2 Dec 2015

A Journey of Two Becoming One

Through thick and thin.

Rasa tak pecaya im writing this post this soon. Im 22. Tak sangka. Tapi not so soon sangatla sebab kenal 'si dia' ni dah lama dah, classmate hewhew. Hari hari jumpak kat kelas hoho. Kiranya dari zaman comot momot time orientasi lagi dah aih penah tengok. Dulu kurus cekeding. Sekarang dah demok. Tktw la mcmna things started. Kalau kat kelas tu, perasan la yg dia tgh cuba tunjukkan minat tapi it was like macam pedo pedo je lagi hihi so tktw la nak interpret semua tu as apa sebab takut jadi perasan la pulak nanti kan.

Haha! I remember one night he inboxed me kat facebook saying this "susu" *obviously nampak sangat tak bermotif* and then conversation started *tak bermotif pon bole jadi sangkut*. Then ubah la texting kat phone pulak hihi. Then zaman dia start bawak kereta tu, penah la sekali dua dia ajak makan. Time first sem tu, kalau keluar pon, mostly sebab nak pi mall ke shopping ke, selalunya dgn intan, ain & kthah and dia just tolong hantar tapi selalu je akan join lepak sekali, start second sem tu mula hantar tak charge, makan makan camtu la. Mula mula tu intan selalu ada (thanks to intan) lama lama tu baru la terrrkeluar dua.


Eh! Tapi tkdk pape pon. Mcm awkward awkward je hubungan tak bernama haha. K lawak sebab zaman tu semua pon comel je. Buat apa pon sorok sebab taknak orang syak apa apa lagi waktu tu. Semuanya buat guna alasan ketua dengan penolong kelas haha motif sangat. 

Acknowledgement
Pantai Bersih, 29/2/2012.
He voiced out. Nampak tak tarikh yg dia pilih. Mmg takyah celebrate bagai. Lupa tarikh pon tkpe sbb dtg empat tahun sekali je. Maka kami pon berkawanlah. He was there through thick and thin, especially masa abah takdak. Dia la pengganti.

Melamar 
Damiral, 2/8/2014. 
Lama sangat dah kawan. Kenal sangat dah hati budi. Reti sangat dah. So, that one night, macam biasa, dia ajak dinner. Kata nak belanja. Kalau la tahu diri ini nak diproposed, opkos la akan pakai baju cantik sikit. Segan i. Tetiba je tolak kad with a ring case to me. Dahla damiral tu lighting romantic gituw, rasa blur blur ja haha. Thanks for the effort. Terharuuu sangat. Rasa belonged. 

Cincin dah ada, so? Hewhew. Sebenarnya, dah banyak kali dah ni mintak nak kawen. Kekeke, anak first yang comel debab gitu, memang la mak ayah tak caya sat sangat dah besar. Bole ke jaga anak dara orang.

His Family
Kuala Gula, 19/2/2014


Haha. Actually waktu dapat text ni, we were together in car on the way nak pegi kuala gula makan ketam lembut taw. Abah dia called him, bincang bincang. I pretended not exist and tumpang dengar their conversation. Awkward sangat haha tapi tk tipu, our reaction mmg mcm excited gila lah. Sebelum ni mcm tk nmpk at all chances nak kawen muda, but out of sudden, we are less likely a year to the goal. Yeayy! Alamak, gulp. Ready ke ni nak ke alam ni? Kena belajar masak ni.

Meeting
Maktab, 28/2/2015
Tahun ni tahun tk lompat, tapi kiranya dah 3 tahun la berkawan. That midnight he texted me this;


Haha waktu ni parents dia ada kat penang. Gila tk gelabah. Memang la dh penah jumpak before, dah penah je dah tumpang rumah dia dulu tapi tk seawkward yg ni sebab dah secara terangterangan bercinta dengan anak teruna depa. Dulu tknk ngaku "yang mana satu tun teja" kihkihkih undercover la sgt. 

