14 Dec 2012

sila bawak aku pi sini nanti

1. JOHOR PREMIUM OUTLETS


teringin nak pi tempat ni. dengaq cerita barang barang branded kat sini dijual dengan harga yang murah sikit. ya, aku taw bukan la murah tahap boleh terbeliak mata, tapi at least dia murah sikit. sikit is better than tak murah langsung. kan? teringin jugak la nak cuci cuci mata ushar barang mahai :P 
teringat ada suatu hari dulu, jalan kat avenue, masuk kedai kedai branded, pastu tgk2 la bag, sentuh2, pegang price tag, MAK AIHH! ribu riban. gilos. bawak beg ribu riban pastu dalam dompet tadak sesen pon, buek maluu :P


aku ada aim. first month pay aku nanti, aku nak beli sling bag carlo rino satu. pleaseeeee. sling bag dia comel sangat. jadi, harap harap dapat pi JPO untuk beli beg ni :D

2. RESORTS WORLD SENTOSA SINGAPORE

uuuw, class kau maria, hehe. aku teringin nak pi singapore. mcm cool ja. tapi duit mau bergunung la kan. tunggu orang support je lah :P nak pi dua tempat ni:


UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
S$74/ adult


THE AQUARIUM
S$25.90/ adult

3. LEGOLAND MALAYSIA

best gilos kalau dapat pi main main kat theme park. genting highland dengan sunway lagoon pon aku tak penah pi sebenaqnya. sobss. seb bek lost world dh penah pi. takpa, nanti beranak pinak, aku bawak depa pi berjimba kat semua tempat yang aku tak penah pi lagi. tapi kalau duit tak cukup, aku bawak pi ayaq terjun dahla, haha.

RM140/ adult

4. I CITY SHAH ALAM

perak kan aku? i city pon tak penah pi. sobss. teringinnn. ada snow walk lagi, nyumnyum :D



5. TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

aku baca description taman botani dari sini. ingtkan ada taman iklim empat musim tu je, rupanya ada macam2. taman haiwan, taman hiasan, taman rempah ratus, taman kaktus, taman buah tropika. mcm marvellous gila. empangan macam2 jenis, pastu ada kampung budaya. boleh bermalam lagi kat sana. mesti gempak (kalau murah). kalau aku pi, aku nak berkelah, nak stay semalam kat sana. biaq puaih. pi time dapat bonus $.$ 

 

BULAN
KUTUB UTARA
KUTUB SELATAN

MUSIM
MUSIM
November – Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Panas (Summer)
Musim Gugur (Autumn)
Musim Salji (Winter)
Musim Bunga (Spring)


pokoknya, banyak aktiviti boleh buat sini. and as a nature lover, aku akan sampai ke tempat ni nanti.

-------------------------------------------

kalau ikutkan hati, banyak lagi tempat yang aku nak pi. memang banyak. banyak sangat. tapi cukupla kan sikit sikit. kang abeh fulus. 
p/s: hat yang dah baca post ni, usahakan la ye. su nak pi tempat tempat ni nanti :P

2 Oct 2012

gigi biruww

assalamualaikum. 

semalam aku pi klinik. dah berbulan jugakla aku tak ganti braces aku. malas punya pasal. aku pi pon sebab besi tepi tu dah mula nak terkeluar dr tempat asal dia.

bulan ni, aku kena pakai sesuatu that looks like getah. latex. getah tu smbung dari gigi atas ke gigi bawah. bila bubuh getah tu, automatically rahang gigi yang bawah rasa mcm ke depan sikit. obviously jongang tu pon nmpak susut sebab gigi atas dan bawah dah bertemu.
lubang gigi yang kena cabut tu pon makin kecik
adapting changes is not easy. and i face difficulties to adjust myself to the changes. rasa sgt lenguh muka ni. huhu. makanan, mcm biasa lah, mkn bnda lembut. smlm mkn bubur. hari ni tak pi pon kelas sebab rasa mcm sakit smpai ke leher. sobsob. hari ni pon dpt mkn megi goreng+telur sotong atas ihsan manusia prihatin. klu tak dah makan biskut sayur je td. sobsob.

