9 Dec 2011

i found out a new talent - emilycbswy

assalamualaikum . hye ;)
heyy folks . sila ushar gadis jelita di atas 


korang kenal ke dia ? she is Emily . New Zealand . currently seventeen . ohmaii . she is younger than me .
but she is so talented . tak percaya ? sila layan video bawah nih . seriously serious . korang takan menyesal layan video nih . i rarely replay a video so many times , but this one makes me stunned ! ohmaii 
speechless , ain't ya ? haha . me too . she's hot , gorgeous , talented , cute , stylish , cool , sempoi . ohmaii . tengokla cara Emily main gitar sambil ketukketuk her guitar . awesome la dia . guess what , i like her :)


cantik kan dia ? omputeh kalau rambut hitam nih gojess
-tapi aku lagi suka nengok dia serabaikusutmasai rather than cantik ceni-
that's it . see ya ;)

6 Dec 2011

awww , result bebudak matrik ;)

Assalamualaikum
hai kanakkanak matrik . how's your result ? okay , macammacam jawapan yang cikgu dapat .
-ehemm . tetiba terasa diri adalah seorang cikgu-

yeah , i know . hari ni hampa yang duk kat matrik tu dapat result sem satu . some of you ada la dapat msg dari aku kan ? yeah , aku taw aku caring , cute dan penyayang . awww -tadah baldi-

some of you . means , many of you tak dapat msg aku . yang tak dapat tu , sorry . aku baru tukar no fon , banyak no yang tercicir . ampun . lagi pon , mak aii hampa punya ramai kat matrik nuhh , jenuh la aku nak topup . elaun tak masuk lg nih . uhh spoil --' tapi pesbuk kan ada . hek hek hek .

well , disebabkan aku tadak exam sem ni , maka berbahagialah aku menyibuk hal result korang sebabnya aku tak payah gtaw result aku sbg balasan . alasannya : AKU TADAK EXAM LA SEM NI :)

ngeh ngeh ngeh . sem depan jangan gatai tanya result aku pulak naa .


tahniah la kat kawankawan . result meletopletop . ada yang dapat 4 . pergh ! dayah , hang telan buku kah ? ada yg 3.82 . sapa ntah . ada yg 3.58 dan lainlain . 
-cehh , aku taw hang terharu kan titen sebab aku mention result hang . HAHA :D-

tahniah . aku suka dengar hampa semua succeed ceni . well at least , aku tumpang happy . undeniable , niat aku nak ke matrik tu masih fresh lagi , tapi , tapi , takpe lah . Allah selalu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya . jadi teacher pon comel apa :)  

for you who managed to get 3.62 , tahniah :') i wish i could say it directly to you . but i know , i can't .

credit : tumblr
p/s : jangan nengok skirt girl tu ! awww :D
bye !

4 Dec 2011

tunangku doktor gigi

ya , aku dah bertunang . baru beberapa minggu . cincin berlian tersemat di jari .

dia dentist . graduate degree kat ireland . anak tunggal tan sri . handsome , takat aaron aziz tu , celah gigi dia ja . specky-frameless . ohmaii 

oww , he owns a clinic at the age of 23 . cool huh ? yeah , i know i know .

doakan kami bahagia selamanya . aku sayang korang semua . nanti kawen aku jemput .

okayy fine . tayah dok buat muka tak puashati iteww laa . sikitsikit cukup . bukan salah pon aku nak berangan sekejap . tak sampai 10saat dah ada yang menguap . kfine . ceni la kawan an ? -tears drop-

saje je la aku tulis title post camtu . takan nak tulis title SAYA GADIS BERGIGI REBIT . ouchh . -heartbroken- 
err . GADIS BERGIGI CORNTOZ ? haha :D
well ekceli the problem is that ; aku rasa sakit lidah yang teramat sangat hari ni . gigi atas dan gigi bawah belah kiri nih telah bersepakat menandatangani memorandum memerangi lidah aku .

ya . itu yang aku rasa . lidah dah pecahpecah sebab diserang oleh gigi dari pelbagai arah . uhh . dikecam hebat .