And alhamdulillah, everything went just well :)

"Jaga amir elok elok ye"

Macammana bole confident? Sebab isktikharah dah. Alhamdulillah Allah lapangkan dada, permudahkan urusan. Sepanjang kenal ni, tipu la kalau kata tak penah sedih. Banyak je episod duka kami, tapi biasa la kan. Hidup memang ada rencahnya. Tapi lepas istikharah, hati makin yakin. He is the one. 

Maka selepas pertemuan itu, bermulalah episod mengenali mentua. Berkirim barang (mostly tudung la) hiks. Mak mertua pernah bagi sambal hitam kat menantu haha.




Belah depa dah start bincang bincang. Belah aku? Erk. I havent told mak. Maluuuuu. The first one to know is cousin dila. The only one yg tahu heeee. Deep secret ni. I is segan nak bising2. 

Le Sister's Opinion
Dalam Kereta, 14/3/2015.

"Ada had minimum umur untuk kawen tak" 

Haha soalann. Kak bagi green light dah. Selama ni memang kak dengan abang duk suruh ja kawen cepat, tapi aku tak respond pon. Buat ded je sbb malu. InsyaAllah nanti nak approach mak pulak. Kasi hint hint je la dulu, ye dok? Kalau bole, nak biaq mak yang tanya dulu :D

Dapat greenlight kak ni pon dah rasa macam 'okay sangat ni, bole ni kawen time belajaq ni' sebab taw dah dia akan support.

Kursus Kahwin
Kulim, 1&2/5/2015.
Ingat senang ke nak bersiap pakai baju kurung hari weekend? Surely kawan akan curious and i definitely want to avoid that. Taknak la orang taw, nanti orang tanya 'ciksue nak kawen dah ka'. Selagi takdak date yang sure, kita senyapkan dulu news ini. Lagipun, awal sangat nak busy share sangat cerita kita kat orang. At that point, cik roommate je la yang dah taw ura ura nak kawen ni sebab she told me her story, i had to tell mine :3 and also few friends of mine macam hawa, dibah and so on. Cerita camtu-camtu je la sbb apa pon belom sure masa tu.

Sangat teruja bila dia tetiba cakap 'jom daftar kursus kahwin', rasa macam really? siryes ni nak kawen? haha. Yup, it's time to get serious. That feeling bila dah ada sijil nikah, rasa macam 'orait i am ready, bring it on' kekeke. Belajaq banyak sangat. Banyak nak kena pebetui. Mula la nak sedaq diri. Time kawan ni takpa la nak huha huha lagi, nanti kena hormat, taat, patuh. Depends kat keimanan kita kat Allah. Kalau kita percaya perbuatan kita dihisab dan diberi ganjaran, mesti kita tak kisah berbakti untuk suami. So, are you ready Suhaiza?

Mak
Homestay Penaga, 5/9/2015.
Minggu ni tak balik rumah. Weekend kat homestay je. Mak call. Mak random sangat;

"Mak baru balik kenduri ni. Hampa bila nak kenduri?" 

Terkujat saya. Siryes? Mak nak suruh kawen time belajaq ni ka? Haha k problem solved. Takyah nak explain kat mak. Mak sendiri bukak topik yeay. Saya pon malu2 kucing cakap 'taktaww, mak tanya la dia' ngehngeh. Mak kata tak mahai pon. Sepuluh ribu je. Mak aiii. Mahai tu mak. Haha. Mak melawak ganaih aih hoho. Nak kenduri belah dia sama. Kena sep sikit duit. Maka mak pon mula la berangan nak beli perabot la, buat lantai la, cat la. Hihi. Tu yang cat bilik sampai tertimpa kaki patah jari satu tu kofkofkof. Pasrah.