iteww biruww laaa
pas buat gigi smlm, ada semi final netball. dengan getah di gigi mmg rasa tak selesa la jugak nak main kan. main first half je, then tukar reserve. sapa sangka reserve tu marvelous. hoho. kaktihah tahan bola senang je. tayah lompat pon dah dapat. tapi tak best bila tengok kawan kawan main sambil kena buli dengan kejamnya oleh segolongan manusia ni. haih. ingtkan, depa hat duk main kasaq tu hati keras, tahan maki. rupanya sensitip terlebih. nasib baik tak balas main kasaq jugak. boleh menangis pa. hoho.

kami bbudak tesl, join netball saja saja ja. tak aim pon nk menang. langsung. hari jumaat lepas, main 3 games. first game tu kalah. 7-4 kalau tak silap. then second game menang, third game pon menang. masa third game tu aku dgn carelessnya tak tgkp bola elok2, dan bola kena muka betoi betoi --' rasa masuk ke dalam gak la gigi aku. hoho. dlm bape saat lps passing passing bola tu, aku mula rasa mcm darah. aku pon tunjuk la gigi kat kawan aku luar padang. rupanya dah mcm vampire dah masa tu. hoho. besi braces, kena mulut, mmg buat luka la kan. tp bantai main sampai abeh first half tu then ambik air kumur kumur dan smbung main lagi. hidup me gusta! berbaloi injured sebab dapat nombor 3.

hasilnya:
mulut ulcer tambah gigi ketat tambah rahang lenguh.
memang terbaik.

err. dahla tak pi kelas, update blog plak dah. huhu. sunyi taw duk sorg kat bilik. dh la nk bukak mulut pon payah. pasni berat turun lg pa. dan mgkin akan jadi diam sikit pasni. hoho. blogging untuk hiburkan hati yg lara T_T

yesterday love was such an easy game to play,
now i need a place to hide away,
oh i believe in yesterday





13 Sept 2012

Wajah ala ala ustazah Jiwa ala ala teacher

assalamualaikum . wajah ustazah jiwa teacher

mai nak story cena aku boleh TERjadi ustazah. aku memang budak smka. tapi, aku bukanlah macam bdk smka sgt pon. sejarah hitam aku di sekolah kekal menjadi tauladan. haha, bajet macam dahsyat sgt la kan. takde la dahsyat sgt, tapi aku pnah la sekali dua kena pi bilik kaunseling disebabkan sikap aku yg rebellious nih T_T ada la satu dua cikgu yang memang streotype aku. malah kawan kawan. aku pengawas, exco disiplin pulak tu, tapi aku tak geng dgn geng exco. geng aku budak biasa. 18 org. aku tak macamni masa zaman sekolah. aku lain. aku TERjadi ustazah pon sebab aku ada pi satu kem. kat situ aku explore things n started to change. and it creates the new me.

i mean, this changes

now, i officially become a teacher tudung besaq. aku tukar penampilan aku sebab aku dah tanak jadi aku yang dulu. dengan harapan;

bila aku ubah penampilan, aku akan jauh dan dijauhkan dr pelbagai ancaman. 
aku jaga aurat sebab aku taknak jadi beban dosa kat abah aku dah.
aku jaga aurat sebab aku takut.
aku rasa rugi kalau kita tak pertahankan agama dalam diri sendiri sedangkan nabi n sahabat-sahabat menghadapi tentangan amat dahsyat masa nk bina islam dulu.  
aku jaga aurat sebab aku rasa aku kena izzah dengan Islam. kita kena bangga menjalankan syariatNya. 
aku jaga aurat sebab aku rasa benda ni tak berbaloi pon kalau langgar. malah menambahkan tempoh masa kita kat neraka nanti. tak berbaloi pon kan? baik tutup je.

 
aku bukan pakai tudung labuh sebab nak cari suami ustaz, in fact taste aku is laki yang biasa. bukan set set ustad. 
aku bukan pakai tudung labuh untuk dapat good impression.
aku bukan pakai tudung labuh untuk jadi org penting dalam gerakan islam.
aku bukan pakai tudung labuh untuk jadi naqibah usrah.

hakikatnya, aku kosong di dalam. cuma aku hiaskan luarannya. supaya, at least ada sesuatu.

