29 Sept 2013

a fulfilled promise

terima kasih sebab tak cakap kosong.

akhirnya. setelah berbulan bulan menanti janji dikotakan.

ni hadiah yg dijanjikan - sebab tolong dia waktu ulang paper language description.

sebab takmau aku marah dia dah letewww


bukit mertajam-kuala kangsar-taiping-butterworth

pelik kan aku ni. dah ada kereta teringin pulak nak jalan jalan naik ekspres rakyat :3 hoho. takpe la sekali sekala bajet indie. bole bawak en ahmad canon jalan jalan sama. okay, canon 60d aku diberi nama ahmad. classic tak, euww. sebab nak dapat dia punya la susah, aku rasa dia baby boy. kot. huhu. gender streotyping

kami naik prebet free, hehe tenkiu aizil pagi pagi dah pi hantaq kami pastu naik ekspres rakyat yang baru buat tu, sampai kuala kangsar. dari terminal tu, aku dipaksa berjalan sampai ke terminal bas. kejam tak? T_________T indie katanya huuu. dahla panas, pastu beg dia, dia letak dalam beg galas aku. tak romantik langsung :P 

tengok bas ekspress pi butterworth macam lambat sangat nak bertolak, so kami bantai jelah bejalan tanpa planning. makan makan kat tepi sg, pastu snap snap. banyaknye kucing je dlm dslr ni :3



pastu naik bas lompat pi taiping. dengan hujan tempias, saboo jele. pastu kat taiping, solat, makan makan, baru la naik teksi pi ke terminal kat kamunting. sampai situ, beli tiket bas ekspres balik butterworth. sampai butterworth, nak mintak prebet ambikkan, tapi prebet duk ada kat bagan ajam, so kami naik teksi rm12 pi bagan ajam. macam tak caya ja semahal itu huhuu. 

hasil pjalanan yg indie sgt ni, aku sakit kepala. dan macam nak demam. 

tapi lega dan seronok sangat, tambah tambah semua perbelanjaan ditanggung oleh banker :D
nasib la, dia yang berjanji. ngeee. 

tenkiuuuu awokk <3
macam minion kan?

tambah letih bila dengaq hujan pukui 1pagi smlm. huuu. nyesai tak angkat siap2 waktu dah smpai maktab smlm. bajukuuuuuu!




26 Sept 2013

selfish

selfishnya aku ni.

------------------------------

aku ingat nak pi ambik dslr tu hari ni, since smlm pakdin kol aku 3kali. kali ketiga baru aku angkat. sebab aku ingatkan tu kuncu kuncu puan hamidah yg nak paksa aku masuk pidato smlm, huuu. gini dialognya;
oh, ingatkan dah taknak dah. kot la nak sedekah rm1400 tu kat kami.
dak la, saja ja tanya. sebab ritu kejan kami sangat, ni nak kejan depa balik, he he
bila dengaq memang rasa macam 'eh dak aih, depa melawak ja tu', tapi setelah aku melakukan telepati dan empati, aku paham yang depa memang rasa bengkek. sebagai owner kedai, aku akan rasa benda yang sama pakdin tengah rasa bila mana customer janji nak beli barang, tapi last2 mendiamkan diri begitu saja. berat nak overcome perasaan kecewa itu. duit yang disangkakan nak masuk rupanya tak jadi masuk. kusangkakan hujan hingga ke ptg, rupanya panas di tengahhari.

correction: ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tghari. maap,

tambah pulak, kita ni beriya iya sangat waktu nak membeli tu sampaikan berurusan di tepi jalan sempit, di tengah2 pekan cina pada malam pesta tanglung. oh sangat lah desperate. pastu bila bnda dh smpai, takmau pi ambik pulak dah.

ni la janji melayu nama dia.

maaf pakdin. busy. dan jauh. dan macam macam lg

-------------------------------

sebabtu aku decide nak ambik hr ni. hm.

sekarang, waktu ini, aku sebenaqnya kat bilik, yang berkunci dan tak berkipas. takut kantoi dgn hep. huhu depa buat rondaan untuk kejan orang pi ke dewan. ada mjls penutup. hari ni intan pi ambik hadiah pidato smlm. dia dpt nombor satu. tapi aku tak pi pon, jhtnya

aku ingtkn dapat la nk lari pi kedah ptg ni, rupanya tak jugak sebabnya dengaq kata gate dikawal rapi. memang tak dapat la aku nak lari.

penat ja cuba nak escape dua benda hari ni!

