9 Dec 2011

i found out a new talent - emilycbswy

assalamualaikum . hye ;)
heyy folks . sila ushar gadis jelita di atas 


korang kenal ke dia ? she is Emily . New Zealand . currently seventeen . ohmaii . she is younger than me .
but she is so talented . tak percaya ? sila layan video bawah nih . seriously serious . korang takan menyesal layan video nih . i rarely replay a video so many times , but this one makes me stunned ! ohmaii 
speechless , ain't ya ? haha . me too . she's hot , gorgeous , talented , cute , stylish , cool , sempoi . ohmaii . tengokla cara Emily main gitar sambil ketukketuk her guitar . awesome la dia . guess what , i like her :)


cantik kan dia ? omputeh kalau rambut hitam nih gojess
-tapi aku lagi suka nengok dia serabaikusutmasai rather than cantik ceni-
that's it . see ya ;)

6 Dec 2011

awww , result bebudak matrik ;)

Assalamualaikum
hai kanakkanak matrik . how's your result ? okay , macammacam jawapan yang cikgu dapat .
-ehemm . tetiba terasa diri adalah seorang cikgu-

yeah , i know . hari ni hampa yang duk kat matrik tu dapat result sem satu . some of you ada la dapat msg dari aku kan ? yeah , aku taw aku caring , cute dan penyayang . awww -tadah baldi-

some of you . means , many of you tak dapat msg aku . yang tak dapat tu , sorry . aku baru tukar no fon , banyak no yang tercicir . ampun . lagi pon , mak aii hampa punya ramai kat matrik nuhh , jenuh la aku nak topup . elaun tak masuk lg nih . uhh spoil --' tapi pesbuk kan ada . hek hek hek .

well , disebabkan aku tadak exam sem ni , maka berbahagialah aku menyibuk hal result korang sebabnya aku tak payah gtaw result aku sbg balasan . alasannya : AKU TADAK EXAM LA SEM NI :)

ngeh ngeh ngeh . sem depan jangan gatai tanya result aku pulak naa .


tahniah la kat kawankawan . result meletopletop . ada yang dapat 4 . pergh ! dayah , hang telan buku kah ? ada yg 3.82 . sapa ntah . ada yg 3.58 dan lainlain . 
-cehh , aku taw hang terharu kan titen sebab aku mention result hang . HAHA :D-

tahniah . aku suka dengar hampa semua succeed ceni . well at least , aku tumpang happy . undeniable , niat aku nak ke matrik tu masih fresh lagi , tapi , tapi , takpe lah . Allah selalu tahu apa yang terbaik untuk hambaNya . jadi teacher pon comel apa :)  

for you who managed to get 3.62 , tahniah :') i wish i could say it directly to you . but i know , i can't .

credit : tumblr
p/s : jangan nengok skirt girl tu ! awww :D
bye !

4 Dec 2011

tunangku doktor gigi

ya , aku dah bertunang . baru beberapa minggu . cincin berlian tersemat di jari .

dia dentist . graduate degree kat ireland . anak tunggal tan sri . handsome , takat aaron aziz tu , celah gigi dia ja . specky-frameless . ohmaii 

oww , he owns a clinic at the age of 23 . cool huh ? yeah , i know i know .

doakan kami bahagia selamanya . aku sayang korang semua . nanti kawen aku jemput .

okayy fine . tayah dok buat muka tak puashati iteww laa . sikitsikit cukup . bukan salah pon aku nak berangan sekejap . tak sampai 10saat dah ada yang menguap . kfine . ceni la kawan an ? -tears drop-

saje je la aku tulis title post camtu . takan nak tulis title SAYA GADIS BERGIGI REBIT . ouchh . -heartbroken- 
err . GADIS BERGIGI CORNTOZ ? haha :D
well ekceli the problem is that ; aku rasa sakit lidah yang teramat sangat hari ni . gigi atas dan gigi bawah belah kiri nih telah bersepakat menandatangani memorandum memerangi lidah aku .

ya . itu yang aku rasa . lidah dah pecahpecah sebab diserang oleh gigi dari pelbagai arah . uhh . dikecam hebat .