HOWEVER,
manusia. manusia suka menilai manusia lain. 
manusia suka menilai berdasarkan pemerhatian.
manusia nampak salah orang lain tapi tak sedar pon salah diri sendiri.
manusia hidup memberi expectation.

"weh, dia tu pakai tudung labuh, tapi perangai tak sesuai langsung"
"weh, dia tu pakai tudung labuh, tapi tak penah pon nampak kat surau"
"weh, dia tu pakai tudung labuh, tapi kawan dengan laki jugak"

sila tukar dialog atas ni dgn tudung biasa, tudung indon, shawl, syria, bawal dan lain lain. penah ke dengar?

"weh, dia tu pakai tudung indon, tapi perangai tak sesuai langsung"
"weh, dia tu pakai tudung bawal, tapi tak penah pon nampak kat surau"
"weh, dia tu pakai tudung syria, tapi kawan dengan laki jugak"


penah ke dengar? malah ni yang jadi:

"cantik weh hang pakai shawl. jadi elok."
"sweet la dia dgn pakwe dia dalam gmbr ni"
dan lain lain

see? do you get what i mean? ni semua streotype rakyat jelata. and this type of expectation is killing me.

orang yang tak pakai tudung labuh tak semestinya tak baik,
orang yang pakai tudung labuh tak semestinya baik.

depends on hati.

kalau hati busuk, pakai cantik sopan cena pon, akhlak jadi busuk jugak.
pakaila apa pon. asalkan menepati syara'. 

kadang kadang aku rasa macam nak give up. ingat senang ke nak ubah diri jadi baik? nak tinggal benda yang kita selalu buat? tak senang. masa sem satu, aku rasa sangat stress sebab aku rasa mcm aku tak boleh get along dengan kawan kawan tesl. siryes. aku rindu diri aku yang dulu, tapi aku taw aku tak boleh dah masuk dalam lubang yang dulu aku pnah jatuh tu. lubang keseronokan dunia. aku sedar. aku kurangkan. at least sekarang aku dah ok la sikit. aku mula adapt changes.

tapi, bila ada yang condemn aku, desak aku jadi macam ustazah, paksa aku, aku mula stress. apa masalah manusia sekeliling nih? cakap pasal mujahadah, aku tak mujahadah ke? nak tengok aku duk kat surau 24jam baru tu namanya mujahadah ke? kalau aku tak mujahadah, aku kembali ke pakaian lama aku. 
manusia nilai manusia berdasarkan pemerhatian. seeing is totally different with knowing. hanya Allah tahu menilai ibadah hambaNya.

bagi aku, aku prefer jadi fleksibel. ini cara aku. bukannya aku cabut tudung pon --' 


  aku taw, nanti ada jugak yg condemn aku lagi. manusia, biasa la kan. asyik nak org jadi perfect.


5 Aug 2012

letak kat mana rasa hormat?

hari ni , sedih .
secara rasminya , nokia lumia 800 nih dah masuk dalam wishlist aku . kenapa lumia ? kenapa bukan samsung galaxy s2 ? well , mmg aku target antara dua tu . ntah la . suara hati yang membisikkan . lagipon , nokia promote lumia 800 dengan harga rm999 . rebate rm300 . taknak ke beli ? huhu . melelehh ayaq lioq .

yang nak jadi sedih tu , duit . sobs . kan baru beli lenovo . jadi akaun bank aku tgh tak ramai lah ahlinya . short lg rm500 . sobs . elaun , why you no come ?