pelik , tetiba ja gigi tajam . apa kes ? tetiba aku rasa space untuk letak lidah semakin mengecil . adakah gigi sedang berarak berjalan mengepung lidahku ? ohmaii . kak aku pulak buat inferens dia yang sangat tak masuk akal : "gigi hang nak besaq lagi kot". tak cukup besar lagi ke ? cheese . makyang pulak kata : "ni mesti sebab nak jadi drakula ni . tu laa , gigit org selalu lagi". err . err . err .
drakula ? kahkahkah
teringat pulak ada hamba Allah yang kata kat aku ceni ; "papan sekeping , dahi jendol , GIGI REBIT". aku takan lupa perkataan yang keluar dari mulut dia nih . dasar hidung kembang .

rasanya , esok esok aku kena jumpak dentist la . eh , siryes la jumpak dentist . bukannya pi date dgn tunang taww . 

nak kena repair gigi yang suka makan lidah ni , dan nak buat appointment untuk pakai braces . ya . rasanya aku hampir ke arah itu . since darjah 6 aku kata nak pakai tapi rasa mcm tak penting sangat . problem aku masa darjah 6 ialah aku tak boleh nak gigit bg putus kepala aispop malaysia yang seposen tu . sebab gigi depan aku , yg atas dan bawah tidak bertemu . itu dulu . tapi sekarang , rasanya aku dalam kategori memerlukan . dan doktor pon kata kena . dan imam muda asyraf pon kata ya .
Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya.
berbeza . ya . perbezaan ini lah yang buatkan gambargambar aku semuanya dalam keadaan malumalu nak senyum . tahan gigi . gigi rebit aku size xxl . cheese . dahla cik teha selalu complaint aku asyik hujan . err , sorry . tadak protection . pintu depan taley katup rapat . maaf kawan --
jeles la tengok intan senyum selambe je . aku nampaknampak je kamera terus katup rapatrapat .  padahal tengah hepihepi . uhh --
-abaikan muka tahan gelak tu . takut nampak gigi-
Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan.
kemalangan ? hisap puting masa kecikkecik tu kira kemalangan tak . uhh . gigi depan ni problem gila . atas dgn bawah takboleh bertemu langsung . so , makan benda2 yg kena putuskan guna gigi depan adalah suatu yang amat sukar . aku hilang nikmat makan kopok lekor . wuwuwuwu . kalau makan laksa , mee , aku potong siapsiap pakai sudu . siryes aku rasa sangat terhina kalau time aku mintak gunting sebab nak potong choki choki , orang tu kata "gigit je la". grr . aku gigit orang tu kang .
Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.
based on reasons stated above , i am on my way to it . braces .
Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas,  khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan,  atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).
credit : artikel ini dan penulisnya
bye !

3 Dec 2011

aku kakros ?

aku baru lepas kerah uwaiys masuk rumah . modus operandi tak dapat dikenalpasti , tapi yang pasti bila aku jenguk kepala keluar bilik , suspek dah tadak kat ruang tamu . yang tinggal asmaa' dengan arwa , dengan kusyuknya mengadap tom and jerry .

ohmaii . ahmadi sekali . budak kecik yang aku baru bagi mandi tadi sebab telah berak dengan jayanya itu pon lesap jugak .

aku tengah makan mee goreng mamak waktu itu , masa ahmadi kata " asyuuuuu " sambil baring , angkat dua kaki naik atas , tangan pegang pampers , tunjuk muka tak puas hati sebab manusia tak paham apa yang dia sampaikan . saat itu hidung aku dah terhidu sesuatu yang enak sangat . sangat sangat .

aku cuba lengahlengahkan waktu dengan harapan ummi dia balik segera . kenapa aku ? kenapa ? okayy . aku taw dan aku sempat bayangkan kak aku akan kata " berkira noh , mujur kak tak bagi hang mandi ayaq panas masa kecik dulu " err . mengungkit .

mee , aku tolak tepi . ini kali ke empat aku basuhkan berak dia . keluar balik mee aku makan tadi .

kat luar , uwaiys dengan ahmadi main tayar beskat abah aku . seluar ahmadi dah kotor . aku baru je bagi dia mandi . sabar . sabar .