------------------------------

sbnqnya ptg ni tak free pon. ada dua hal;

satgi mr kamal nak jumpak. untuk dengaq update pasai program bulan dpn tu. hm, aku kena brief pasai spelling bee. aku takpi.

pastu ptg ni puan rohaya nak buat pemilihan netball, dan semua budak sem 2 kena turun. aku takpi jugak.

------------------------------

mula mula, aku rasa hari ni bukan hari yg sesuai untuk ambik kamera. sebab meeting mr kamal ni penting, pastu aku pulak ambik netball sbg gerko aku sem ni. aku patot pi pemilihan. in fact ni benda yang aku rasa macam nak. aku teringin nak main petang petang. nak jadi player maktab jugak, huuu. aku nak try bnyk benda.

emm aku taknak la menyesal mcm smlm sbb lps peluang pidato.

kalau dah taw benda tu penting, kenapa aku takpi ha? ni duk cangok dlm bilik. haish, sebab hazmyr kata benda tu takpa, ni janji dengan org pasal barang beribu2 ni yang penting. aku dalam dilema. so aku pon tak bergerak ke dewan tadi. dan sedang terperangkap dalam bilik, ketakutan. nak pi tandas pon takut. haha. tahan la smpai depa sudah majlis kt dewan tu,

--------------------------------

pukul 4.15pm. aku still kat bilik jugak. sebab tak bole kluaq dr mktb. aku pon tak paham apa akan jadi lpas ni. jadi ke tak pi alor staq? klu jadi pi, ada ke pakdin kat kedai? apa aku nk buat waktu dpt dslr tu? apa cara yg betui check dslr? err. sempat ke km balik mktb balik? malasnya nak pikiaq. sebabtu aku duk ja kat bilik. diam diam.

sbb skrg, sbnqnya aku tgh frust gila. mula mula rasa nak marah hazmyr, ya la, mesti la ada rasa nak salahkan dia sbb semua bnda ni dah menyusahkan aku balik selama seminggu ni. bayangkan klu sabtu lepas pi dgn zul dh, tak jd semua mslh ni.

tapi tu tadi. saat ni, aku dah rasa malas nk participate dlm apa apa perasaan pon. aku nak biaq ja semuanya. aku duk dalam bilik yg panas ni, tapi hati aku tenang. aku dah taknak marah hazmyr. sbnqnya, dh tak larat nak marah. sbb sian jugak. takkan nak blame dia spnjg masa. dia dh cuba untuk jd yg terbaik. aku patot lebih bersabar. tggu jelah semuanya selesai, kalau sempat, pi la ambik. klu tak smpt, nak buat mcmna. ngadap la pakdin lagi skali.

--------------------------------

buat sementara waktu ni, aku di bilik sahaja.

ya, aku selfish sangat. kwn2 lain msti ada hal jugak. mst masing2 ada masalah jugak, tp depa bole ja turun. kenapa aku tak?

awat aku tak kuat? kenapa aku cepat melatah bila dpt mslh? kenapa aku mcmni?

aku tak kira. hari ni aku akan settlekan jugak hal kamera ni. sian kat org kedai, sian kat hazmyr jugak sbb selalu kena marah.