makanya , terdetik la kat hati nak kutip hutang . well , ada hamba Allah ni berhutang rm350 dlm bulan 5 taon lepas . time tu , aku takde duit . tapi aku gagah gak gi tabung haji bawak keluaq duit untuk dia . sebabnya , aku anggap dia kawan . hmm . rm150 dah settled . tu pon selepas setahun , time abah nazak . time tu aku macam desperate sgt nak pakai duit , aku berkasar la jugak . yela , i was in a hardtime man . so dia bayar dulu rm150 . sebelum2 tu , mintak banyak kali tapi tak berjaya pon . hm , sedih . aku bukan jenis yg suka sgt nak peringat org pasai hutang . aku malu . jadi kalau aku mintak tu , mmg aku ada nak pakai la duit tu . haih .
aku : "hang boleh tak settle hutang bulan ni ? aku nak pakai duit la minggu depan"

dia : "ada aq gtaw ag x yg aq dpt ptptn 16/8???"

mak aihh , sentap . instead of answering me that way , could you just say
"weh sorry . taley lagi la bayaq mggu depan . ptpn tak masuk g . sorry weh . aku taw aku berhutang lama sgt . ampun . aku janji , dpt je ptptn nt aku bank in laju laju . aku tak pi shopping sana sini over sgt sampai melambatlambatkan bayaq hutang" :P
couldn't it be that way ? sakit kot hati aku nih . hang yg berhutang , aku pulak yg kena marah . pikiaq la sikit . kalau aku taw hg mcmni , aku tak tolong dah dulu . biaq ja laki tu kena penumbuk sedaih , settle . tayah susah2 bayaq rm300 kat cina tu . settle . anyway , laki tu dah tak dengan hg dah pon , tapi hutang hg dgn aku tak settle settle jugak . kalau hg nak kata hg susah , aku pon susah gak . hg ingat keta aku tu jalan pakai angin ka ? ehh , at least hg ada bapak lagi duk support hg . pikir la sikit perasaan aku bila hg jawab kasaq macamtu . sentap taw ak . dah meminjam , buat cara meminjam . jalan sana sini tak ingat pulak nak bayaq hutang . ni bukan first time . before this hg buat jugak . sakit taw tak hati aku ! aku dah taknak jaga hati hang . lantak .

tapi aku nak bagi sikit peringatan kat hang .

Sabda Rasulullah saw., "Bagi orang berkemampuan tetapi melewatkan pembayaran hutang adalah zalim, halal ke atas mereka dihukum". (HR Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban)
Sabda Rasulullah saw., "Orang mampu, yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman." (HR Bukhari)

aku baik kalau hg baik . tapi bila hg tak respect aku , aku pon tak hingin nak respect hang . goodbye my friend . aku tak kisah kalau hg baca blog aku . sebab hang pon tak reti hormat aku .

baca ni : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/06/bahaya-tidak-mahu-bayar-hutang.html


31 Jul 2012

kenapa harus bertahan



perlu lagi ke bertahan dengan kekecewaan ?

iftar , alone :'(


tu memang aku

nama aku Norsuhaiza binti Madzlan . N dgn M tu ja huruf besaq . s tu huruf kecik sebab rapat dengan the previous r . pasaipa ? jangan tanya aku . aku pon taktaw . dah memang lagu tu nama atas ic . umur aku 19 tahun . aku lahir 25mei 1993 . aku anak ketiga dari tiga adik beradik . aku tak mintak dilahirkan sebagai anak last , aku ditakdirkan .

aku ada hobi . hobi aku buat spoil . hari hari aku buat spoil . hari ni aku buat spoil lagi . memang kebiasaan , klu kat kedai makan aku akan tertumpahkan gelas aku . penah aku buat tumpah cendol . tapi hari ni aku hampir hampir terbalikkan meja . melayang jus tembikai dgn epal susu yg ada atas meja. ya , aku taw . salah aku . tapi tu memang aku .
kadang kadang , aku jatuh tanpa sebab . aku jalan dengan kasut flat aku yg sangat rata tu , and suddenly , aku dah bersimpuh atas jalan . ya , aku taw . aku cuai . aku tak nampak ada tangga sikit depan aku . aku salah . tapi tu memang aku .

penah sekali , aku jalan kat jusco . aku nampak kon yg ada rantai kuning tu . aku nampak so dah boleh bajet siap dah . aku langkah elok elok dah . tapi tuptup , kon tu terbalik . dalam duk pedo tu , boleh jugak kaki aku sadung rantai kuning tu . ya , aku taw aku yang salah . tapi tu memang aku .