Patotla sejak hazmyr duk praktikum sg bakau ni, mak rajin ajak keluar dinner. Nak bagi hint suruh kawen rupanya. Hazmyr pon enjoy sangat makan free, pinggan mak pon dia clearkan. Adoiii.
Confirmation
Karak, 21/9/2015
Dia balik cuti sem ni, bukan balik kosong. Balik dengan bekalan ikan fresh dari sungai udang bersama shawl instant hadiah buat mama. Hehe bodek sebenarnya. Hazmyr bawak balik cincin propose dia bagi ritu tu. Dah setahun dah wey cincin tu kat tangan i. Baru la nak pi tunjuk kat mak kononnya tanda kesungguhan. Memang dah tak rupa cincin la. Huuu. Senget benget dah pon sob sob. Maluu.


Mesti la dah pakai, pastu setahun pakai tak penah pon hantar cuci hihi. 

Alhamdulillah, tak cakap kosong la kiranya dulu ni hewhew bakal jadi kenyataan. Makanya, mama pon berkata "beli lain, ainnur punya pon lagi berat dari cincin awak bagi ni, kenapa beli halus sangat emasnya" kekekeke tu dia jawab sendiri. Tapi i suka je cincin tu. I appreciate effort :3 

Katanya, nak datang meminang awal bulan 12. Takuit tak kira la time tu. Pihak sana pon habaq la tarikh sekian sekian sekian tuptup adik beradik abah nak pi umrah ramai-ramai tarikh tu. Awalkan la dah tarikhnya. So far so good la response pak pak sedara mak mak sedara. Ada jugak yg macam curious boleh ke ni kawen masa belajaq lagi dan lain lain tapi dah parents kami bagi kawen muda, takkan nak kata taknak hihi galak bebeno. Antara yang concern sangat pasal decision aku are pakyang and makyang. Tanya face-to-face hati-ke-hati la kiranya and i said "yes, sebab abah dah kenal dia".

Engagement Day
Taman Sempadan, 29/11/2015
Jeng jeng jeng. Alhamdulillah another step closer. Rombongan yang dinanti datang jugak akhirnya.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Finally engaged! Majlis simple mimple, DIY most of things, dulang reuse, karpet bulu pon sewa je, tak buat pelamin, just buat tempat sarung cincin je, baju simple, bunga tangan buat sendiri, hantaran pon orang sponsor sorang sikit, jimat habis la kiranya. Tapi sebab dah mak niat nak kenduri, buatla baca yasin, jemput orang taman dgn kawan mak, buat la makan-makan sikit. Tanjat gegirl habaq mai bila nmpk orang mai pasang dua khemah depan rumah. 200 orang makan mak aii. Nak nikah terus ke apa ni. Urut dada kejap haha.

Simple, tapi puas. Rasa puas hati sebab dapat DIY engagement day sendiri, pastu dapat photoshoot dengan harga yang sangat bajet, dapat posing dengan oyen, dapat nice affordable mekap, dapat bestfriends for life selaku dayang of the day. Memang wow, awesome, puas.

Asalnya memang taknak hebahkan sebab bertunang sepatutnya dirahsiakan, tapi tapi tapi tapi tapi tkpe la nk buat cmne kan sebab people talk keyboards talk. Dah tersebar pulak gambar-gambar di facebook kekeke. Iolls upload gambar yang tk mencurigakan je, sekali adik dia up beratus gambar full majlis kekekekekekekeke. Tapi, alhamdulillah, semuanya pakat mendoakan. Hopefully they share the happiness with us. Harapnya la. Mohon jangan menyampah please. Ikut iolls memang buat senyap je dari mula huhu tuptup ada yang taw kami nak bertunang. Hewhew ada hidung hidung yang pandai menghidu good news, hihi thank you for sharing the happiness with us dear friends :')

So whats next? Two becomes one? Heeeee. Stay tuned. To be continued.

