13 Oct 2013

ustajah instant


aku kutip status orang kat fesbuk. mungkin tuju kat aku, mungkin tak. tapi menarik untuk diulas.

soalan pertama:

siapa kita untuk menilai amalan manusia lain? layakkah kita menjadi penghukum agama?

hadam baik baik soalan ni. pikir dalam dalam.

senangnya nak herdik orang kan? adakah perempuan bertudung tak labuh tak berdosa kalau dating dengan boyfriend? perempuan tudung labuh je yang jadi berdosa kalau keluar dengan boyfriend ye?

sila pikir, pikir dan pikir.

aku benci orang yang sceptic, yang bias. yang nampak buruk kat orang yang cuba nak jadi baik. dia je yang baik dlm donia ni rasanya. dalam otak depa, kalau nak jadi baik, jadi sungguh sungguh sungguh. nak jadi tak baik, jadi sungguh sungguh. gitu rasanya. sedih dengan culture masyarakat sekarang T________T

***
bukan bermaksud aku tak kisah teguran orang, in fact hati aku masih hidup, masih terkesan bila diherdik, masih mampu tersentap. aku nampak niat baik penasihat ni. cumanya, aku tak suka lah bila simbol tudung labuh tu diperbesarkan. padahal yang buat salah tu, manusia. bukan tudung. what the --' tak kisah la tudung apa pon, kalau tak jaga ikhtilat still salah la kan. kenapa nak highlight si tudung labuh je. hm, bias gila kot ;P

aku sedar, bila aku dah pilih jalan ni, aku perlu istiqamah. mungkin salah aku sebab aku (isti'jal) terburu buru sewaktu merubah diri. ya, aku mengaku. aku paksa diri berubah luaran terlebih dahulu, bukan dalaman.

aku mula membesarkan tudung masa first day aku pi kem JDK Haluan. berbekalkan dua helai tudung bulat zaman smka, satu pink, satu purple yang kak aku kata macam cendawan dan tudung bidang 60' warna cream dgn hitam yang aku beli kat long wan, aku pi kem tu. tanpa sehelai pon tudung biasa. selama 21 hari tu, aku dengan tudung versi ustazah. penuh kepura-puraan, namun ketenangan diperoleh secara berperingkat. bila nurani disuap dengan ilmu.


alhamdulillah.

aku istiqamahkan benda tu di kepala. dan aku tambah koleksi. lalu aku hapuskan tdg kecik, dengan cara bagi kat sepupu dan seorang kawan aku ni. begitu juga setokin di kaki ni.

balik kem siap mintak clash, siap tukaq nombor. pergh. mula nak jaga ikhtilat.

cuma silapnya, tak istiqamah bila mula masuk maktab.

bila dah tak istiqamah, dapatlah imuniti daripada dosa.

dan inilah jadinya.

***
tapi at least, aku cuba jaga aurat, walau aku tak mampu jaga ikhtilat. get it? ke org yg buat statement "baik tayah pakai tudung labuh kalau asyik keluar dengan boyfriend" ni nak aku tayah jaga aurat dgn ikhtilat sekali gus?

ya, kadang kadang aku pikir, aku ni macam memburukkan nama tudung labuh. adakalanya, aku pakai tudung biasa, sbb aku taknak para ustazah malu dengan sifat huha huha aku. ya, mungkin aku akan dicop liberal. tapi, tudung biasa ke, tudung indon ke, tudung serban ke, asalkan tutup aurat, ok la kan? ke statement aku salah?

mesti ada ustazah yang akan sceptic. ya, ya tudung labuh awak lah yang paling sempurna. ya. tudung biasa tak sempurna. bersyukurlah, at least kawanmu masih bertudung. maklumlah ustajah instant. jangan nak isti'jal dalam berdakwah, kelak adik adik yang dinasihat tu jadi muak dan meluat.

at least, aku sendiri ada kesedaran atas perubahan diri aku. aku taw sejauh mana aku dh cuba jadi baik selama beberapa tahun yang lepas. takkan semua pon nak kena tunjuk dan cerita?


