoping for it too much . so , xde lah ketaq . relax ja td . in the other word - blur :)
okey , masa sampai tu , we were divided into groups . me ? P02B . ada 7 org . 5 girls , 2 heroes . naseb bek senang nak ngam dgn depa nih . tp mmg rasa kerdil gila . depa A+ . me ? A- . kebanyakan depa apply asasi tesl uitm and were selected to be interviewed . me ? i applied , and i am not chosen . huhu . ada yg convent , ada yg debater . yes , i am a debater . but bahas ala parlimen je lah . bukan debate yg kena speaking berabuk tuh okeyy :)


so , td kena jawab soalan INSAK . well , 30 minutes were given and alhamdulillah sempat . sebelum tu , they collected our file and form . then , dah siap jwb 135 soalan tu , kami dibawa masuk ke dalam bilik . 

we were given a topic and were asked to discuss the topic . it's about co-curricular activities . masa tu kan , semua diam . i am just waiting for a person to start it . tp semua pandang2 antara satu sama lain . bila lecturer tu angkat kepala tgk ke arah kami ja , suddenly - me :
"assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh and good morning . let us discuss about this topic . anybody who would like to volunteer to give any opinion ? how about you Atikah ?"
gulp !! aku ny mmg gila lahh . itu lah reflect aku sbb takut lecturer tu sound kami . haha . mcm melatah la jugak . kih3 . nasib bek lah Atikah boleh jwb . then , kami pon sembang2 la . aku pon kalut jgk nak interfere . i talked about my experience being a debater . haha . part yg best - 
" i've joined debate since i am in form two . we  are the 1st runner-up in . . . apa ntah daerah ? district ! but in the state level , we are the 3rd ." 
haha :) tu pon sbb Anis bisik kat aku district tuh . gila lah aku nih kan ? tu lahh , vocab pon zero , grammar berteraboq . pastu aku continue lah being a leader . aku sempat lah buh perencah sesedap rasa yg aku ny netball player . i play as a goal keeper . waduh2 , dah depa pi tala soalan kat aku . takan nak kata 
" i am a simpanan in my netball team ." 
karang nak pikiaq simpanan in english pon berejam gak kot . mmg siap gelak2 lg dlm bilik tu . masing2 cerita pasai marching lah , track runner lah . semua cakap berabuk oo . aku wlupon grammar berteraboq , sempat lah aku selit falsafah pendidikan kebangsaan , emotional intelligence dan lain2 . nasib lah pnah jd budak bahas , tp in BM lah . xtaw nk translate FPK into apa :) example :
" co-curricular activities are important in producing a student who is balance in JERI as stated at the Falsafah Pendidikan Kebangsaan . you know JERI - jasmani emosi rohani intelek "
mampuih laa . aku sorg ja yg sesedap hati bikin rojak wehh :p 

bila keluaq ja dari bilik tu , mmg bising gila lah . haha . semua pakat nak tergelak dgn apa yg dh jadi . aku plak , malu la sbb xterer mcm depa . boleh pi bantai cakap suka suki ja . tp , at least i tried my best . niat - nak belajaq new things . and aku mmg xkisah sgt . aku mmg selalu spoil walaupon kat mana2 . hehe

then , sesi temuduga individu . aku org yg ke empat . mula2 dh kena sound untuk ckp louder . klu x , prof nak hantaq pi matrix ja . matrix tayah ckp . kena baca buku ja . perli makan dalam aihh =_=' 