Soon :*


16 Oct 2015

Life as a Passenger

aloha.

quite recently not really recently la sebab dah tiga bulan jugakla ni, my dearest brother decided to sambung bayar jazz yang aku pakai hari tu. yes, it was his dulu, before he suddenly rasa 800+ monthly was beyond his kemampuan. discuss punya discuss, sayang nak jual jazz, maka tolak la hyundai mak tu, kira macam exchange la jazz dgn hyundai mak yang agak antik itu. abang beli honda civic, tapi tak lama lepas tu jual balik, last last ambik myvi cash sebijik. gitu. pakai myvi rasa tak cool kot, so he decided to sambung bayar jazz. maybe dah financially stable la kot kan. kot.

i would say, he was smart sebab he didn't sell the car dulu, instead he exchanged the car with mak sebab macam mana pon, still nama dia jugak kereta tu. so this time, duit jual myvi dapat la kat mak semula, macam bayaq balik yang beberapa tahun mak bayaq jazz tu tapi amount yang mak bayar monthly untuk jazz tu for sure la lebih dari harga jual myvi.

brilliant.

maka terkapai-kapai lah aku di dunia yang fana ini. sobs

terasa weh susah perit dia, sebab it happened just a week before i started my practicum. tak la sebak sangat time hantaq kereta hari tu. rasa more to geram dan serabut. that evening, aku slow slow cabut sticker maktab kat kereta tu. collect balik CD yang ada dalam kereta. payung pon aku ambik balik wuuuu. baru ja tukaq 4 bijik tayar kereta tu guna elaun, siap polish balik bahagian depan yang calaq. seb bek tak tukaq lagi minyak hitam. kalau dak, memang bara.

opkos la serabut kena pikiaq camna nak pi sekolah dalam keadaan takdak transport time tu. but i couldn't resist, sebab bukan aku yang bayar monthly kereta tu. tu semua hak mak to decide. sebagai anak yang solehah, mesti la aku taknak mak serabut bayar hutang. so, let it goooo. let it gooooooo.

maka bermulalah status hidup aku sebagai passenger :3

so far so good. biasa la hidup menumpang. ada la sikit part sentap here and there. sentap bukan sentap marah ke bebai ke apa ke, sentap macam terrsentap di hati. zappp! gituu. aku dah biasa ada kereta ever since dapat lesen pas spm, then suddenly it disappeared, mesti la rasa kehilangannya. siap pikiaq nak berenti bisnes la kiranya. pasai takdak kereta nak pi post huhu. biasa la, tara nak biasa adapt mode passenger ni, macam macam la perasaan mai menjengah.

kalau dulu, nak pi mana pi ja, tayah ada orang teman pon takpa aih. ni dah takdak kereta, kena la duk mintak tolong sana sini, belajaq naik bas. nak mintak tolong punya la hangat muka. rasa membebankan la rasa macam orang meluat la. kadang tu, kita dah la mintak tolong orang, pastu bole pulak kita tak on time. perghh rasa sakitnya tuh di sini. mai la caption "ish kalau la ada kereta, takyah susahkan orang lain" dalam otak. zapppp! koyak hati. gituu la definisi sentap saya. that zappp! moment. haa.

sesungguhnya, saya sebagai passenger amatlah menghargai jasa kalian-kalian yang berjasa kepada saya, mengangkut saya ke sana ke mari. hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

mr transporter saya,
thank you. parit buntar-penaga, parit buntar-bukit mertajam, dan lain-lain tanpa jemu. 

tapi, ada ja part yang aku enjoy life as passenger ni;

satu -- jimat duit minyak. naik kereta orang, isi seploh doploh cukup la kan. tu pon share dengan kawan lain sekali. jimat banyak la nak banding rm60 full tank seminggu jazz tu. belum mai minyak hitam la apa la lagi. car wash lagi.

dua -- bole lena. this one i enjoyyy the most. memang sungguh sungguh aku lena kalau dapat naik kereta skrg.

hiks.

hmm sebenaqnya serabut ni pikiaq praktikum next sem. dan sem seterusnya tu. internship lagi. cerita posting sana nuu pon aku pikiaq sekali. grr. serabut.

mak memang dari abang ambik balik jazz ritu dah ajak aku ambik sebijik kereta baru. tapi ntahla aku taknak dah la susahkan mak. mak tu pon sebenaqnya teringin ja nak beli kereta baru tapi dia dahulukan anak dulu.