--------------------------------

kawan kawan, maaf. aku selfish. sorry. mungkin hampa rasa benda ni kecik, aku ja buat teruk. ya, aku pon rasa bnda yg sama. mungkin aku mmg tak kuat dan tak sabar dan tak pandai hadapi dugaan. asyik nak lari ja dari tanggungjawab T__________T

tapi, sejujurnya benda ni aku rasa berat sgt. dan aku menyesal sebab terlibat. tapi, aku tak harap org paham pon. sebab aku rasa bnda ni remeh ja bg hampa. bg aku je la yg berat,

------------------------------

I shouldn't have denied my instinct.

patotla aku ada 'rasa' itu. ujian nak datang rupanya.

intan nasihat suruh pndg ujian ni dr segi hikmahnya. benda susah dpt, harap2 kemanisannya terasa. ameen. dan ni juga peluang untuk aku mematangkan diri dlm skil penyelesaian masalah. wuwuwuuu :'(

betapa bnyknya dugaan nak pi ambik dslr sebijik ni! aku nak gigit dia bila dh dpt satgi.





dear silent reader,

i know you're reading this. you may read my story, you may have your own interpretation, but please don't judge me. i don't ask for your sympathy, i don't expect you to understand me, i just need you to know that it is a must for me to write here. to make sure that i'll be fine. bukan nak cari simpati.

i hope you don't mind.




25 Sept 2013

gastrik.

currently, i am having gastric.

actually, pretending to be.

---------------------------

aku kena masuk pidato integriti. dan aku takmau. so aku sedang sakit di bilik. (ngehngehngeh)

untuk bmk, kami punya esaimen ialah berpidato. takpe la, dah nama pon esaimen, mesti la pulun buat betui2. menyesai pulak rasanya. i should have done a hambar pidato that day. pastu lecturer tu suruh masuk pidato integriti. sebabnya program tu takdak sambutan. as anak murid, kami tiga orang dipilih untuk meramaikan program.

dalam kekusutan yang melanda serentak ni, aku hilang fokus. so, aku jadi takde mood pon nak pidato segala mak nenek ni. nak prepare teks lagi. sobs. malassssssssssssssssssssssssss. maka nafsu menghasut akal.

sebab tu aku sedang gering di bilik. i've told the ajk that i cant jon the programme. dia siap ckp take care lah, dont worry la. huu. rasa bersalah pulak. i am so sorry, i really dont like to do thing unwillingly. pidato dgn bahas sangat tak sama. tak reti cakap sorang sorang T______T

nak jadi cerita, boleh pulak depa wajibkan student batch aku semua pi program ni. kehadiran diambil. so, aku? makanya gastrik ni menjadi upacara ponteng kelas.

then, nak tambah kusut lagi, bole pulak lecturer gerko nak buat replacement kelas kejap pukui 3.30 ni. aku kan gastrik, mcmna nak pi kelas gerko? erk. aku tak paham kenapa benda ni bole bertindan tindan.

pastu, pas asaq ni ada usrah dengan ustaz sheikh ngan kak fizah kat pantai bersih. tapi hat tu takpa la, sebab kalau gastrik memang kena pi makan makan. hehe

dan agenda yang terutama aku sekali lagi dah terhalang. misi mengambil dslr. sobss. smlm dh dia sampai. smlm ada piano. hari ni ada mcm2. esok ada mr kamal nak jmpk. i am so sorry syg, mama will take you as soon as possible. if possible. huuuuu.

--------------------------------

emm. dia rasuah aku guna benda ni. say hi to cik pah :)



lihat lah kaki saya yang pendek dan bulat ini

men are good in apologizing.


23 Sept 2013

dia tak peduli.

dia tak peduli.

aku: boleh kita bckp?
dia: skrg tak bole lg, maaf

padahal waktu ini, hati berperang dengan otak. hati cuba memberi peluang, melanggar rasional si otak. kita pulak yang ajak dia bckp -- dah ngokngek sgt, tak reti ke mintak maaf ha? laki.

aku taw dia tengah tengok bola. alhamdulillah MU kalah. padan muka.

agaknya soal perasaan aku, ibarat dateline esaimen LGA yang dia selalu tangguh tangguh tu. tangguh pon, dr siti terima jugak.
mungkin dia amat pasti aku takkan ke mana mana. pendek kata, dia pasti aku milik dia.
marah ke, pukul ke, jerkah ke, tengok esok ada je lagi org tlg buatkan esaimen.