lecturer : ok suhaiza . knp nak jd cegu ?
me : sbb mmg dari kecik lg saya mmg minat nak jd cegu . blablabla (goreng ja la)
lecturer : ni kalau kena pggil pi u ke matrix ke , nak pi x ? 
me : x . saya mmg minat nak jd cegu . ( yakah ? )
lecturer : okeyy , saya ada 1 soalan . klu pelajar tanya awak 1 soalan , tp awak xreti jawab . apa awak nak buat ?
me : saya suh dia blek cari jawapan dulu , pastu esok mai bg jwpn kat saya . sempat la saya cari jwpn dulu malam tu . 
lecturer : apa beza keja cegu dgn nurse ?
me : nurse tayah mendidik . dya keja merawat ja . blablabla
lecturer : ok , skrg kita dpt lihat pelajar lelaki lg pandai drpd perempuan .
me : err . 
lecturer : btol x ? stuju atau x ?
me : saya rasa pelajar perempuan lagi ramai yg pandai kot .
lecturer : dah tu , knp xckp setuju td lg ?
me : sbb saya hormat pandangan Tuan . tp , saya pon ada pandangan saya sendiri berdasarkan pemerhatian saya :) 
lecturer : terima kasih
see , how he tried to see our attitude towards this profession . mmg ada rasa sedikit terkucil lah td dgn prof tu . tp sempat cover dgn ayat 'hormat pandangan' beliau . dya lebih kepada uji pendirian kita . beliau tanya soalan yg memang pelik . makan xlg , duk mana dan lain2 . ingtkan nk bg soalan yg mencabar intelek . rupanya x . tayah la duk kaji dasar PIPP , NKRA dan sgala bagai tu . haha

next , dgn yg sorg lagi nih , kena lah speaking :)

him : suhaiza , do u like reading ?
me : of course , i love reading . ( yakah ? ) 
him : so , what do u read ? what is the latest book do u read ?
me : i love to read magazine . it is Solusi . the latest issue i've read is memburu kemanisan iman .
him : do you think youth nowadays love reading ?
me : i dont think so . as we can see statistic showed that malaysian read only a book a year compared to Japan . they read 7 books a year .  but our goverment has try to increase the level of reading among us . that's why NILAM is launched . 
him : suhaiza , do you think NILAM has fulfill it's target ?
me : well , changes need time . sooner or later we will . (ayat nak selamat)
him : nowadays , youth love to read blog . what is blog ?
me : blog is a website where people can write and share their stories , experiences and many more . i do have a blog .
him : what do you write in yr blog ?
me : i will share my experience with my friends and i will share knowledge . as example i write what i've read from Solusi .
him : what language do u use ?
me : mainly , i will use bahasa melayu . i do use english and arabic too .
him : as i can see , yr arabic result is much better than english . why dont you choose arabic rather than english  ?
me : ( yg ny aku pon tataw pasaipa aku pilih tesl wehh ) because english is fun and enjoyable . i love english . i am inspired by my teacher to become just like her . (kih3) and i think arabic is complex and tougher than english .
him : if we change you to teach arabic . would you agree ?
me : yes i will . 
him : why ?
me : because i really2 want to be a teacher ! 
him : okey , thank you .

wahh . ending dia la yg aku aku paling xtahan . me ? a teacher ? sian lah anak murid aku tuh . hehe . so pastu aku pon balik dgn senang hati nya :) group kami mmg bertuah sbb kena interview sat2 ja . yg kena dgn prof perempuan kena lama sikit . km sat ja settle dah .

result ? ntah laa . we'll just wait and see . nanti nak kena istikharah dulu lah . apaapapon , best gila dpt pglmn kena temuduga dan aku btol2 xsgka i can talk . ingtkan aku nk senyap ja . hehe . sah dah aku ny mmg xreti duk senyap .

so korang , good luck ! 
no one is perfect . dont push yrself to be the best . just relax , baru la xketaq . dan yg penting , bila kita xterlalu mgharap , kita xkan kecewa :)

13 Apr 2011

it is sunny before rain . and after rain , there will be a rainbow

وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيم 
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Surah al-Nahl : 18)
=============================================
Namun begitu , manusia seringkali terlupa untuk bersyukur 


================================================
Apabila manusia ditimpa musibah , diuji dgn dugaan . . 


Apakah kita masih mampu bersangka baik dgn Allah ?
Apakah kita akan tetap mensyukuri nikmat Allah yg kita peroleh ?
Saat inilah ramai manusia yg terkandas . .
================================================

كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ 

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 
(Surah al-Baqarah : 216)
================================================
Allah Maha Mengetahui 
Allah knows the best for us 
redhalah dgn ketetapanNya kerana pasti ada hikmah di sebaliknya
================================================
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)
(Surah al-Insyirah)
================================================
Allah memberikan kemudahan di sebalik setiap kesulitan
Seberat mana ujian atau sesulit mana rintangan , pasti ada jalan dan kemudahan
Gelapnya malam , pasti diganti dgn cerahnya siang
================================================
Oleh itu , jgnlah putus asa
peganglah kepada janji Allah 

Allah is always by your side :)
================================================
يَـٰبَنِىَّ ٱذۡهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَاْيۡـَٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَـٰفِرُون
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". 
(Surah Yusuf : 87)

12 Apr 2011

HERO

today , agak bosan . so , aku rasa nak kupas 1 tajuk dgn hampa .