aku pon duk tertagak la, bole ja kalau ambik kereta. bayar deposit 4K *burn simpanan aku*, bayar bulan bulan 300+ selama sembilan tahun. what? nak berhutang sembilan tahun for a local car yang pakai dua tahun dah bunyi o ek o ek? why not start saving few hundreds a month, and buy a branded, more worth-it car few years later secara cash. orang kata, beli kereta cash lagi murah. for sure la, sebab kita takyah bayar interest kat bank.

hmm, that was the current dilemma.

nak berhutang ke nak menabung?

the issue kalau nak beli kereta cash pulak is;

suhaiza nak pi praktikum, internship and kerja nanti naik apa dulu sementara ni?

A. used car
B. motorcycle
C. public transport
D. passenger lagi

passenger sapa lagi woi suhaiza oi kalau dah kerja nanti --'

so suhaiza, what's next?

beli boat je la nak?


12 Oct 2015

Housemates

i kenod resist the urge to write, so today i want to write. well, i is sooo jiwang and sentimental yknow. first rumah sewa (homestay sebenaqnya), first time having housemates, makanya ini adalah moment bersejarah hihi.

rindu makzah yang baik hati
i love the house. soooooooo much. memanglah, kalau nak banding dgn asramaku sorgaku ni *sesak napaih dan dan* tak sabaq nak keluaq asrama ni, bebai. banyak gilos benda belajaq dua bulan sini. siryes. kira macam bila dah duk rumah sendiri ni, hang automatic mai kesedaran yang hang sebenaqnya taktaw banyak benda dan hang kena improve diri hang. 

satu -- benda paling obvious, for sure; masak. huu ni part yang kalau pikiaq, jadi ketaq nak kawen sbb takuit kat mak mertua. mohon mak mertua tak cenge. makanya, bila hang sedaq hang taktaw banyak, mai la kesedaran nak belajaq masak. ok, hanya di homestay annur okay. tak jadi pon kat rumah mahupun asrama haha. tenkiu tukang masak kami, nisah yang selalu ajaq camna nak masak. kiranya dari fail goreng ikan sampai dah terer la goreng ikan garing garing giteww. dan juga housemates lain. semua ajaq macam macam. dari beli benda sampai telan masuk mulut.

hihi penah la serve satu kali dinner. asai bole masuk mulut sudah. bertabahlah suami dan anak anakku *nangis* 


dua -- hat ni kalau kat rumah dengan asrama, dia macam mau tak mau ja buat. tapi bila duk ramai ramai ni, datang macam satu seruan suruh buat hari hari. haha maybe sebab rasa duk rumah orang, kot. menyapu dan mengemas. kira kalau balik sekolah tu, capai penyapu dulu la. haha taktaw la tetiba jadi OCD. pantang nampak seurat rambut pon. tak dapat sapu, sanggup kutip pakai tangan la kiranya. heran sungguh mcmna bole jadi OCD tara tu haha. hanya di homestay annur. gagah mop lantai, cuci sinki, bungkuih sampah. bungkuih sampah ni kalau tak buat, memang berulat la cerita dia. i is rela bungkuih sampah daripada sapu ulat huuu.

tiga -- ni sungguh buang tebiat. basuh baju. seorang suhaiza yang tak penah basuh baju tangan dari zaman smka sampai ke maktab, tetiba duk homestay annur jadi terlebih rajin basuh baju tangan kehkehkeh. sampai sakit tulang belakang la kiranya duk pulun basuh baju hari hari. adoii lawak.

empat -- beramah mesra dengan jiran tetangga. hihi naseb baik kami dapat tuan rumah baik hati. rajin sembang makzah ni. kiranya kami kena sedia je la nak melayan. ni softskill yang sangat penting. nak sembang dgn bakal mak mertua nanti kann. uuu takuitt. 