pelik , tetiba ja gigi tajam . apa kes ? tetiba aku rasa space untuk letak lidah semakin mengecil . adakah gigi sedang berarak berjalan mengepung lidahku ? ohmaii . kak aku pulak buat inferens dia yang sangat tak masuk akal : "gigi hang nak besaq lagi kot". tak cukup besar lagi ke ? cheese . makyang pulak kata : "ni mesti sebab nak jadi drakula ni . tu laa , gigit org selalu lagi". err . err . err .
drakula ? kahkahkah
teringat pulak ada hamba Allah yang kata kat aku ceni ; "papan sekeping , dahi jendol , GIGI REBIT". aku takan lupa perkataan yang keluar dari mulut dia nih . dasar hidung kembang .

rasanya , esok esok aku kena jumpak dentist la . eh , siryes la jumpak dentist . bukannya pi date dgn tunang taww . 

nak kena repair gigi yang suka makan lidah ni , dan nak buat appointment untuk pakai braces . ya . rasanya aku hampir ke arah itu . since darjah 6 aku kata nak pakai tapi rasa mcm tak penting sangat . problem aku masa darjah 6 ialah aku tak boleh nak gigit bg putus kepala aispop malaysia yang seposen tu . sebab gigi depan aku , yg atas dan bawah tidak bertemu . itu dulu . tapi sekarang , rasanya aku dalam kategori memerlukan . dan doktor pon kata kena . dan imam muda asyraf pon kata ya .
Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya.
berbeza . ya . perbezaan ini lah yang buatkan gambargambar aku semuanya dalam keadaan malumalu nak senyum . tahan gigi . gigi rebit aku size xxl . cheese . dahla cik teha selalu complaint aku asyik hujan . err , sorry . tadak protection . pintu depan taley katup rapat . maaf kawan --
jeles la tengok intan senyum selambe je . aku nampaknampak je kamera terus katup rapatrapat .  padahal tengah hepihepi . uhh --
-abaikan muka tahan gelak tu . takut nampak gigi-
Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan.
kemalangan ? hisap puting masa kecikkecik tu kira kemalangan tak . uhh . gigi depan ni problem gila . atas dgn bawah takboleh bertemu langsung . so , makan benda2 yg kena putuskan guna gigi depan adalah suatu yang amat sukar . aku hilang nikmat makan kopok lekor . wuwuwuwu . kalau makan laksa , mee , aku potong siapsiap pakai sudu . siryes aku rasa sangat terhina kalau time aku mintak gunting sebab nak potong choki choki , orang tu kata "gigit je la". grr . aku gigit orang tu kang .
Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.
based on reasons stated above , i am on my way to it . braces .
Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas,  khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan,  atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).
credit : artikel ini dan penulisnya
bye !

3 Dec 2011

aku kakros ?

aku baru lepas kerah uwaiys masuk rumah . modus operandi tak dapat dikenalpasti , tapi yang pasti bila aku jenguk kepala keluar bilik , suspek dah tadak kat ruang tamu . yang tinggal asmaa' dengan arwa , dengan kusyuknya mengadap tom and jerry .

ohmaii . ahmadi sekali . budak kecik yang aku baru bagi mandi tadi sebab telah berak dengan jayanya itu pon lesap jugak .

aku tengah makan mee goreng mamak waktu itu , masa ahmadi kata " asyuuuuu " sambil baring , angkat dua kaki naik atas , tangan pegang pampers , tunjuk muka tak puas hati sebab manusia tak paham apa yang dia sampaikan . saat itu hidung aku dah terhidu sesuatu yang enak sangat . sangat sangat .

aku cuba lengahlengahkan waktu dengan harapan ummi dia balik segera . kenapa aku ? kenapa ? okayy . aku taw dan aku sempat bayangkan kak aku akan kata " berkira noh , mujur kak tak bagi hang mandi ayaq panas masa kecik dulu " err . mengungkit .

mee , aku tolak tepi . ini kali ke empat aku basuhkan berak dia . keluar balik mee aku makan tadi .

kat luar , uwaiys dengan ahmadi main tayar beskat abah aku . seluar ahmadi dah kotor . aku baru je bagi dia mandi . sabar . sabar .

duk sekejap , satgi dengar suara arwa pulak . menangis sambil kata " maktu , ahmadi tutup tv , arwa nak tenok tom n jerry " . ya , ini budak mmg cakap pelat . sebutan dia based on huruf T , always . dua kali ahmadi ulang benda tu . dua kali jugak aku ulang alik pi ruang tamu .