sebab tu dia boleh suka hati nak berbaik dgn aku dgn cara yg sgt mudah. dan murah.

buatkan refleksi.
kalau taknak gado, buat laporan ajk mknn. nt tak gado dah. org dh pdm dh post smlm.

siapa aku? hati aku ini apa? setelah dua hari boikot aku, letak dp yg melabelkan aku sbg sgt kejam dan sundal, dengan mudahnya dia berpatah balik dgn tanggapan aku ok ok je.

ok ke aku ni?

aku senyum. aku gelak sekali bila cerita kami jd bahan lawak. tapi dlm hati, aku saja yg rasa.
benda ni mgkin nampak lucu. lucu. tp lucu lucu pon, deep inside, it'd killed me. bunuh rasa.

kadang kadang aku terfikir,

kenapa aku perlu ada waktu dia perlukan aku, sdgkan waktu aku memerlukan dia mcm skrg, dia ignore.
kenapa aku perlu bantu dia dr aspek pelajaran, sdgkan aku dikatanya istidraj.
kenapa aku perlu maafkan dia, sdgkn dia tak pulihkan keadaan semula pon.
kenapa aku perlu stay, sdgkn dia berterusan menyakiti.

-----------------------------------------

he took things for granted all this while.

and he will. forever.

because that's him.

-----------------------------------------

dan kenapa benda ni berlarutan.

because i've been soft.

all this while.

and i'll not be. anymore.

because i'd lost that feeling.
that's so called love.

awak pon sedar kan 'kedinginan' antara kita?
sorry. dah takde apa yg kita bole buat. su dah cuba, tapi rasa dah takda.

-----------------------------------------

goodbye. hope you'll learn something from this.

i need not you to turn back. let's move on. without each other.

-----------------------------------------

distance is just a test to see how far love can travel.

so, we'll see.

i shouldn't have let this feeling started.
currently, i hate you.



21 Sept 2013

abah, abah kat mana? T______T

manusia buat salah. memang.
tapi salah la kalau asyik nak ulang kesalahan.

dia tak serik. rasa bersalah mungkin pernah, tapi tak penah insaf. tak berhenti dari mengulangi salah yang sama.

dan sampai bila benda ni akan berulang?
aku dah penat.

-----------------------------------------------------------------------

canon 60d
menatang ni. impian aku.

bila benda tu berkepentingan dalam hidup aku, mesti akan jadi isu. aku tak paham kenapa. hm. sebenaqnya aku dah start kumpui duit lama dah. dan dah cukup dah pon simpanan aku tu waktu raya hari tu. semuanya dah kuberitahu waktu cuti hari raya ritu. detailed. dia pon dah maklum yang aku nak pi kedai pakdin tu dengan zul. tapi kenapa dia nak marah pulak tetiba?

silap tak beli ja waktu cuti raya. kalau tak, semua ni tak jadi. nak jadi cerita, waktu cuti raya, kak nak guna duit, sbb dia dah terbook kereta sebijik, pastu takdak duit nak bayaq muka kereta. kita tengah ada duit, takkan la taknak tolong? kak sendiri. aku pon serah duit. hmm.

tunda punya tunda, janji dengan zul nak pi hari ni, 21/9 hari sabtu. dah janji. zul pon balik kampung minggu ni. hmmm.

tapi sebab kena marah semalam, semuanya berubah. 

aku kena marah sebab dia kata aku tak gtaw yg aku nk pi kedai aloq setaq tu dgn zul. pdhl aku gtaw dah, dari cuti raya lagi. hm. 