***
payah bila orang asyik nak menghukum. mungkin hati manusia can-see-through, nampak jelas semuanya so bebas untuk diberikan penilaian :P

kalau ya pon hati ni lutsinar, tak rasa ke nak tengok hati sendiri dulu? tettttt ;P

---------------------------------------------------------------------------------------

nak tutup mulut orang tak bole. so solusinya, kahwinilah aku :3
argh! lambat lagi
nak hadap mentaliti orang dewasa pulak dah nanti "kahwin muda bnyk masalah"

so how??
damn it.
malas pikir apa org nak kata.

because people will never understand

6 Oct 2013

imuniti daripada dosa

bismillah. 

aku manusia.
usul kata manusia, na-si-ya iaitu lupa.

patot pon, betapa lupanya manusia. 
aku lah manusia tu -..-'

hm, kali ni jari terasa nak menulis sesuatu yang bermakna sikit. asyik tulih merapu ja, dosa ja la yg dapat. mengeluh tak kira la dlm post sebelum sebelum ni. wuwuwuwuuu, mau kena tiibai sikit ni. harap harap post ni memberi makna kepada diri sendiri ni terutamanya sobs.

imuniti, kalau ikut tafsiran budak yg dah tak belajar science macam aku ni ialah antibody yang bagi kita satu kekuatan untuk halang bendasing yang mengganggu gugat urusan kita dalam nak buat sesuatu benda tu, which should be good. 

aku bg anologi yang mudah.

hari hari kita makan nasi. nasi tu nak elak kita dari sakit perut.  so kita akan makan nasik hari hari sampai kita dah immune dengan makan nasi dan kita dah seronok tak rasa lapaq sebab mkn nasik. 

unfortunately, malangnya, bila kita dapat imuniti daripada dosa bukan nasik T________T
dosa yg meng-immune-kan diri.

astaghfirullah ala'zim.

ini kisah hidup aminah. tiada kaitan dengan hidup dan mati --'

awal awal nak start buat salah, rasa takut takut. nak texting texting, calling calling mula mula tu, control control taknak orang taw, dengar. pastu rasa okay kot, normal je kot kalau contact kot phone. so, first immunity built.

bila dah dapat immunity, dah mula la rasa tak segan silu nak dedahkan nama si dia kat phone. kan? pastu bila orang ternampak nama dia naik incoming call, aminah pon dah takde nak cover cover dah. dalam otak pikir, kalau cover pon, org ramai dah taw dah pon, so naik la benjoi satu, macam ikan flower horn . dah dapat immunity la katakan.


alang alang orang dah taw dah, why not kita keluar pegi makan makan. ala, makan je pon, plus dengan kawan kawan. apa orang nak kata, kata la. dengan kawan kawan sekali kot. kan?

second immunity built. tanduk satu tumbuh. binatang apa eh tanduk satu? err. sorry takleh recall huuuu. 

pastu dah berani keluar sendiri sendiri je. malu malu, tapi beranikan diri jugak. sbb bila takde gangguan lagi la senang nak sembang, borak borak. tanduk dua. tanduk lembuu. dari makan makan dah jadi jalan jalan.

-..-"

and list of lagho continues. dan menjadikan aminah a changed person.
hm, which is not good.
sebab imuniti dibina daripada dosa.
kekebalan diperoleh hasil kekerapan membiasakan dosa.
dan ia melalaikan.

astaghfirullah.

emm, mesti ada yang akan kata

"eh, takkan sedar saja kot aminah tu? tak reti nak taubat ke?"

berdasarkan temu bual aku dgn aminah tu, dia bukan taknak jadi baik. dia nak. cuma, keadaan dah terlalu jauh untuk dipatahbalik. dia dah tak bole nak tinggal semua ni. skrg dia cuma berharap dia akan dapat disatukan dgn izinNya. dia tengah cuba la tu. dia yg cakap.

apa kata kita doakan yg terbaik untuk Aminah, daripada kita mengutuk dia. doakan dia diberi taufiq untuk mempertahankan iman. Allah bagi dah hidayah, cumanya belum cukup kuat untuk laksanakan apa yg patot dilaksanakan. menanti dan mengharap ada sinar jodoh dlm masa terdekat sama. 

tamat cerita aminah.

tujuan aku menulis ialah untuk nak peringat diri sendiri. huuu. sebab aku terjumpak ayat ni.
sekiranya kamu tidak merasa lazat dalam beribadah, bermakna hatimu sedang sakit. seperti lidah yang tidak merasa lazatnya makanan ketika sedang sakit.
gasp.

tetiba aku teringat aminah dah lama tak turun dengar ceramah, dah selalu skip baca alQuran, dah tak qiamulail lama dah. oh ya, bulan puasa hari tu pon tak full terawihnya.

Oh Allah pity us, for the hearts are ill, heal them please.