sejurus selepas itu , uwaiys panjat peti ais sebab nak capai nutella atas peti ais . panjat okayy . panjat . bukan guna kerusi . tadak alat bantuan . dia bergayut kat peti tu . lemah semangat aku tengok .

aku taktaw apa masalah aku . tapi dengan kanakkanak , automatik aku akan jadi kakros . ya , anak sedara aku kata aku kakros . asmaa' kata : " ye la , maksu tu kakros . kakros tu , upin ipin balik lambat kakros marah . tapi kalau balik awal pon marah jugak . selalu je marah " err .

aku berjaya dapat nama tu sebab budakbudak ni ada dua orang maksu . aku dengan sepupu aku . so tiap kali ummi depa cakap pasal maksu , akan timbul soalan " maksu mana ummi ? maksu besar ke maksu kecik ? " . aku maksu kecik , sepupu aku maksu besar . opkos la maksu yg lagi satu itu yang mereka adore . not me , seriously . takpenah lagi dalam sejarah , anakanaksedara aku (exclude ahmadi ) lari berebutrebut nak peluk aku . tapi it always happens kat the other maksu .

apa tengoktengok ? aku tak jeles lah . biasabiasa je . normal la tu .

aku ingat , uwaiys dengan kejamnya penah kata " maksu yang mana , maksu gemuk ke ? ". then kak aku kata " tak baik cakap maksu gemuk ". uwaiys : " silap-silap . maksu gendut " . apakah ? lagi dahsyat . hampeh . uwaiys ni patut pi kelas vocab . maybe lepas ni sebab sekarang kak aku bagi dia attend tuisyen aa , ee , uu . katanya . means , kelas mengeja .

disebabkan istilah-istilah itu tak digalakkan dan tak mendapat kelulusan ummi depa , jadi kanak-kanak ni pikir nama lain . so , they made up a decision . masa tu aku ada sekali dalam kereta tu . secara live aku dengar asmaa' bersuara : " kita panggil maksu ni kakros . maksu yang tu kita panggil maksu "

okayy . aku dapat nama yang sangat indah . terharu

memandangkan interpretation anakanaksaudara aku kat aku macamtu , aku jadi tak confident .

awat ntah aku masuk maktab ? sungguh ka aku nak jadi teacher kat sekolah ? aku taknak masuk sinar harian sebab jegil mata kat student darjah satu sampaikan budak tu pengsan masuk ICU . ehh , sinar harian tuu semua cerita ada dalam dia kan ? pelik betoi .

aku takpandai berhubungan dengan kanakkanak . aku bukan benci . nak kata tak suka , kejam pulak rasanya . tapi aku tak minat . aku tak rasa nak kata "ololooo , comelnya baby ni . nak dukung jap". tak . tak jadi dalam diari hidup aku buat kanakkanak , but maybe yes terhadap kucing . yeah , aku tadak adik so bendabenda macam ni macam agak rare dalam hidup aku .

asmaa' , usamah , uwaiys , arwa , ahmadi , iman . maksu bukan tak sayang hampa . maksu sayang sangatsangat . cuma maksu takpandai nak layang hampa baikbaik . maksu mmg garang . tapi seriously maksu care pasal korang . oww , suddenly i am touched T_T

okay , terganggu kejap .

tadi ahmadi dah merengek nak showshow . yeah , dia pronounce susu as show show . haha . sangat comel ini budak . tak hensem pon tapi bikin maksu geram . rasa nak gigit ja . sekarang dia sedang tidur meniarap dengan tgn dan kaki terbukak luas . ala ala gaya baru jatuh bangunan 5 tingkat .

# usamah tadak dalam story sebab dia ada kat kelantan menemani si abah . rindu la pulak kat budak tu . walaupun dia yang paling selalu tak puas hati dengan aku .

sekian nukilan kakros kali nih . babai :)

aku nampak macam kakros ke ? btw , muka ni ada gaya cikgu tak ? kalau tanak angguk , aku makan hampa .
*ada manusia , ehh aku rasa dia makhluk asing kata aku patut jadi cikgu tadika je
#nampak macam tak berkaliber sangat ke aku nih nak jadi cikgu sekolah rendah --'

bye !