mcm biasa, nak beletiaq marah kat aku depan classmates. sumpah bosan. tak cukup lagi kot memalukan aku depan classmates. aiii aku ni sabaaaaq ja selama ni. nak melawan, nant aku yang mati kena bunuh. hm. cukup cukup la buat aku jadi benci. tolong. bukan takat buat aku benci, buat aku menangeh meraung lagi. mulut dia memang dahsyat. tapi tara tu pon dia kata aku jugak yang jahatnya. jeles tu aku paham, tapi kenapa sampai teruk sangat hukumannya? bukan ke dia penah buat benda yang lebih dahsyat dari ni? at least aku tak main kayu tiga. sapa ntah yang penah -- 

ingat aku sundal ke? aku tak penah menagih kasih lelaki yang takdak kaitan dengan hidup aku. in fact, aku akan usaha untuk berdikari. aku sedaq aku sapa. aku anak yatim. aku takdak abah yang bole tukaq minyak hitam kereta, so aku buat sendiri kat kedai cina dpn taman ni. tak kisah la kena katok ka apa ka, asalkan tak hutang budi dengan dia. nanti mula la sesi mengungkit budi. sumpah tak suka dengaq. tapi ni gajet. DSLR. benda yang aku tak penah ada. benda yang aku tak penah sentuh lebih 20kali pon rasanya. benda yang beribu riban, mesti la nak mintak pertolongan pakar. kalau dia pakar, aku pi dengan dia. tapi, dah sama sama tak pakar, salahka nak mintak tolong yang pakar? kita jgn jadi bodoh sombong --

sebab ikutkan bebai dia, aku cancel dgn zul. bila dh cancel tu, kena marah jugak. tak paham aku. mula la perangai dia - mengugut. cukup sakit hati ni. 

"esok pi dengan zul jugak! kalau tak dua ribu awak tu terbang ja. tengok la apa jadi kat cermin keta awak."

lepas dah cakap "pi la, tapi kalau jadi papa tgh jalan, jgn nak tepon mai kat sini", lepas dah sebut eksiden la apa la, lepas aku dah cancel keluaq dgn zul, ni yang dia nak cakap?

supportivenya. so much.

aku yang sedih, aku yang mengalah. aku kata, takpa, aku taknak beli dah. tapi dia mengugut lagi. macam biasa, aku yang akan mengalah. "okay, biaq  kita pi sama sama. tayah pi dengan zul".

so semalam kami pi aloq setaq. malam. naseb baik dia mintak tolong pakwe ilani bawak kami pi jmpk pak din tu. sebabnya kedai kat sentosa tutup smlm. pi je la jumpak pakdin kat tepi jalan. kat pesta tanglung katanya. 

silap aku tak tgkp gambaq situasi mlm semalam. kalau tak, clear sikit gambarannya. gerunnn

kami parking tepi jalan ja. betui betui tepi pekan cina. pastu blkg kami ada kereta polis dgn polis ramai ramai. bayangkan, beli dslr mcm beli dadah. deal tepi jalan. sembang sembang, dapat harga body rm2350 + kitlens 15-55 jadi la rm2750. 

terkejut. sumpah. tak sangka la sampai rm2750. sebab aku bajet nak ambik import set ja. kalau import punya, total baru rm2499. tapi ntah, sembang tepi jalan, dengan kita tak paham banyak benda, kira angguk je la. hmm. tapi okay kot sebab local ada warranty. ye tak? apa apa je la. huuuu

aku target nak angkut terus 60d tu, sebab zul kata stok ada, tapi kenapa pakdin kata takdak, kena order. sumpah aku mcm gelong ja mlm smlm. ikut ja orang kata, bayaq half, rm1400. dah mai kan, takkan taknak kira siap siap. lagipon aku sian kat mira dgn lani sebab depa terlibat sama dalam hal ni, depa mesti duk kalut nak balik rumah dah waktu mcmtu. dh lmbt. aku pon bayaq.

aku redha ja ni. sebenaqnya aku tak penah pgg pon lg model canon 60d before. aku baca review ja. aku taw la yg dia semi-pro dan warna hitam. tak penah pgg. taktaw berat tara mana. taktaw papa. ibarat nikah tanpa perkenalan. perghhh. first time kot. cinta selepas nikah la kiranya ni. wiwit. nanti i kasi u nama ye canon 60d. kita akan jumpak beberapa hr lg. seronok ke aku ni? macam dh tak feel seronok tu sebenaqnya. hm.

kami balik maktab, dengan 'kedinginan'. tanpa dslr di tangan. dengan kemenangan di tangan dia. untungla ada awek yang mendengar kata. sangat.