raya time aku form berapa ntah , aku semangat tolong mak kat dapur. aku tolong potong bawang , mak suruh stop tolong . aku kan tak expert nak memotong bawang sehalus standard piawaian puan saadah . so aku tolong kacau rendang . kacau kacau , pup ! ayam seketoi jatuh ke belakang dapur . tak pasai pasai kena alih dapur sebab nak kutip ayam tu . aku fobia nak tolong mak masak dah . ya , aku taw aku yg salah . tapi tu memang aku .
kalau aku stress , aku membebel . kalau dulu , ada org suka dengar bebelan tu . tapi sekarang , takde dah . org meluat ada lah . siap kena marah balik . ya , aku jugak yang salah . tapi tu memang aku .

aku melatah bila kena cuit . kadang kadang panjang meleret . aku terkejut kalau dengar bunyi mercun . aku tutup mata kalau nampak kilat . aku lompat jerit jerit kalau nampak katak . aku taw benda tu tak harmful pon . mesti orang pikir aku saja gedik . ya , aku salah . tapi tu memang aku .

aku makan lambat . aku makan sikit . selalunya aku akan bercakap time makan , maka masa yg diambil untuk aku habiskan makanan akan jadi lama . mesti kawan kawan bosan tunggu aku . ya , aku taw . aku salah . tapi tu memang aku .

aku letak enset dalam poket jeans . aku masuk tandas , aku sedekah enset aku kat penduduk lubang jamban . ya , salah aku lagi . tapi tu dah memang aku .
   
kalau ikutkan , banyak lagi spoil yang aku buat hari hari sepanjang aku bergelar manusia di atas bumi yang penuh tipu daya ni . tapi kalau nak cerita sampai esok pagi pon aku belom abeh typing . mesej yang aku nak sampaikan kat sini , mudah ja . aku is aku . me is me . aku memang macamni . aku selalu spoil . aku trouble maker . aku boleh buat org marah . aku taw . memang selalu pon aku kena marah . tapi tu memang aku . kau tak boleh nak exclude kan mana mana characteristics aku dari diri aku . aku dah memang macamni . kalau kau rasa terbeban , kau tak tahan , its okay . let go . normal . aku dah biasa .as long kau bahagia .
siryes sedih tengok reaksi muka awak saat air tu tumpah . su tak sengaja . su mmg teruk . su taw su tak layak. arwah abah pon tak penah lemparkan muka benci macam awak bagi tadi . pilu . arwah abah tak penah paksa habiskan makanan . telan nasik rasa pasir . you've changed . a lot . if only you can see my tears , if onlu you can hear my voice , if only you can understand my silence :'(
muka masam . tu memang su . 
kbyee .

26 Jul 2012

sentimental .

ol-la :)
lenovo ideapad z480

punya la survey gila gila . bajet nak pakai sony la toshiba la . pi pusing pusing tengok laptop sana laptop sini .  last last lenovo . Allah knows the best .

dapat yg baru , yg lama merajuk . smlm beli external hard disk , pastu pendrive masuk virus . 
hilang semua esaimen , slide shows dari sem 1 sampai 3 . hilang semua . semua

sedih . sangat .

i am a very sentimental person . i save all memories i have selagi mampu . betapa kecewanya bila semua esaimen tu hilang -- 

manhattan fish market . affordable and worth-it . ce la try ;)



22 Jul 2012

wishlist : neww lappyyy

ol-la :)

fuhh , lepas gian nak blogging . aku dah jarang online . laptop ada kat rumah . alkisahnya , kat rumah takde laptop . sila baca balik previous sentence - takde . okay , takde . kihkih . speaking keyelll . mak pulak makin naik pangkat , makin banyak kerja yang kena bawak balik pi rumah . musim esaimen belum start , so aku tak bawak la laptop datang maktab . biaq mak guna . anyway it is her . saya hanya meminjam . sobs .

adat meminjam , kena lah memulangkan . right ? so , aku memulakan kerja kerja men-survey laptop .

first of all , aku decide brand . kenapa brand ? because i believe good brand comes with good qualities and specifications . budget ? budget comes later . hehe . survey survey , aku ada la terjumpak satu analisis nih .