duk sekejap , satgi dengar suara arwa pulak . menangis sambil kata " maktu , ahmadi tutup tv , arwa nak tenok tom n jerry " . ya , ini budak mmg cakap pelat . sebutan dia based on huruf T , always . dua kali ahmadi ulang benda tu . dua kali jugak aku ulang alik pi ruang tamu .

sejurus selepas itu , uwaiys panjat peti ais sebab nak capai nutella atas peti ais . panjat okayy . panjat . bukan guna kerusi . tadak alat bantuan . dia bergayut kat peti tu . lemah semangat aku tengok .

aku taktaw apa masalah aku . tapi dengan kanakkanak , automatik aku akan jadi kakros . ya , anak sedara aku kata aku kakros . asmaa' kata : " ye la , maksu tu kakros . kakros tu , upin ipin balik lambat kakros marah . tapi kalau balik awal pon marah jugak . selalu je marah " err .

aku berjaya dapat nama tu sebab budakbudak ni ada dua orang maksu . aku dengan sepupu aku . so tiap kali ummi depa cakap pasal maksu , akan timbul soalan " maksu mana ummi ? maksu besar ke maksu kecik ? " . aku maksu kecik , sepupu aku maksu besar . opkos la maksu yg lagi satu itu yang mereka adore . not me , seriously . takpenah lagi dalam sejarah , anakanaksedara aku (exclude ahmadi ) lari berebutrebut nak peluk aku . tapi it always happens kat the other maksu .

apa tengoktengok ? aku tak jeles lah . biasabiasa je . normal la tu .

aku ingat , uwaiys dengan kejamnya penah kata " maksu yang mana , maksu gemuk ke ? ". then kak aku kata " tak baik cakap maksu gemuk ". uwaiys : " silap-silap . maksu gendut " . apakah ? lagi dahsyat . hampeh . uwaiys ni patut pi kelas vocab . maybe lepas ni sebab sekarang kak aku bagi dia attend tuisyen aa , ee , uu . katanya . means , kelas mengeja .

disebabkan istilah-istilah itu tak digalakkan dan tak mendapat kelulusan ummi depa , jadi kanak-kanak ni pikir nama lain . so , they made up a decision . masa tu aku ada sekali dalam kereta tu . secara live aku dengar asmaa' bersuara : " kita panggil maksu ni kakros . maksu yang tu kita panggil maksu "

okayy . aku dapat nama yang sangat indah . terharu

memandangkan interpretation anakanaksaudara aku kat aku macamtu , aku jadi tak confident .

awat ntah aku masuk maktab ? sungguh ka aku nak jadi teacher kat sekolah ? aku taknak masuk sinar harian sebab jegil mata kat student darjah satu sampaikan budak tu pengsan masuk ICU . ehh , sinar harian tuu semua cerita ada dalam dia kan ? pelik betoi .

aku takpandai berhubungan dengan kanakkanak . aku bukan benci . nak kata tak suka , kejam pulak rasanya . tapi aku tak minat . aku tak rasa nak kata "ololooo , comelnya baby ni . nak dukung jap". tak . tak jadi dalam diari hidup aku buat kanakkanak , but maybe yes terhadap kucing . yeah , aku tadak adik so bendabenda macam ni macam agak rare dalam hidup aku .

asmaa' , usamah , uwaiys , arwa , ahmadi , iman . maksu bukan tak sayang hampa . maksu sayang sangatsangat . cuma maksu takpandai nak layang hampa baikbaik . maksu mmg garang . tapi seriously maksu care pasal korang . oww , suddenly i am touched T_T

okay , terganggu kejap .

tadi ahmadi dah merengek nak showshow . yeah , dia pronounce susu as show show . haha . sangat comel ini budak . tak hensem pon tapi bikin maksu geram . rasa nak gigit ja . sekarang dia sedang tidur meniarap dengan tgn dan kaki terbukak luas . ala ala gaya baru jatuh bangunan 5 tingkat .