'air yang tenang usah disangka tiada buaya'
rebel
pagi ni aku bangun dengan harapan dia akan bawak aku jalan jalan. dah dia bising sgt waktu taw aku nk pi aloq setaq dengan zul pagi tu. minggu lepas pon bising cakap aku takdak kat maktab hujung mggu, tak bole bejalan. dah aku ada ni, takdak apa apa berita pulak. aishh. dah nak tengah hari, baru nak contact. nak ajak pi sunway. 

sunway ja? ooo. kalau keluaq dgn zul pg ni, tak sempat eh pi sunway?

ingatkan nak jalan jauh ka apa ka yg smpai tak menyempat2 pi beli kamera semalam. ai aku laaa. hat semalam pon dok simpan tak sudah lagi dlm hati ni. mai tambah lagi. memang syok. dengaq pulak dia nak hantaq org lagi pg tu. sah dah tak jalan jauh kalau dah satgi kena ambik org tu kalau depa nak balik maktab. 

baik aku balik rumah, aku balik sungguh.

so, apa aku dapat akhirnya? tiada dslr, tiada jalan jalan

the end. 

-----------------------------------------------------------------------

tambah sakit hati bila zul clarify kekusutan. rupanya dia kata stok ada tu kat kedai pakdin yang kat perda. cantekkkk. benda duk ada kat perda, gagah pi aloq setaq. kena pi dua kali pulak. minyak dah la murah gila. memang tak sakit hati pon. kalau la tak gelojoh aishhh. 

oo, aku kena marah sebab dia jeles aku nak pi kedai kamera dgn zul kat PERDA tu eh? jauhnya!

damn it. semua ni tak patot jadi!

---------------------------------------------------------------------

ini mesej ku padanya:

tayah nak kol su kalau setakat nak menyalahkan su. su bertindak semua dengan emosi yg marah dan kecewa semalam. cukup2 la mempengaruhi hidup su. tlg biarkan su bebas explore dunia yg su suka dgn sp yg su nak. jgn nak sentap. kalau nak turut serta, penuhkan ilmu di dada, baru la awk bole jd tempat rujukan tiap masa (1:47pm)
so ini lah yang aku dapat.

sentap pulak dia. ni sapa yang patot marah ni? dia kalau marah, sumpah aku eksiden, mati la apa la. aku cakap jgn pengaruhi aku ja pon, dah sentap sgt. 

kiranya nak kata aku istidraj la ye. hm. baik.

*madam bengong, katanya kami tak bole ambik muzik jd minor. whaat? memang murah pon kelas piano. tambah sakit hati.


memang. su dah cuba sehabis baik tak susahkan awak. tayah dahla duk ngungkit sgt. kalau su ngungkit, awak sakit hati kot.


abah, ija rindu abah! jom teman ija beli dslr T_____________________T


------------------------------------------------------------------------------------

dia tahu aku sensitif, tapi mcmni jugak layanan dia. kenapa? sampai bila? 

mungkin kita tak patot bersama

1 Sept 2013

su, hang ambik masa berapa lama untuk lupa?

hari: jumaat
tempat : dalam kereta
situasi : hantaq depa pi jeti

annis tanya aku,

su, hang ambik masa berapa lama untuk lupa?

aku pon digest soalan ni. aku taw maksud dia bukanlah lupa, tak ingat teruih. maksud dia lupa yang tak sedih dah. rasanya.

on the spot, aku tanya hati aku. aku lupa dah ke? T_________T

mustahil untuk lupa lelaki yang membesarkan kita.
see, baru tulis satu ayat, ayaq mata ayaq hidung dah kalut nak keluaq --

in fact, aku tak penah lupa. sebenarnya, sampai sekarang kalau kawan kawan cerita pasal abah mak depa, aku akan turut bercerita menggunakan frasa "abah aku pun...". aku tak guna pon frasa "arwah abah aku pun dulu...".