HERO
ermm
who is hero actually ?? 

someone special who could it be . . 

( sila pause kan encik maher zain sblm tgk video ny ya )
sumpah cute sgt katun ny . i like ! haha :D jgn jeless 

istilah hero ny slalunya budak2 akn refer kat org yg kuat . kan ?
kalau tgk tv , mcm2 hero lah ada .

- superman -

- batman -

- spiderman -

&even 

CICAKMAN
(nama xclass giler)
hessyy
=_='

katun pon , semua nak tayang hero . mcm2 jenih hero ada kan ?

 - ultraman -

- kamen rider -
ada hamba Allah sebaya dgn aku lyn jgk menatang ny :p

 - eksen kamen -
( aik ? tu hero jgk ke ? xkan kot :p )

kalau dlm drama cintan cintun plak , hero mesti hensem , kaya . kan ?
pastu  kalau lawan pon , bukannya mati . mesti menang .
ntah apa apa lahh . xrealistik lgsg . kan ?

ni semua lah yg mempengaruhi minda budak2 skolah .
smua pakat nak tunjuk hero kononnya 
buli org , jd kaki pukul blablabla

tp tu semua xpenting . aku nak show kat hampa semua video ny .
baru la aku taw apa itu hero

watch this !


haha . chillax :)
p/s : entry ini xde kaitan dgn yg hidup ataupon yg mati .
sekadar untuk tontonan umum
sekian

11 Apr 2011

Open Your Eyes

Open Your Eyes
Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله

masyaAllah . . lagu ny is actually trying to make us realize the power of Allah .
walaupon kita xpernah nampak Allah , namun Allah sentiasa ada .
bukalah mata kita :)

10 Apr 2011

zikrullah

ZIKIR
ma ma'na zikir ?
bahasa : menyebut dan mengingati
istilah : menyebut dan mengingati Allah swt

sabda Rasulullah saw , diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. ;
" Allah swt berfirman : ' Aku menurut sangkaan hamba-Ku kpd-Ku dan Aku akan tetap bersamanya selagi mana ia berzikir kpd-Ku . Jika dia berzikir dlm dirinya (mengingati-Ku) maka Aku akan mengingatinya dlm diri-Ku . Jika dia menyebut nama-Ku di dalam sebuah perhimpunan maka Aku akan mengingatiNya dlm perhimpunan yg lebih baik drpd perhimpunanNya ."
Allah akan mengingati hambaNya yg berzikir kepadaNya :)

terdapat pelbagai kepentingan zikir dalam kehidupan kita seharian . hal ini boleh dibuktikan dgn ungkapan dan kenyataan para ulama

kata Ibn Abbas r.a. ;
" Sesungguhnya setiap kewajipan yg diperintahkan oleh Allah thdp hambaNya ada batasannya . bg yg uzur , dimaafkan olehNya . namun tidak bg zikrullah . tidak ada batas dan uzur yg dpt diterima untuk keringanan drpd zikir kecuali apabila akal sesrorang itu berubah menjadi gila ."
Syeikh Abu al-Qasim Karim Hawazin al-Qushairi berkata dlm risalah al-Qusyairiyah ;
" Zikir itu adalah lambang kewalian dan jiwa bg segala amalan . ia tidak terbatas dgn waktu haram dan ternafi drpd segala keuzuran ."
Al-'Allamah Abu Laith al-Samarqandi mengatakan dlm Tanbih al-Ghafilin ;
" Zikirnya Allah kpd hambaNya  adalah dgn mengurniakan keampunan thdp dosa2 yg tlh dilakukan . Maka apabila seseorang hamba itu berzikir kpdNya , Dia menyambut zikir hambaNya itu dgn kurniaan keampunan ."
Ka'ab al-Akhbar pula mengatakan ;
" Perisai bg Mukmin drpd godaan syaitan ada tiga ; masjid , zikir akan Allah dan membaca al-Quran ."
Kata Syeikh Sahl Abdullah al-Tustari ;
" Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya maksiat yg lebih besar dan lebih buruk selain drpd lalai mengingati Allah! "
Subhanallah ! betapa pentingnya zikrullah .
zikrullah sebenarnya akan menjaga kita . 
dgn sentiasa mengingati Allah ,  
hati kita akan terpelihara drpd mengingati yg melalaikan .
seterusnya kita akan melakukan kebaikan dan menjauhi kemunkaran .
kerana , dgn zikrullah , kita akan merasakan mai'yatullah (kebersamaan dgn Allah) .
justeru , kita akan takut untuk melakukan kemunkaran dgn alasan Allah Maha Mengetahui .
lalu , kita akan terdorong untuk berubudiyah kepadaNya 
demi mencapai syurga yg abadi :)