kiranya semua benda pengurusan rumah tangga ni memang akan buat hang rasa 'ish aku ni ready dah ka nak kawen, etc'. semput wey dengan praktikumnya, dengan urus rumahnya. tu tara takdak suami lagi. perghh sangatlah menyedarkan yang i should do something, i should change. 

i am twentytwo, i should change. inside out.

one thing for sure -- i've become better in relationship, eh bukann, friendship. relationship, makin lama makin adoiiii tak paham *tepuk dahi* 

well, because yuna kata people come and people go and people gonna come some more :)


i loveeeeee my housemates <3
*even if they dont love me*

2 Jul 2015

oyen


my dearest,
rasa teringat lagi budak ni celuih masuk enjin kereta viva.
ambik kat market dulu kuruih kering, cirit, belemoih sangat.
bawak pi vet, cenge, duk tak diam lgsg.
doc kata oyen jantan. taktaw la camna bole salah interpret jantina.

ingat lagi. semua ingat lagi. 
rasa sat ja. padahal dah 3 tahun. 

mak ambik oyen kat market dulu lepas abah takdak. 
oyen la kawan mak.
oyen la teman mak bagi tak sunyi.
oyen la isi kekosongan kami.
oyen la penghibur kami.


tapi hari ni, dapat mesej mak kata oyen sakit.
tak pikiaq panjang dah, aku teruih pederaih balik lepas kelas. 
kebetulan kelas habis awal.

sampai rumah, sebak sangat tengok oyen kuruih.
muka letih, cengkung.
dia kena jangkitan kuman kat tekak. 
makan pa pon dak.
minum pon takut takut.
duk saja saja, tetiba mulut buih.
muntah kuning.
sebak, sumpah.

nak bagi makan ubat, seksa.
ubat tak masuk sikit pon. 
keluaq buih balik. 
kesian sangat. mesti sakit.

sekarang, oyen tengah menyorok dlm toilet.
aku nak sangat peluk peluk dia puas puas lama lama.
tapi nanti dia lari, cari tempat menyorok lain.
aku pon takmau dia detect yang aku teriak sedih tengok dia sakit.
kucing kan detect emosi manusia.
sebak. 
taktaw.
aku mampu usap usap ja.
tak tahan tengok. 

aku nak oyen sihat balik.
aku nak oyen duk dengan kami.
sayu hati.

siang tadi, tengah tidoq, mak teriak kata oyen mati.
aku lari keluaq cari oyen.
oyen tidoq ja. lega.
tapi tu buat aku jadi sedih gila.
sebab mak mesti sedih kalau oyen takdak.
aku taknak mak sedih.
aku nak mak ada kawan.

oyen. 
kuat taw.
nanti aku janji aku tak kacau hang tidoq dah. 
sihat la balik oyen.
aku sayang hang.
hang kawan aku. 

dan aku tak suka kehilangan. 
aku tak kuat.
please, be strong oyen.




20 Jun 2015

Happy Anniversary

Ramadhan tiba Ramadhan tiba,
Marhaban Ya Ramadhan Marhaban Ya Ramadhan.
Marhaban Ya Ramadhan Marhaban Ya Ramadhaaaan.

alhamdulillah, panjang umur untuk sampai ke ramadhan kali ni. 
alhamdulillah, Allah dah beri nikmat usia untuk cecah 22 tahun. 
Yep, im tuwentituu. 
thank you for the wishes and thoughts.
me love you, people.


how fast time flies. terasa macam semalam je orientasi.
macam baru je order makan kat paktam.
macam teringat lagi panjat tebing surau.
tak hilang pon lagi penat kem ncia. 
bukan baru je ke cat dinding maktab.
apa cepat sangat ni wuwuwuuu. 

20/6/2011 - 20/6/2015

hari ni anniversary kami sebenarnya.
kejap je dah tinggal tiga sem lagi.
my five and a half years journey is soon to be accomplished dah pon.
terasa sebak pulak wuwuwuuu.
satgi nak kena check result sem lepas. mmmm down, tk naik pentas dah rasanya.
maka, sblm saya down check result satgi dan berduka lara,
rasa nak throwback, izinkan please. hiks.