1 : apple
2 : lenovo
3 : hp 
4: sony , toshiba
5 : asus
6 : dell
7 : samsung
8 : acer

aku takde la pulon sgt sampai nak target apple . mak aii , tggu sepuluh taon kumpui duit pon , aku tak rasa nak perabeh duit aku kat menatang tu . lenovo pulak , aku tak berani nak try sebab aku tak penah dgr experience sapa2 pasal lenovo ni . hp , aku mmg guna compaq . lama la jugak . siryes , dia tahan lasak . sapa berani angkat laptop dgn hanya memegang kepala laptop ? aku boleh . jgn jeles :)

but this time , rasa nak try either sony vaio or toshiba . ni ha mangsa yang ditarget .
cunnn sangat . kan ? rm3,099 . tengok specs dia kat sini . tapi aku ni dilanda kecurigaan . penah dgr tak yg sony vaio ni time bomb . meaning that , saat abeh je warranty , dia akan rosak . ye ke ? aku baca mcm2 review dah . pros and conts terrsgtlah banyak sampaikan aku konpius . adakah ini sekadar rumors ?


TOSHIBA M840
walaupon body dia tak semantop sony , tp specs dia lebih power dr sony . ni laptop yg bleh tawarkan harga harga 3k untuk processor intel i7 .

ahh , nnt la buat pilihan . kena istikharah dulu nih :P 
ehh , ada enset pulak tersesat sini . tett . rahsia
sila kagum dgn pencahayaan skrin nset tersebut . masih jelas even di terik cahaya matahari .
it is declared to be on the wishlist :)  









15 Jul 2012

take for granted

i love you once , i love you twice , i love you more than beans and rice 
a catchy poem , kan ? aku dengar kat dalam desperate housewives . ce tengok desperate housewives episod 173-you take for granted . time mike delfino mati kena tembak dalam season 8 , ada la depa tayang ala ala flashback sweet memories mike dengan susan tu . ada satu part tu , susan dgn mike baru kahwin . malam tu susan mintak mike recite a poem untuk dia . so , mike comes out with those sweet lines . aww , simple tapi sangat lah manissss . 

uuuuuuuuuuww 

mmg taley tipu la , aku menangis kot tgk flashback tu . susan ada cakap , dia tak sempat belajar tukar tayar , dia tak reti ajar anak dia main football , etc . wuuuu . kehilangan yg sangat sangat . kans ? losing person that she takes for granted . sobs .

boleh tak kalau dia tak kena mati ? damn . jack dawson dlm titanic pon mati gak .
moral : setiap yg hidup pasti mati .
once upon a time . . .

" nak taw tak org ni syg awak banyak mana "
" banyak mana ? "
" sayang lebih dari beans and rice " -renyih sampai telinga- dahla cilok idea org

eleh tipuuu sangat . yela sangat . padahal , kalau bab makan dia la nombor satu . raksasa kuat makan . suka curi makanan su . dah bulat macam beruang a&w dah tengok . kihkihkih .  

kurus ke gemok ke takan menjejaskan apa apa . i am trying my best to appreciate people around me . i dont want to take them for granted . i am afraid i might be sorry when i lose them . just like when i lost my abah . 

hey you , i promise , i won't let you down . me love raksasa gemok . rawr ! 


5 Jul 2012

a man

hai classmates yang comel . aku taw hampa je la stalker terulung kat blog aku ni . sobs , touching la pulok . tapi siryes , hampa ja manusia yg mau lintas blog ni . wuuuuu

abah intan sakit . semalam abah intan operate jantung . warded in icu kat kpj bandar perda tu . alhamdulillah , abah intan okay hari ni . dah pindah wad biasa . semalam tak sempat nak pi melawat , so tadi petang aku dgn ika teman intan pi hospital . 

dengan berbekalkan tangan kosong , memang kosong la sebab aku taw org sakit mesti bosan dah makan buah . semua pakat datang dgn buah . nnt last2 , hat yang tak sakit gak kena perabeh berbakul2 buah . tapi intan ada la bawak coq pisang . tapi abah intan taleh makan . hehe . you no know what coq pisang is ? ciss . mcm aneh je nak sebut cucur . sebab cucoq sounds better .