so , berzikirlah !

9 Apr 2011

aurat seorang muslimah

AURAT 
ma ma'na aurat ? aurat ialah keaiban . dari segi istilahnya , aurat ialah bahagian anggota badan yg haram dibuka atau dipamerkan kepada khalayak .

tuntutan menutup aurat jelas difahami dlm ayatullah dlm surah al-A'raf 7 : 26 ;
" hai Anak Adam , sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan . dan pakaian taqwa itu adalah yang paling baik . yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah , mudah-mudahan mereka selalu ingat . "
untuk muslimah pulak , Allah dah terangkan kewajipan menutup aurat dalam surah al-Nur , ayat 31 ;
" . . . dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya . "
menurut Ibn Abbas , Ibn Umar dan Aisyah , maksud 'kecuali yg biasa nampak daripadanya' ialah muka dan tapak tangan .

BATAS AURAT WANITA 
  • aurat sesama wanita muslimah : dari pusat sampai lutut
  • aurat dgn lelaki ajnabi : semua anggota badan except muka dan tapak tgn 
  • aurat dgn wanita bukan islam : sama dgn aurat kita dgn lelaki ajnabi . namun , dlm situasi tertentu spt sebilik dgn wanita non muslim di asrama dan jika dia baik moralnya , maka dibenarkan mendedahkan anggota badan yg biasa terdedah ( rambut , leher , tgn hingga ke siku dan kaki ) tatkala melakukan kerja dalam rumah 
  • aurat dgn mahram : dari pusat sampai lutut 
  • aurat dlm solat : seluruh anggota except muka dan tapak tgn  
  • aurat dgn kanak2 : kanak2 yg belum mumaiyiz tiada aurat dgnnya . kanak2 yg sudah mumaiyiz tp tiada syahwat auratnya ialah dari pusat sampai lutut . kanak2 yg mumaiyiz yg ada syahwat aurat kita dgn dia sama macam dgn ajnabi .
  • aurat bersama suami : tiada 
WANITA HIASAN DUNIA 
Rasulullah s.a.w bersabda :
" wanita itu aurat . apabila mereka keluar , maka syaitan memperlihatkan keindahannya . "
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 56 ;
" hai Nabi , katakanlah kepada isteri-isterimu , anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin , hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka . yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal , kerana itu mereka tidak diganggu . dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang . "

REALITI muslimah kini . tidak kurang yg masih jahil mengenai kewajipan ini . malah , menjadi perkara normal bagi yg tidak memakai tudung , berpakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh . kononnya mengikuti perkembangan fesyen . hinggakan , Mukminah yg berpakaian sopan dan menutup aurat dipandang ganjil , ketinggalan zaman .

kesimpulannya :
berhati-hatilah wahai wanita , apabila kita melangkah keluar rumah adakah dalam keadaan Allah redha atau sebaliknya ? ingatlah , tujuan hidup : mencapai mardhatillah . . .
Allah Maha Pengampun . hijrahlah . demi akhirat yg kekal abadi di sana nanti

wahai muslimah :)
sayangilah dirimu . janganlah jadikan dirimu senjata syaitan untuk menyesatkan lagi anak Adam .
 janganlah kau gadaikan kebahagiaan akhirat demi kebahagiaan sementara duniawi . 
renungkanlah . betapa ruginya wanita yg berhias demi dunia , apabila di akhirat nanti , mereka diseksa . 
pelaburan yg xberbaloi 
jagalah aurat anda , maruah anda 

girls :) wear it right !