# usamah tadak dalam story sebab dia ada kat kelantan menemani si abah . rindu la pulak kat budak tu . walaupun dia yang paling selalu tak puas hati dengan aku .

sekian nukilan kakros kali nih . babai :)

aku nampak macam kakros ke ? btw , muka ni ada gaya cikgu tak ? kalau tanak angguk , aku makan hampa .
*ada manusia , ehh aku rasa dia makhluk asing kata aku patut jadi cikgu tadika je
#nampak macam tak berkaliber sangat ke aku nih nak jadi cikgu sekolah rendah --'

bye !

30 Nov 2011

#1 wordless wednesday

err . no comment . agakagak manusia mana dalam rumah ni yg gigit semua telinga karipap tu ?

27 Nov 2011

the day before the kenduri

well ekceli , the night before the kenduri . hye . assalamualaikum . you know what , semalam buat walimah abang kat rumah ni . dah tua rupanya mamak tu . sat ja noo . tup2 semua dah besaq . dah kawen . tinggal i sorang je . wuwuwuwuuu :'( saja nak stress sikit ayat TAK KAHWIN lg di situ . ehm :P . gegeh


see , apa pengantin ni buat . hehe . giling inai sendirian berhad . time ni semua org busy . pengantin dok dapur giling inai . ngeh3 .

*sila jangan tanya cena abang i dapat bini cun macamtu . aku pon penah terpikir gak :P

STORY CINTA

masa bertunang - 20/2/2011
nikah - 30/9/2011
hantaran guna bunga real . cantik plak aku nengok 
kenduri dua dua belah dah buat . semoga berbahagia ;)



23 Nov 2011

sesi pelupusan harta karun

hai , assalamualaikum .

merujuk tajuk entry di atas , hari ni hamba berbesar hati ingin berkongsi cerita di blog kesayangan hamba ini . tak kisah la ada yang baca ataupon tak sebab ai menulis untuk kepuasan peribadi . sebabnya aku memang makhluk Allah yang diciptakan dan ditakdirkan banyak cakap . rasa macam cramp mulut kalau tak cakap sejam pon . ya , itu pasal aku tak suka musim exam . terseksa kena diam lamalama . okay , lari topik .

haa , nak story nih . pagi tadi mak tak keja . so , kami tentera tentera beliau telah dikerahkan untuk mengemas rumah . maka , dengan keterpaksaannya , kami memunggah semua surat khabaq , majalah , buku sekolah , ketas exam dan segala bagai kertas yang ada . memang tradisi kot kumpui ketas exam dari zaman tadika . sebab abah kata nanti tunjuk la kat anak anak . tapi disebabkan dah sangatsangat banyak harta karun plus nak kenduri dah nanti , so kena la vanish kan semua ni . muahaha . then kami ikat dan kumpul dalam bonet keta kak .

ini hasilnya . jengjengjeng !
  

total : 215 kg 
hasil : RM43 

bye . good nite ;)

alkisah tupperware

hai . assalamualaikum . tetiba bagi salam kat entry kali ni . sebab baru perasan , aku macam jarang bagi salam kat post2 before ni kan ? err . bukan nak cerita pasai salam ekceli . nak setori pasai tupperware . you know what is tupperware ? alaa , tupperware tu yang container makanan , tumbler air dan sebagainya . untuk maklumat lanjut , sila lihat gambar ini supaya lebih terang jelas lagi nyata apa itu tupperware .


okay , aku taw korang taw apa itu tupperware . saja ja aku tayang gak menatang nih sebab nak bg entry ni ada gambar . muahahaha . okay . lupakan , aku memang ntah apa apa pon . haaa . lari jauh dah nih dari topik . agaknya nanti kalau aku dah ngajaq , masa nak start kelas mesti aku melalut sana sini setengah jam , pastu setengah jam ja tinggai untuk mengajaq . waaaa , mintak simpang la wehh . tak habih sukatan pelajaran , mampuih aku nak menjawab kat guru besaq . sukatan pelajaran ? bapak skema . haha . ekceli tak pandai nak eja silibus . cena ntah ? okay . aku melalut lagi . mmm , ha . nak cerita pasai tupperware . kat sini aku nak mengutarakan kemusykilan yg bermain di fikiran ;

KENAPA PARA IBU SELALU MARAH KALAU MENATANG ATAS TU HILANG ?