bukak je pintu bilik sepital tu , kedengaran "kaksue!" . adik intan . huhu . dia kan suka enset touch screen i . kihkihkih . tapi sorry la emilia . battery dh nak mampuih . masuk salam salam , abah intan ada mention satu nama . "abu (bukan nama sebenar) tak mai ka ?" gulp! aneh . soalan yg sama arwah abah penah tanya masa kat hospital dulu . hm . first impression org selalunya sangat lah positif kat si abu nih . tapi kenapa ? arwah abah pon . 

as mentioned above , arwah abah . ya , i had lost my abah on 2nd may 2012 . just 20days before my 19th birthday . anak yatim dah la saya ni . layan i baik baik taww . huhu .

visiting intan's abah gives me some feelings . timbul pelbagai penyesalan . antaranya , kalau lah aku tunjuk kasih sayang aku lebih awal . kalau lah aku reti bermanja dengan abah . kalau lah takdak jurang yg tercipta antara kami . kalau lah aku tak segan untuk luah sayang kat abah . kalau lah abah taw yg aku sangat sayangkan abah . kalau lah aku dapat bersama abah saat saat abah perlukan . kalau lah aku sempat balas jasa abah . kalau lah . kalau lah .

tapi aku taw , yang pergi takan kembali . aku redha . semoga abah tenang di sana . ameen . walaupun sangat lambat untuk aku mulakan peluk dan cium time salam dgn abah , aku buat jugak . at least aku dapat buat benda tu . kalau ingat balik , aku menyesal banyak hal . dan melihat kemesraan abah intan dgn intan , air mata rasa naktumpah . kalau lah aku macamtu . 

aku taktaw bila last time aku cakap "ija sayang abah" kat abah aku . siryes . aku malu , segan . mungkin sebab aku rasa macam aku dah besar . ntah la . tapi aku tanak menyesal seumur hidup . pagi 2mei , abah mula sakit . abah macam dah nak dekat lali . mata abah asyik nak terpejam . time tu , aku lawan perasaan malu aku , aku bisik kat telinga abah "abah , ija sayang abah . terima kasih banyak2 abah . ija mintak maap . abah halalkan semuanya naa abah" . time tu , abah hanya mampu angguk . sayunya hati masa tu . hanya Allah taw .

sepanjang meneman abah yg nazak , aku cium abah banyak kali . banyak . sekejap sekejap , cium . kalau lah aku buat ni dari dulu . aku bisikkan kalimah syahadah . genggam tangan abah . titikkan air dlm mulut abah . ni part yg paling memilukan . kesan dari radio therapy , badan abah jadi sgt panas . sampaikan abah tak mampu telan setitik air pon . makan memang tak dah . sedih . sayu . aku baca yasin . ramai orang datang . masa tu aku macam paham dah kenapa abah panggil anak anak dia balik . Allah .

malam tu , abah dah hilang respons . buat apa pon , dah tak mengadu , tak bukak mata , tak apa apa . saat sakaratul maut pukul 11malam tu , aku dah redha . time sakaratul maut , aku pegang tangan kanan abah . aku cium cium cium . baru aku letak kat atas katil . aku lepas abah pergi . harap harap , abah redhakan aku sebagai anaknya . he's my man . 

moral of the story : better late than never . hampa ada mak abah lagi . manfaatkan . hargai . 





4 Jul 2012

merpati dua sejoli

bagai merpati dua sejoli . peribahasa melayu , which means pasangan kekasih . true , isn't ?
that's why , i view dove as lovely creature 

see this 



comolot . euwww

sangat comel kan ? menurut sumber , merpati putih tu tak penah muncul pon kat area ni before . tapi since ada merpati hitam yg gagah perkasa tu , merpati putih pon rajin ada kat situ . interestingly , merpati putih tak pi pon kat merpati yg lain .

legally married . and loyal . and sweet

burung pon reti setia . manusia ? kecewanya --'