T__________T

annis, memang kita takan lupa. cuma, kita kena face jugak benda ni. aku mungkin lebih bertuah, Allah bagi masa kat aku untuk bersedia kehilangan abah. abah sakit lama dah, since januari 2011. Allah bagi aku peluang untuk berbakti selagi ada kesempatan, selama 1tahun 5 bulan. tapi, dalam tempoh masa tu, tak banyak benda yang aku buat. skrg aku menyesal tak manfaatkan masa yang Allah bagi untuk aku dan abah.

tapi satu benda yang aku rasa tak menyesal sangat sebab at least aku dah buat;

cium tangan abah, cium pipi abah, peluk abah before naik asrama.

T______T walaupun hanya sempat buat benda tu beberapa kali sebelum abah meninggal.

tapi hang annis, aku yakin hang manfaatkan peluang bersama abah hang sepenuhnya selama 20tahun ni kan? insyaAllah abah hang redha hang sebagai anak dia :')

aku, aku awkward nak tunjuk kasih sayang. aku tak reti. aku fail. padahal waktu kecik, punya la rapat dengan abah. ikut abah naik moto vespa pi sana sini, naik morris minor pi jalan jalan. lepak kedai kopi pon nak ikut. abah suka ajaq membaca waktu tadika. ajaq baca 'bun' sebagai ban, which is soo hard sebab aku refused nak sebut ban, aku sebut bun jugak, huhu.

things worked better when i was a child. bila dah jadi teenager, hmm. T______T

aku selalu rasa macam abah cari salah aku. macam, kalau abang buat, takpa ja. aku buat tak bole. aku selalu rasa macam abah nak nasihat abang sebenaqnya, tapi marah aku. ntah la. jiwa remaja. aku rugikan masa remaja aku. menyesal. ija mintak maaf abah T_T

aku pon ambik masa lama jugak untuk lupa. payah jugak nak adapt changes tu. tapi alhamdulillah, abah dah sediakan aku untuk menerima perubahan ni. waktu sakit, abah ajaq dah bawak kereta dan bagi aku bawak kereta sendiri pi maktab. sebab lepas ni aku tayah susahkan mak untuk hantaq ambik aku kat maktab. abah ajaq aku untuk bela tin milo tu, isi angin tayar kereta, basuh kereta, servis, check temperature dll. cuma aku yang acuh tak acuh, sebab aku rasa macam abah akan sentiasa ada untuk buat semua tu. tapi tak -- abah ajaq aku pi bayaq bil. pi ambik duit hasil kelapa sawit kat tokey tu. pi bayaq cukai tanah ngan cukai pintu. dan banyak lagi.

at least, waktu abah dah takdak tu, aku taw nak terpa pi mana untuk bayaq bil. time tu kan mak aku dalam edah lagi. dan aku reti untuk drive sendiri balik maktab. dan aku reti nak bela kereta sikit sikit.

aku cuba hidup normal macam orang lain. aku tak expose sgt apa perasaan aku kat kawan kawan directly. aku cuma update status kat fb ngan blogging kalau aku sedih pon. aku tak la approach depa then "su sedih abah takdak ni blablabla" sebab aku rasa aku kena kuat kot. susah la jugak. tambah pulak bila aku dpt sense kawan kawan mcm selalu serba salah kat aku. mcm nak ajak pi jln jln hujung minggu, tp takut takut nak ajak. maybe depa takut clash dengan time aku untuk mak aku wktu dlm edah tu. pastu wktu birthday aku, depa buat meriah dan sweet sgt, mmg aku rasa la "ooo, depa nak happykan aku. ehh aku dah takdak abah la birthday ke 19 kali ni" sobs, emo.




thanks kawan kawan for that birthday party. mengubat hati yang duka.