haa , aku taw hampa pon penah hadapi masalah ni kan . tambahtambah budak hostel . hujung minggu mesti nak bawak makanan belambaklambak then lepas makan ramairamai tu , rasa malas nak basuh sebab takmau ketinggalan sesi gosip kat dorm . tuptup , mata pon mengantuk maka terlelap . dah tu esok pagipagi kalut sebab baju tak iron lagi , lalu tupperware tu ditinggalkan . lamalama , dah busuk , jadi malas nak basuh . euwww . then makcik cleaner nampak , dia amik buang . the end . ehh , apa tengok aku pulak . aku tukang story je . bukan cerita pasai aku pon . aku baik je lah . aku tak buat macamtu . ish3 . hampa ni sangka buruk kat aku nohh . :P

then bila balik hujung minggu , soalan first yang akan keluar dari mulut mak ialah satu soalan cepumas yang kita taw dah mak kita akan tanya .

"tupperware mana ? bawak balik dak?"

telan ayaq liuq lekaih . disebabkan takut nak mengaku , maka si anak akan kata . "laaa , lupa plak dah nak bawak balik. nanti la naa cheq bawak balik" si mak angkat kening lalu bagi warning :

 "next week hang jangan dok buat lupa naa . mahai naa tupperware tu . toksah buat main" 

lastlast , sampai akhir tahun la budak tu dok bertangguhtangguh , baru la nak ngaku yg tupperware hilang . maka bersiap sedia lah untuk menghadapi perang dunia ke sembilan . muahaha . 

kadangkadang rasa macam mak kita sayang tupperware depa lebih dari kita . haihh . okay la , aku ngaku , aku suka exaggerate lebihlebih kan . so what ? 

*entry ni ditulis sebab semalam kami dikerah untuk mencari sebotol tupperware berwarna merah keorenorenan (siap hapai kaler lagi,tu yang tak tahan) yg disyaki hilang dari dalam kereta selepas aku drive kereta abah aku . yang mengejutkan , abah yang bising . selalu mak ja . tapi sekarang abah pon joins the club . err --' padahal bila kak aku cari , ada ja tupperware tu dlm kereta . kami tak bersalah pon . sampai hati . 

bye ^^

1 Nov 2011

jom rungkai sesuatu #2



haha . this situation always happens in my class . since kami memang sangasangat suka selongkaq henset kawan2 . kita memang taleh nak avoid diri dari ambiktau recent news pasai kawankawan kita . kan3 ? kita takmau orang amek taw pasai kita . tapi kita suka nak amik taw pasai orang (cakap pasai diri sendiri) . haha . 

pendidikan moral : takbaik kot kalau kita korek rahsia orang untuk jadi bahan kita . insaf --  

27 Oct 2011

jom rungkai sesuatu #1



sila brainstorm otak anda buat beberapa saat . maybe ,























okayy fine .

nak jawapan kan ?

for us to learn HOLD ON and LET GO 

yeah , but still those are painful acts to be done

--'

13 Oct 2011

awak , good luck ;)


hye 

goodluck for those who are sitting for MUET . may Allah eases all your doing . insyaAllah :)



remember :
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ

Allah does not obligate anyone beyond his capasity
(surah al-baqarah:286)

betapa Allah kasih akan hambaNya . tidak diduga hambaNya melainkan ujian yang kita mampu :')



10 Oct 2011

gigi BESAQ

hari ni , ai nak setori pasai apa yang terjadi . 

cerita pasai benda kat bawah ni 

|
|
|
|
\|/


nak cakap pasai gigi 

tapi bukan gigi unta tuh . gigi unta memang wajar lah besaq 

nak cakap pakai my teeth .

sampai hati classmate ai kata gigi ai besaq ! how could him :'(

dahtu dia kata ai buluh .

ai xpapan lah . ai berat okeyyyy !

waaaaaaaaa !!!

ini suatu penyiksaan dan penderitaan

sob3 :'(

keen to smile like her

|
|
|
|
|
\|/


senyuman anne hathway sangat cantik
:)

8 Oct 2011

air mata mengalir tanpa dipinta


for what reasons , these eyes keep on flowing its tears ?

i wonder . don't they feel tired ?