2011




2012

2013



2014 


2015

magic kan? semua dah gebus gebas cuns melecuns. eventhough pakat pakat tengah perang dengan skin problems, tapi semuanya tak kalah bab melawa. sakan mak jemah sekalian ni.

dari total strangers sampai jadi family. ni la yang duk bergaduh duk melawak kasaq duk kata belakang duk pau duk perli kat twitter duk ambik megi, tapi sesungguhnya hat ni la hat bakal dirindui nanti bila dah abeh belajaq. saya sayang semua wajah ini, ini nikmat dariNya. 

madam dah tak jadi mentor kami. she suffers cancers. kami anak anak solehah selalu je melawat madam, so tak terasa pon macam she is not there. she is here. always.
2015, kami disajikan dengan dua kenduri classmates. akhirnya, ada jugak classmates yang break madam's rule; do not get married. hihi. two weddings in a semester, kami kekenyangan dan kegemukan. dan pastinya kejelesan, hiks. barakallahulakuma haizad dan pasangan. barakallahulakuma kaktun dan pasangan.



i just can't believe it. time flies soooo fast!
soon, orang lain pulak nak naik pelamin.
MasyaAllah.

15 Feb 2015

Reminiscence

The closest distance. 
The longest duration. 
The max interaction.




One question;
Will there be more?

Mungkin aku nampak bersahaja mengharungi detik janggal ini,
Tapi sesungguhnya hanya Tuhan tahu perasaan tak enak di hati ini. 
Denying feeling. 

When i first approached you to solve this issue, i never expect it will end like this. 
I expect we both can still be friends. 

Tapi aku tkdk hak memaksa. Kalau dah bahagia begini, maka beginilah. Nampak macam lebih bahagia begini. Aku je lah yg kena belajar menerima. 

May Allah ease. 

1 Feb 2015

Serba Salah

What did i do wrong?

Sumpah aku cakap, aku serba salah. 

Nak cakap banyak banyak ceria ceria, ada orang suruh stop. 
Takdak adab katanya, potong turn orang cakap. 
Buat spoil mood dia nak sembang. 
K aku senyap. 
Sebab mood aku pon dah spoil sebenarnya. 

Bila senyap, jadi tukang gelak pon ada gak consequences dia.
"Su hang ni hambar la, tkdk respon"
"Woi hambar gila respon hang"
"Lepas tiga minit baru hang nak gelak? Lambat gila respon"

Bila aku cuba hasilkan sesuatu dari vocal cord dan lidah aku, hasilnya pulak amat sadis. Rasa macam rela bisu. 
"Shhh shhh su nak cakap, beri laluan"
Takpa la, boleh gak jadi hiburan kawan kawan sekali sekala. 
Jalalludin hassan pon jadi hiburan, apatah lg seketui suhaiza kan. 


--We see smiles and laughters. 
But we never know what she have went through

Last week was a tough week. 
Actually, aku mmg sadis seumur hidup. 
I was distracted gila gila. 
Dia lagi, kawan lagi, customers lagi. Memang jenuh. 
Asyik jaga hati orang, hati kita terlanyak terpijak, terkoyak pon orang dah tak kisah. 

The question is; what did i do wrong?

When you think you have given all, give a  little more. 

Ni je aku pegang sekarang. 

Mulut yang koyak hati kita tu, kita suap dengan makanan, biar perut dia tak kelaparan. 
Mulut yang guris hati kita tu, kita suap dengan kebaikan. 
Mulut yang kutuk kita depan depan tu, kita sedekah dengan senyuman. 
Mulut yang bersangka buruk kat kita tu, kita balas dengan mendoakan kebaikan. 

Give. Give. Give. Give. Give. And give. 

Semoga Allah kuatkan tabahkan. After all, He is the one who hold our hearts. May Allah bless. 

Sekarang, ini je ruang aku menjadi diri sendiri selain di rumah. Thank you for this beautiful friendship kawan.