part yang amat meruntun jiwa is when mak mula mengosongkan almari abah T_________T

memang amal jariah, tapi beratnya hati nak bagi barang barang tu. rasa macam nak semua. huuuu. rasa macam nak kata; janganla bagi baju abah kat orang lain T_T mak bagi basikal basikal antik abah kat kak. semuanya. which makes me sooo awkward bila dah takdak besi besi buruk kat depan rumah huhu. waktu bagi bagi barang tu, memang sangat sedih.

lagi satu, aku akan jadi sangat sedih bila aku tak bole buat sesuatu. dan dalam hati aku akan kata "kenapa dulu aku tak belajaq dengan abah benda ni?" dan aku kena menagih simpati orang lelaki. contoh peristiwa adalah yang berikut: kami nak pi kuala nerang, nak hantar syifa balik rumah, dia nak pi umrah. pastu minyak hitam dah exceed limit. aku dah mula rasa gelabah. aku taktaw pon yang walaupun minyak hitam tu dah lebih pon dia still bole jalan. bila aku gelabah, pakcik gemok tu pon nak stress stress sampai marah marah aku T____________T aku emo, aku keluarkan monolog dalaman: "su takdak abah dah, kalau su ada abah su dah mintak tolong kat abah su, su tak harap kat awak pon" huhu. sepanjang jalan ke kuala nerang, aku hujan.

kalau aku dapat buat sesuatu pon, aku akan jadi teringat jugak. contohnya: aku dapat pointer yg aku pon tak sangka aku bole dapat. dan aku macam nak bukak phonebook, and dial nombor first dlm phonebook aku --
abah 019-4721671. no yang dulu aku jarang nak kol zaman remaja. dah hilang, baru nak cari cari.

lagi satu, aku akan jadi sedih jugak bila pakcik gemok buat aku rasa macam aku tak boleh mengharap kat dia. sejak abah takdak, dia macam tempat aku mengharap. tapi bila dia buat aku rasa hilang bahu to lean on, aku akan frust gila gila sampai keluar la statement "kalau abah ada.." indeed, abah kita marah marah pon, kita takdak la smpai rasa kita dibenci ke, depa nak buang kita ka. tapi bila pakcik gemok marah aku, aku pulak akan "abah su tak penah pon marah su!" siryes, abah tak penah angkat tangan pon kat aku huhuuu. contoh situasi: pakcik gemok emo kat aku sebab aku makan nasik goreng ayam dgn ayaq laici, pastu aku terlupa nak tanya "berapa rm nasi su tadi?" dan aku terlupa bayaq. patotla muka garang semacam. balik esok tu, dia kata "dahla makan nasi goreng ayam dgn ayaq laici tak bayaq, org ni mkn murah dr dia pulak nak kena belanja dia!"

Ya Allah luluhnya hati. teruih monolog dalaman sampai "abah tak penah pon marah aku makan mahai dari abah pon, dia bayaq ja apa yang aku makan. takdak nak ungkit ungkit dah" dahla aku tumpang makan sikit ja, sebab perut pon tengah gastrik waktu tu, dia pulak tengah lapaq sgt, aku bg nasik aku lebih dr separuh. aku bukan taknak bayaq, terlupa sungguh. taw la emo pon, tapi hmm. ntahla, mungkin aku yang terlebih sensitif mengenang nasib diri yang yatim.

pendek kata, takan ada yang dapat ganti insan yang bernama abah.

takkan sama.


*dan dan nak ajak makan. taknak dah makan duit org. serik. hm. i wish abah is still here


so annis, jawapan kepada soalan hang tu: su, hang ambik masa berapa lama untuk lupa?

jawapannya, tak penah akan lupa. belum penah berhenti sedih. kuat di luar, rapuh di dalam. huuu,
waktu balik dr funeral abah hang, sepanjang jalan aku hujan. semua sebab madam la. aku duk tahan dah ayaq mata, tapi madam pi bantai tanya "su, awk redha tak abah awk dah takde? kita kena redha" dush dush dush, terus hujan.

macam mana pon, life goes on. you're strong annih! eh, we are. hihi