wahai mata , tidaklah aku menyalahkan kau tatkala kau membocorkan air mataku menjadi titisan-titisan yang mengalir tiada hentinya ini

malah , aku tidak berniat untuk menghalang 
 
kerna ku mengerti berat dan pedihnya bebanan yang kau tanggung 

namun , biarlah titisan-titisan itu , adalah titisan-titisan keinsafan atas segala khilafmu , 
bukan atas kehilangan sesuatu yang bukan milikmu

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukmu

berhentilah menangis wahai mata

29 Sept 2011

learning to let go things

Allah could takes anything that He gave us 
because all these are His 
which we borrow
( actually we take for granted only )
human always forget to show their gratitude

each time He takes something
then only we know how valuable that thing is 
and then we start to grumble a lot of the loss 
because we love that thing - which we assume as ours
indeed , it is His 

sometimes , He even takes our beloved thing that we own
and we start to face the loss unwillingly
but we have too 

then only we realise the thing is valuable , priceless 
and we start to regret
then only we learn to appreciate that thing 
which we have never be thankful for having that thing

and on that time 
there's nothing can change the fate except Allah

so , we pray for Allah 
which we hardly pray to Him before
and we seek for forgiveness
we ask for His help , His guide
on the way to face the loss 

this is actually one of His way to remind us of His power 
He wants us to be on the right track - maybe we went off the path once
He wants us to pray - because He rarely hears our voice praying lately

guys , all things happen for a reasons 

i learnt my lesson
i am trying to let go things
because it is painful to hope for something which is not ours  

hiasan semata-mata .
bajet macam tengah let go things la kononnya

i am sure , there must be reasons out of this incident

Surah Al-Baqara
Fighting is enjoined upon you, while it is hard on you. It could be that you dislike something, when it is good for you; and it could be that you like something when it is bad for you. Allah knows, and you do not know. (216)


tutup buku lama , bukak buku baru

return to Him 
to seek for His 


22 Sept 2011

i want to try this ^^

i want to share something with uollss . just for fun okeh .

this petikan dipetik daripada pokok pesbuk cik ramarama

when i read this status , this imagery comes first into my mind :

#first step

#second step

girls , try this at home okayy

nampak macam satu gurauan . tapi aku rasa macam nak je ce try buat .
errr 
--"

- sabar itu membuahkan kemanisan - 
insyaAllah . bersangka baik 

21 Sept 2011

baby girl ;)

berita baik :)

i dapat another anak sedara pagi tadi 

that's the new-fresh-cute-little baby girl :)
korang jangan tulis ayat adjectives cam gitu . salah tu order dia . saja nak tulis mereng-mereng + ikut suka tangan

itu je gambo yang aku hado . kak aku beranak kat sana . so aku tade la peluang nak tangkap gambo baby .
ni pon agaknya kak aku tgkp lepas dia beranak . siap upload pesbuk lagi .
well , the world is at your fingertip la dear :D

tanpa disedari 
now i have 3 nephew(s) and 3 niece(s) 
the eldest is 7 years old . imagine 0.o"

whatta there's (s) there ? sebab aku rasa awkward nak buh s kat dia . hoho . takot salah . 
nephews and nieces ? macam pelik sahaja bunyinya .
apalah cikgu english cam gini . terok toi kan ? wuwuwuwuwuwuuuu

okayfine . aku admit . aku tak terror english tapi bajet pi join TESL

err :|

tapi please jangan suruh aku keluar maktab . tak sanggup bayaq ganti rugi wehh . 
i rela belajar rajin-rajin demi mendidik anak bangsa tercinta ini
\(>,<)/

20 Sept 2011

camp KETARRRRians ;D

rasanya sudah berpurnama lamanya jari panjangku tidak menari mengetuk 'papan kunci' ini . 

#sila teliti ayat di atas . hoho . hasil kegilaan ciksue bila dah bopa hari xtido malam demi nak siapkan esaimen T_T

by the way , seriously i miss my bucuk2 little blog . lama dah kot aku tak blogging . blogwalking jauh sekali . sebab sekarang musim esaimen tengah dasyat melanda . aku tengah berada di bawah cengkaman esaimen yang semakin mengganas . fuhhh , siryes wehh penat ! aku rasa nih semua balasan khas untuk aku yang suka mengelat tanak buat homework ngan nota zaman sekolah dulu . dan kini aku paham kenapa cikgu suka bagi homework bebanyak kat kita . sebab , dolu-dolu diorang kena force buat esaimen banyak-banyak-banyak-sangatbanyak serentak dan due date pulak adalah dekat-dekat-sangatlahdekat . okay , i am exaggerating too much already :D

ekceli ada benda best nak story kat uollss , tapi disebabkan kekangan masa , benda ni dah outdated . ehh , xla sangat . baru last week ja pon . maka dengarkanlah story hamba ini .

last week , 12-15 hb , kami bebudak tesl junior ada kem . recreational camp under unit gerko . menda alah tu buat kat kem intan suraya , kuala kangsar . tempat tu tepi sungai perak . dia punya kedalaman kawasan xterkira lah dalamnya sampaikan jalanraya dah mati , baru la nampak lorong kampung intan suraya tuh . jaoh siot . okay , i am exaggerating again . haha . saja syiokk . best jugak dok kem tu . kami 20 org je pon so kitorang sangat-sangatlah rapat mcm one happy family .

jersey kelas kami yg baru :)
p/s : abaikan aku yg senget itu . huhu
activities :

1# rafting , water confidence 

2# jungle trekking

3# orienteering

4# abseiling 

5# masak lemang & rendang

and many more .

dalam banyak-banyak part , aku suka nak sentuh tang abseiling . wuwuwuwuwu . nak cita sikit ekspirien abseiling . 

- mula-mula panjat menda yg tinggi tuh -
okay . agak ketaq sebab sedikit curam

- bila sampai kat atas - 
 baru sedaq diri yang aku nih gayat . nampak sungai perak wehh dari ataih tu 

- mula gelabah tak tentu hala -
masa mr MBO nak lepas aku turun tu , aku bley kata kat dia 
"jangan lepas saya, saya tengah blur lagi nih "

err --"

-on the away nak sampai ke tanah -
i am the only-only one yg bising tak tentu hala masa turun tuh . aku menjerit , melatah tiap kali rasa mcm nak jatuh tuh . huhuhu . malu plak bila ingat .

cukuplah gambo nih . aku rasa hampa dah gelak dah bila bayang cena sepatutnya org abseiling turun dan cena cara aku turun 
-____-


siryes aku dah tanak abseiling . malu . hoho

tutup cerita abseiling

kat sana aku ada pakwe baru . dia ikut aku sokmo . 
ai leplep yu very much lahh oren ! 
p/s : i miss you :')


rindunya titew tat awak oren :')
eh best taw dok sana . tengok nih , kami bermesra dengan ikan-ikan di lautan


 
bagi makan apa pon depa telan ja . laju . kebulur agaknya 
masa bakaq lemang pon best gak . pengalaman ;)
cari kayu api , kena pacat , hidupkan api , masak rendang , buat agar2 dan lain-lain 
kami sama-sama buat .






overall , i am delighted to be one of teslians

- hidup KETARRRians -

^___^







8 Sept 2011

maghfirahNya

salam 

rasa nak share satu menda yang menarik perhatian ciksue malam nih . kadang2 baguih jugak pesbuk nih kan ? kita bole sharing-mering dengan kawan2 kita . indirectly , kadang2 kita tersumbang satu saham untuk akhirat kelak apabila menda tu mendatangkan manfaat buat kawan kita .

and this night , ai want to share this with uollss 


astaghfirullahal'azim :')

jika besar dosa yang kita dah lakukan , ternyata keampunanNya lebih besar 

Allah maha pengampun , namun kadang2 hambaNya angkuh

muhasabah . peringatan untuk diri ai yang banyak khilaf ini . sangat2 banyak , sangat3 

namun , ingatlah mahgfirahNya sentiasa ada untuk hambanya :)


hidayah Allah datang dalam pelbagai cara , dont deny it . 
sahutlah ketukan di pintu hatimu , jangan tunggu sampai satu saat , tiada lagi ketukan di hatimu .

ingat tujuan kita di dunia yang sementara ini : 

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 
Surah Adh-Dhariyat : 56)